⚔️ CROW 5 ⚔️

2 0 0
                                    

"SELAMAT kembali Yang mulia"

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

"SELAMAT kembali Yang mulia". Lelaki lingkaran umur 40-an berpakaian suit pelayan menyambut kami di hadapan pintu gerbang utama rumah agam.

"Albert, panggilkan Aster ke bilik saya dan siapkan bilik tetamu untuk lady Alisya".

Albert menatap aku beberapa saat lalu memindah pandangannya ke tuannya namun dia tidak menanyakan soalan dan hanya mengikut perintahnya.

"Baik Yang Mulia"

Aku yang hendak turun dari kuda tetiba dilarang oleh Alexender.

"Kenapa?" Soal aku hairan.

"Sini, naik belakang aku"

"Huh?" Aku memandang dia yang sudah siap memaparkan belakangnya.

"Kena ke?"

"Kena". Alexender menunjuk ke arah perut aku.

"Luka tu kita kena bersihkan dulu".

Aku faham dan menyetujui untuk digendong olehnya.

Satria lain menunduk pandangan bagi menghormati tuannya sehinggalah kami menghilang dibalik pintu.

Di bilik Alexender aku terpana melihat bertapa luasnya bilik dia. Seperti sebuah rumah. Aku meliarkan mata kiri dan kanan dan tidak sedar bahawa aku diperhati oleh Alexender.

"Puas lihat bilik aku"

Aku tersedar lalu tersengih malu.

Aku diletakkan di atas katil bersaiz super duper king yang empuk sebelum bilik pintu itu diketuk.

Tok tok tok

"Ini saya yang mulia, Aster"

"Silakan masuk"

Pintu besar berukir terkuak lalu muncul wanita muda berpakaian jas coklat bersama bag sederhana di tangannya.

"Siapa yang sakit? Yang Mulia ke?"

"Bukan, lady di sana"

Aku melambai kecil ke wanita itu menunjukkan aku lah orang tersebut.

Wanita itu berjalan ke arah aku lalu tunduk hormat.

"Selamat berkenalan lady -"

"Alisya, nama saya Alisya"

Crow Mask ManМесто, где живут истории. Откройте их для себя