31 + tong sampah

Magsimula sa umpisa
                                    

'Aku harus cepat, mereka tunggu aku,' gumam hati Thorn.

Ice mencelikkan mata apabila terasa tubuhnya digendong. Tidak sengaja iris biru aquanya bertembung dengan sepasang iris hijau bersih milik Thorn. Kenapa Thorn menggendongnya? Sepertinya ada sesuatu yang berlaku.

"Sabarlah Ice, aku akan bawa kau ke tempat yang selamat. Aku harap sempat," katanya berharap. Ice mendiam tidak membalas, semakin erat dia memeluk leher Thorn tetapi tidak mencekik.

Namun pergerakan Thorn terhenti apabila dikepung dengan syaitan-syaitan. Peluh mula mengalir tanpa sedar.

"Biar aku selesaikan. Kau bantu aku, Thorn," bisik Ice di telinga Thorn buat Thorn tersentak. Sejak bila Ice bangun?

Ice mula turun dari terus digendong Thorn. Tapak tangan kanannya mula melekap atas lantai, tidak lama itu seluruh ruangan dilitupi ais serta-merta menyekat pergerakan syaitan-syaitan tersebut.

Thorn mengetap bibir.

"Sekarang, Thorn!"

Langkah berlari mendekati syaitan-syaitan tanpa ragu. Tangannya menembak racun mengenai syaitan-syaitan tersebut tanpa berkurang satu. Dalam sekelip mata, syaitan-syaitan tewas tanpa sempat melancarkan serangan.

Turun naik nafas Thorn. Keringat dilapnya kasar. Terangkat kening Ice apabila Thorn tiba-tiba menarik pergelangan tangannya, diajak berlari bersama.

"Kita kena cepat, Ice!" Ice terdiam mendengarnya. Bawah bibir diketap erat, ternyata benar terjadi sesuatu.

+++

"HEI, nenek. Kau sengaja, kan?"

"Ap... apa? Apa? Dah cukup baik saya bantu awak." Selamba sahaja Alette membalas buat Halilintar berasa kesal.

Halilintar mengenakan topeng masquerade berwarna merah persis warna bola matanya, penampilannya yang menawan dapat mengalahkan hantu-hantu milik Alette. Namun yang membuat Halilintar kesal, Alette sepertinya sengaja mahu membuli.

"Aku tak nak mengelak terus. Biar aku berlawan," ujar Halilintar yang sedang berhadapan dengan syaitan di hadapan matanya.

Alette buat-buat tidak dengar. Saat syaitan ingin menyerang Halilintar, cepat-cepat Alette mengawal Halilintar agar mengelaknya. Senyuman senget terukir di bibir Alette melihat wajah kesal Halilintar.

"Yah!" jerit syaitan tersebut mahu menyerang lagi. Membeliak mata Halilintar.

Alette lantas berundur setapak ke belakang. Bibir tersenyum sinis, tersentak Halilintar apabila dalam sekelip mata syaitan tersebut tewas hanya kerana jantungnya terkena pedang kilatnya. Halilintar tergamam, pedang? Sejak bila?

"Apa awak jadi jatuh cinta sebab saya dah buat awak bersinar? Saya akan ajar awak macam mana nak cara guna kuasa awak, jadi jangan halang saya!" beritahu Alette. Satu syaitan telah tewas, syaitan lainnya mula menghampiri.

Halilintar mengetap bibir.

"Kalau aku jatuh cinta, bukan dengan kau. Dasar nenek."

"Maaf, tapi saya tak sanggup kalau awak cintakan orang lain," balas Alette selamba. Syaitan-syaitan dikalahkan tanpa tersisa satu. Tercungap-cungap nafas Halilintar, Alette terlalu memaksakan kuasanya.

Perempuan ini benar-benar!

"Aku tak sangka kau gila, hosh... hosh..." Pedang dihayun tinggi lalu membelah tubuh syaitan menjadi dua di hadapannya dengan kuat. Darah terpercik tidak dihiraukan.

Terduduk kepuasan Alette di atas lantai saat berjaya menghabisi syaitan-syaitan. Nafasnya turun naik, tidak lama itu Alette tersenyum saat Halilintar berpaling melihatnya. Tangan diangkat tinggi, seakan-akan menyuruh Halilintar high five.

Halilintar terdiam seketika. Topeng masquerade yang menutup wajah dibuka perlahan, buat seketika mata merahnya bertaut dengan sepasang iris sakura milik Alette.

Mungkin ini gila, tetapi dia benar-benar dibantu oleh nenek.

"Kau nak high five angin ke?" sindir Halilintar buat wajah Alette memerah. Dasar Hali!

Alette cuba menyorok wajah merahnya seraya berdiri. Dia melangkah melewati Halilintar selamba buat Halilintar terangkat kening.

"Su... suka hati sayalah! Awak tahu apa?" marahnya sambil menahan malu. Halilintar dapat lihat jelas pipi kemerahan Alette seperti tomato.

Tanpa sedar tawa kecilnya terletus, entah kenapa dia jadi suka mengusik gadis itu. Halilintar berlari mengejar langkah Alette yang seakan merajuk dengannya.

"Kau tu dah tua, jangan nak merajuk sangat."

"Jarakkan diri awak dari saya, 2 meter!"

+++

[tambahan]

Ice yang melihat kiri dan kanan dengan serius. Bibirnya tersenyum lebar, susah payah dia lari daripada para syaitan kerana Ice dalam mood malas berlawan. Penutup tong sampah dibukanya.

"Tuhan, aku ingin tidur dengan tenang."

Sampah dikeluarkan tanpa rasa bersalah. Kedua-dua kaki dimasukkan dahulu, kemudian seluruh tubuh. Belum sempat menutup tong sampah dengan penutup tong sampah, Ice sudah terlelap.

[Satu jam berlalu...]

Finished on Thursday, 21 March 2024Published on Thursday, 4 April 2024

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Finished on Thursday, 21 March 2024
Published on Thursday, 4 April 2024

1016 words

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon