BAB 2

114 12 0
                                    

"S... seribu lebih." Tergagap-gagap Helena kerana terkejut dengan apa yang didengarinya.

"Yelah seribu, tak kan sejuta pulak, weyhh yang kau terkaku tu kenapa pinggan mangkuk ni dah pecah tahu. kalau boss nampak matilah kau akibatnya kena potong gaji lagi, Baik kau sapu sebelum boss datang nanti aku tolong cover kau. aku nak layan jap customer tu kang merapu pulak." Ujar Nelly lantas berlalu pergi kehadapan restoran untuk melayani pelanggan yang baru masuk ke dalam restoran tersebut.

Helena mengeluh dengan kelakuan Pak Samad. Lantas penyapu dan dustpan di ambil. Dia pun memungut sisa pinggan yang agak sedikit besar itu lalu membuangnya kedalam plastik sampah. Setelah semuanya selesai dia pun berlalu pergi ke arah belakang dimana letaknya tempat pembuangan sampah. Yang berdekatan dengan lorong yang berdekatan dengan jalan besar.

Dalam perjalanan ingin membuang sampah Helena terlihat seseorang lelaki yang dipukuli, bukan setakat sekali tetapi berkali-kali. seorang demi seorang mendendang dan menumbuk sehingga lelaki itu mengadu kesakitan. Lelaki-lelaki asing itu hanya tersenyum melihat lelaki itu mengadu kesakitan seolah-olah ianya nikmat bagi mereka.

Helena berdiri statik di tempatnya dan disaat lelaki asing itu melihatnya Helena pun tergamam.

Helena terkedu kerana lelaki yang dilihat nya itu, ialah lelaki yang dia lihat bersama Pak Samad tempoh hari yang lalu. Dia sedikit musykil dengan lelaki itu kerana jika dilihat dari segi pakaian dan aksesori lelaki itu semuanya barangan berjenama.

Bukankah tu lelaki yang Pak Samad pernah jumpa? macam mana Pak Samad boleh berkenalan dengan lelaki tu, sedangkan pak Samad boleh dikategorikan sebagai orang yang tidak betul. Sebab kerjanya asyik nak memukul kita aje. Dah la suka memukul kuat meminta duit pulak tu

Lelaki itu terbaring lemah. Darah yang terkumpul di dalam mulut nya dimuntahkan ke tanah.

"Uhuk. uhuk!"

"Kau ingat eh, minggu depan kau tak bayar siap kau aku kerjakan." Ugut lelaki itu dan di saat dia menoleh ke kebelakang dia terlihat seorang gadis yang menatapnya dengan wajah sedikit terkejut.

Lelaki itu memandang Helena dengan sebuah senyuman yang terlakar manis dibibir nya.

"Cantik." Gumam lelaki itu yang hanya didengari oleh nya sahaja.

Helena buat tak endah dia saat lelaki itu mula memperhatikan dirinya dengan tatapan yang sukar digambarkan. Helena pun meneruskan niatnya untuk membuang sampah lalu pergi meninggalkan tempat tersebut. Terbantut niatnya yang ingin mahu membantu lelaki yang diserang oleh jejaka misteri itu tadi."

"Weyh Helena. Asal lama sangat kau buang sampah? Kau buang ke tanam sampah tu." Perli Nelly.

"Ish dahla kau. Aku takde niat pun nak berlama kat sana tadi, cuma aku tertengok entah lelaki mana kena pukul dengan lelaki yang menyeramkan sampai lebam. Kesian aku tengok dia." Terang Helena sambil membasuh tangannya dengan sabun.

"Yeke, habis tu kenapa kau tak tolong je budak tu?" Soal Nelly dengan wajah hairan.

"Kau gila ke apa! Aku dah la badan kecik , lelaki tu boleh taham sado jugak badan dia. Sekali dia tolak aku terus patah tulang aku." Jawab Dahlia  dengan nada agak tinggi.

"Tu lah kau. Orang bila nampak macam tu lari je la. Call polis ke? Ni tak pergi jadi cctv je. Macam mana kalau dia buat apa-apa kat kau? Kan dah nangis tak berlagu jadinya. Kau ni aku geram je tau. Lain kali jangan nak memandai tengok orang belasah orang atau seangkatan denganya. Kalau dia aim kau lepasni memang aku bagi je terus kau dekat dia." Bebel Nelly sambil matanya tajam memandang ke arah Helena. Dia bukan sengaja nak membebel tapi perangai sahabatnya ni buat dia sakit hati.

TAKDIR CINTA KITA || OGWhere stories live. Discover now