BAB 3

62 11 0
                                    

SETIBANYA di hospital Muara Nelly dan Helena bergegas menuju ke arah kaunter. Nafas mereka kedengaran tercungap-cungap kerana mereka berlari dengan sangat pantas kerana terlalu risau dengan apa yang terjadi.

"Nurse pesakit Noor Alia kat mana ya?" Tanya Nelly kepada nurse yang menjaga kaunter itu.

"Pesakit Noor Alia ada kat dalam wad ICU kat sebelah kiri." Jawab nurse sambil menunjukkan arah kepada Nelly dan Helena

"Terimakasih nurse." Ucap Nelly lantas menarik lengan Helena.

••••

Helena berjalan kehulur kehilir tak tentu arah di luar wad yang menempatkan ibu saudaranya. Dia terlalu risau dengan kondisi ibu saudara angkatnya itu.

"Helena. boleh tak kau duduk diam-diam. Sakit mata aku ni tengok kau duk berjalan ulang alik depan mata aku ni." Tegur Nelly. Dia sudah naik pusing melihat kerenah sahabatnya itu.

"Aku risau la beb, macam mana kalau apa-apa jadi kat mak Lia,"

"Apa pulak kau cakap macam tu, kau tenang aje doktor pun belum cakap apa-apa lagi kan?"

"Kau cakap senanglah beb, mak Lia tak pernah tau tak macam ni, tekejut beruk aku bila tahu mak Lia tiba-tiba masuk hospital. Padahal ubat yang aku beli minggu lalu masih ada tersisa dua lagi."

Helena mengigit kuku ibu jarinya, perasaan takut dan risau mula menyelubungi dirinya.

Pintu wad pesakit dibuka, Helena dan Nelly terus menerpah ke arah doktor itu.

"Macam mana keadaan Mak saudara saya doktor?" Tanya Helena sedikit risau.

"Encik dan cik ni siapa, ahli keluarga pesakit ke?" Soal doktor itu.

Ya, saya anak saudara dia. Jawab Helena. Nelly pulak berdecit kecil.

"Ckh! dia panggil aku encik, tak nampak ke penampilan aku ni macam mana ni Nelly la bukan Nazrul, aku ni pompuan tau." Getus hati Nelly bengang dengan perangai doktor yang selamba memanggil nya encik. Helok helok orang berpakaian gini kena cop lak 'encik' memang minta smackdown ngan aku gamaknya.

"Alhamdulillah keadaan pesakit sekarang dah makin stabil. Dia sedang ditidurkan kerana dia perlu berehat dan Cik dan Encik boleh melawatnya nanti."

Dahlia menghembus nafas lega, Nelly pulak sekadar mengangguk tanda mengiyakan.

"Cik sila ikut ke pejabat saya ya, saya ada sesuatu nak katakan." arah dokter itu.

••••

"Puan Noor Alia, Mak saudara cik menghidap kanser paru-paru tahap dua." Ujar doktor itu kepada Helena.

tergamam.

Sungguh aku merasakan jantung aku berhenti berdegup. Masa seakan berhenti. Nafas ku mula tersekat-sekat, lutut ku terasa lembik aku cuba mengawal riak muka dan cuba berlagak cool. Walaupun hakikatnya pedih terasa. Jadi selama ini Mak Lia sakit, tapi bukan sakit biasa, Allahu.

"K...kanser p..pa..paru-paru?" Ulang Helena sekali lagi seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya sebentar tadi.

"Ya, selalunya pada tahap awal kanser paru-paru tidak akan menunjukkan sebarang simptom. Namun, gejala akan muncul satu persatu setelah kanser paru-paru merebak ataupun menjadi lebih teruk. Saya sarankan mak saudara cik menjalani kemoterapi dan radioterapi kerana kanser mak saudara cik masih di tahap awal." terang doktor itu

Sungguh aku merasakan jantung aku berhenti berdegup. Masa seakan berhenti. Nafas ku mula tersekat-sekat, lutut ku terasa lembik aku cuba mengawal riak muka daripada termenangis didepan doktor itu. Jadi selama ini Mak Lia bukan sakit biasa, tetapi kanser paru-paru.

TAKDIR CINTA KITA || OGWhere stories live. Discover now