⚔️ CROW 4 ⚔️

7 0 0
                                    

BUNYI pekikan felon di luar membuatkan kereta kuda yang kami naiki melaju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI pekikan felon di luar membuatkan kereta kuda yang kami naiki melaju.

"Ah!". Badan aku terbang ke depan tanpa sempat aku menahannya.

Alexender yang menyedarinya lekas menangkap aku.

"YANG MULIA KITA DISERANG OLEH FELON!"

"Berhenti kan kereta kuda sekarang, kita akan lawan mereka"

Kereta kuda segera berhenti. Alexender yang hendak maju keluar dari kereta kuda lekas aku menahannya.

"Nak pergi mana!"

"Lady duduk dalam ni diam-diam, jangan buka pintu kepada sesiapa pun. Saya akan perintah seorang satria menjaga lady"

Aku yang keras kepala menggenggam jasnya kuat. Tidak bagi dia pergi.

"Jangan risau, kita akan selamat malam ni". Alexender mengelus kepala aku lembut.

Perlahan-lahan aku mula melonggarkan genggaman pada jas nya.

"Baiklah, hati-hati"

"Terima kasih". Pandangan mata nya yang melihat aku dengan redup adalah yang terakhir sebelum Alexender keluar dari situ dan menutup rapat pintu kereta tersebut. Dari cermin aku perhati dia sudah mengeluarkan pedangnya dan bersedia menyerang Felon di sekitarnya.

"Ruarggg, hausss...."

Rombongan makhluk Felon yang haus akan darah mula menyerang kumpulan satria Alexender.

"Pastikan kamu semua tidak terkena gigitan mereka"

"Baik yang mulia"

Aku duduk dibawah sambil menutup telingaku kerana bunyi yang terhasil dari pedang tersebut amatlah mengundang trauma ku balik.

Tok tok tok

"!?"

"Alexender?"

".........."

Aku mengintip sedikit ke tingkap bagi memastikan dia ataupun bukan.

"Buka pintu ni sekarang". Suara garau terdengar serta tombol pintu kereta mula berputar-putar perlahan. Aku cepat menahannya dari dalam.

"Tinggalkan saya sendiri". Aku menjerit kecil.

"Saya penjaga yang diarahkan oleh Yang mulia. Buka pintu ini sekarang"

Aku tidak berani membuka kerana Alexender sudah berpesan untuk tidak membukanya kepada sesiapa pun.

Tombol pintu yang ku tahan tadi semakin lama semakin kuat ditarinya.

Aku perhati muka satria itu dan melihat matanya tidak seperti biasa. Bewarna merah dan di lehernya ada bekas gigitan.

Sah dia sudah digigit oleh Felon.

Crow Mask ManWhere stories live. Discover now