BAB 1

106 13 0
                                    

"HELENA! Awak dengar tak ni?" Panggil Pak Samad dengan nada yang sedikit meninggi.

"Y...ya Pak Samad?" jawab Helena tergagap-gagap kerana takut.

"Duit! Aku nak duit. Duit kau mana?" Jerkah Pak samad.

"A...ada t...tapi duit tu untuk beli ubat Mak Lia."

"Kau nampak muka aku ni ada aku kesah?" tutur Pak Samad dengan wajah bengang nya.

"B...berapa Pak Samad n...nak?"

"Aku nak semua yang ada kat situ. Boleh tak kalau kau bagi aje jangan nak banyak soal?"

"Helena tak ada duit."

"Kau jangan nak tipu akulah."

"T...tapi ubat Mak Lia belum beli lagi. Hanya tersisa dua biji je. Tu pun duit masih tak cukup."Terang Helena.

"Kau! Aku minta cara baik kau tak nak, Okay." Pak Samad berlalu pergi ke arah bilik Helena. Segala barang dan pakaiannya diselongkar dan di hambur. Semua pakaian yang berada dilemari dicampak ke lantai.

"Aku mintak cara baik kau tak nak bagi. Mana duit tu, mana? Kau perempuan memang nak kena dengan aku kan."

Pang!

Terteleng wajah Helena menahan rasa sakit di pipi. Dek kerana penampar Pak Samad.

"Kau memang dah bosan hidup eh." Rambut Helena dicengkam dengan kuat. Dia rasa seperti rambut dan kulit kepalanya ingin tercabut dari kulit kepala. Helena pun mendesis kesakitan.

"Aku cuma nak duit aje! Tapi kau buat aku hilang sabar." Tubuh Helena ditarik lalu dicempung ke arah katil.

Pak Samad mengepung tubuh Helena, dia cuba untuk meleraikan tetapi tenaga orang tua itu sangatlah kuat jika dibandingkan dengan kudrat nya sebagai seorang wanita.

Pak Samad merobek baju yang dipakai Helena dengan rakus.

"T...tolong. Pak Samad bawa istighfar apa yang Pak Samad cuba buat ni tolonglah lepas." Rayu Helena. cecair jernih yang bertakung di tubir mata mula menitis.

Helena pun cuba menendang di tengah kelangkang Pak Samad. Tapi semuanya sia-sia.

"Tolong! Mak Lia!." Jerit Helena dengan kuat.
Lalu dia mengambil bantal yang agak keras di sebelahnya dan di pukul ke arah wajah Pak Samad. Pak samad meringis kesakitan pabila bantal keras itu terkena tepat ke arah matanya.

"Aduh! Kau memang sial lah perempuan." Lantang suara Pak Samad kedengaran tahap kesabarannya telah pun habis.

Pang!

Sekali lagi wajah Helena di tampar dengan agak kuat oleh Pak Samad sehingga tubuhnya terjelepuk jatuh ke atas lantai. Pasu bunga yang terletak di tepi meja mula meriasi lantai.

Prang!

Mak Lia yang baru pulang dari pasar sedikit cemas pabila terdengar suara pasu bunga pecah. Mak Lia pun berlari ke arah pintu bilik Helena disaat terdengar bunyi pecahan kaca.

"Ya Allah Helena!" Mak Lia pun berlari ke arahnya yang terjelepuk di atas lantai dengan wajah sedikit cemas, tatkala melihat Helena tidak sedarkan diri dengan baju yang sedikit robek.

"Abang! Apa yang abang cuba buat dengan Helena hah?!" Tempik Mak Lia dengan wajah yang memerah menahan geram tatkala melihat wajah selamba Pak Samad.

"Kau diam! yang kau nak risau sangat ni apahal bukan ke kau suka sangat gunakan budak tu. yang kau nak terjerit-jerit ni kenapa gila ke?" Sinis Pak Samad lalu berlalu pergi meninggalkan Mak Lia dan juga Helena.

TAKDIR CINTA KITA || OGWhere stories live. Discover now