⚔️ CROW 1 ⚔️

32 1 3
                                    

23

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

23.45 MALAM
《SABTU》

     IA adalah malam ribut yang teruk di mana mimpi ngeri aku bermula.

🛎Kring kring🛎

Bunyi loceng pada kedai 8 elevent berbunyi menandakan ada pelanggan masuk.

Aku memerhati pelanggan itu masuk mengenakan baju hujan hitam yang sudah lencun dibahasi hujan dan berhelmetkan hitam dikepala nya, menyukarkan aku untuk melihat wajahnya dengan jelas. Aku yang berdiri di bahagian juruwang memerhati pergerakan lelaki itu sebelum dia menghilangkan diri diantara rak2 makanan tersebut.

Aku sambung melihat pergerakan lelaki itu melalui tv cctv yang berada di atas kepala aku. Terlihat lelaki itu mengambil sebuah roti coklat dan sekotak minuman susu sebelum ia melangkah ke arah ku.

Aku cuba membuat muka datar untuk mengelakkan diri daripada tertangkap memerhati gerak geri lelaki tersebut sejak mula.

Lelaki yang mengenakan helmat itu maju lalu meletakkan makanan dan minuman nya tadi dengan rapi.

Aku lekas mengimbas kod bar barang tersebut.

Pit..pit

Sebaik sahaja aku selesai mengimbas dan ingin menyebut jumlahnya lelaki itu bersuara.

"Dik...tolong ambil kan kotak rokok row dua dekat belakang adik, abang nak dua". Aku menatap mata lelaki itu yang terhalang oleh cermin helmet hitam dan terpapar senyuman kecil pada bibir kusam nya.

"Baik bang". Aku memusing badanku menghadap rak rokok sambil mencari rokok yang dia mahu

"Ini ke bang?"

ZAPP

"!???"

Kotak rokok yang ku pegang telepas dari genggaman ku.

Aku membulatkan mata tidak percaya bahawa ada sebilah pisau yang sudah dicucuk tepat-tepat di perut aku.

Percikan darah mula terkeluar dengan deras sebaik sahaja dia menarik semula pisau tersebut.

Aku tersungkur ke lantai.

Kesakitan yang tidak pernah aku alami selama ini membuatkan aku menggigil ketakutan.

Air mata aku mula mengalir menahan sakit yang teramat ini.

Lelaki yang tadi berdiri di depan juruwang mula melangkah mendekati tubuhku yang berada di lantai lalu menyeret aku ke ruang yang lebih luas.

"Well well, how it's feel to be stab by me Alisya". Lelaki itu ketawa melihat aku yang sudah mengelupur seperti nyawa-nyawa ikan.

"Si..Siapa kau dan macam mana kau tahu nama aku". Aku bersuara menggunakan sisa tenaga yang aku ada.

"Siapa? Siapa kau cakap. Ini aku lah, abang kesayangan kau HAHAHAHA"

Aku mengerutkan dahi cuba berfikir siapa abang yang dia katakan. Setahu aku, aku tidak mempunyai keluarga lain apabila ayahku kawin lain dan meninggalkan aku yang berumur 6 tahun di panti asuhan.

Crow Mask ManDonde viven las historias. Descúbrelo ahora