35 ( edit)

853 99 14
                                    


" Papa, Aqil nak toys baru, macam dalam You Tube tu."

" Toys apa Aqil?"

" Nak truck warna kuning. Mama tak bagi. Dia cakap Aqil sepah sepahkan toys."

PAP!

Matanya terbuka melihat kegelapan yang hanya bersarang dalam kamar beradunya. Terasa air dingin mengalir dari dahi turun ke pipi. Dikesatnya kasar, peluh rupanya.

Mimpikah aku tadi? Siapa kanak kanak kecil bernama Aqil dalam mimpi itu? Papa? Toys? Apakah itu?

Bingung akan jawapan yang tidak kunjung tiba, Andhika bangkit dari posisi baring sambil termenung. Seketika kemudian dia lantas bangun dari kamar dan menyarung baju kapas ringan berwarna kuning yang dipakai untuk di dalam kawasan istana.

Usai mencuci wajah di kamar bilik mandi, dia melangkah keluar dari kamar beradu, menapak ke laluan yang menempatkan satu bilik yang hanya boleh dimasuki olehnya sahaja. Bayangan mimpi tadi masih berlegar didalam kepalanya dan dia tahu, dia perlukan jawapannya.

" Tuanku Putera," Umar, sahabat baiknya menghampiri Andhika yang sedang menyelusuri laluan koridor menyebabkan Andhika terhenti langkahnya.

"Tidak dapat tidur?" Soal Umar bagaikan sudah tahu situasi yang dialami Andhika. Jejaka itu mengangguk dan mengeluh.

" Mimpi yang aneh kerap mengunjungi hamba, Umar. Hamba tidak tahu apa yang mahu disampaikan sebenarnya," balas Andhika sambil melemparkan pandangan ke hutan di luar kawasan istana, jauh dari mereka. Malam semakin larut, embun semakin menebal dan dia pasti tidak lama lagi nanti pasti terbitnya fajar.

Sejuk mencengkam hingga ke tulang hitam. Tetapi ianya masih tidak dapat menghilangkan gusar di hati Andhika.

" Tidak mengapalah. Tuanku masuklah ke dalam, patik akan menjaga di luar kamar ini," ujar Umar, simpati dengan sahabatnya. Namun protokol antara mereka tetap terjaga. Hanya di luar istana, semuanya di buang.

Andhika mengangguk lantas mereka berjalan hingga tiba di sebuah kamar. Seperti yang dijanjikan, Umar mempersilakan Andhika masuk ke kamar rahsianya, sementara dia menjaga keadaan di luar. Isu mimpi mimpi aneh Andhika, hanya dia, Hayat dan Lanang sahaja yang mengetahuinya.

Namun kamar rahsia milik Andhika, masih terjaga kesuciannya, kerana dia juga sendiri tidak dibenarkan masuk. Cuma dia pasti, kamar rahsia itu, merupakan antara kunci,  untuk semua mimpi mimpi aneh sang Putera itu.

————————————————

Beberapa hari berlalu dan kemeriahan istana dalam menyambut upacara itu kian terasa. Sekali sekala Hazel akan terserempak dengan Andhika tetapi dari jauh dia berpusing mengambil lorong lain menyebabkan dia tidak akan berselisih dengan jejaka itu.

Lagipula jejaka itu nampak lebih banyak menghabiskan masa dengan Puteri Liza. Entah, malas nak ambil tahu.

Cemburu? Yuksss. Sekelumit kuman pun tak pernah.

Teringat Hazel akan kisah yang diceritakan oleh dayang dayang pengiringnya, Orked, Sura dan Kaseh tentang Cik Puan Seroja. Rupanya pawang yang merawatnya sekali sebulan adalah Pawang Vjaya, si scammer tak guna tu. Dan mengejutkan Hazel, dia rupanya adalah abang kepada Permaisuri Chempaka. Ha, elok lah, bomoh scammer dengan si nenek sihir tu adik beradik.

Gandingan yang mantap.

Tapi rasa pelik dan macam tak kena pula dengan cerita itu. Macam ada satu konspirasi yang sedang berlaku dalam istana tetapi Hazel tak nampak apa sebenarnya.

Walau setelah beberapa hari berlalu, Hazel masih tetap memikirkan kisah tentang Cik Puan Seroja itu. Entah, dia rasa tak sedap hati akannya. Vjaya tu bukan calang calang manusia. Pasti ada kepentingan atau balasan yang diharap dengan semua ini.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now