09

61 13 0
                                    



(sekurang-kurangnya ketik lah butang
vote tu ya, sayang-sayang sekalian♡)

ㅤㅤ(sekurang-kurangnya ketik lah butangvote tu ya, sayang-sayang sekalian♡)

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.



⚘ ───────────

Jungwon melakukan kerja gila. Dia menyembunyikan salah satu penjenayah berbahaya di dalam rumahnya sendiri. Siapa lagi kalau bukan Areum? Sudah 3 hari gadis itu merehatkan diri di sana. Jungwon berjaya memperbodohkan anggota polis di pejabat. Teruma sekali, Heeseung.

Siapa sangka pembunuh wanita yg sedang diincar pada waktu ini ternyata berada di dalam rumah Yang Jungwon sendiri.

"Kau nak makan lagi, tak?"
Soal Jungwon, sibuk merawat kecederaan si gadis.

"Tak nak lah. Eh kau bila nak tangkap aku ni?"

Jungwon menghentikan gerak gerinya ketika mendengar soalan tersebut. Dahinya mulai berkerut geram. Bukan kah sudah jelas lagi nyata yg dia enggan memberkasnya?

"Apa yg membuatkan kau berani sangat sampai membunuh macam ni? Aku rasa macam kehilangan diri kau yg dulu"

"Oh kejap-" Areum cuba untuk bersuara ketika Jungwon tiba-tiba kendengaran begitu serius berbanding hari biasa. Namun perkataannya dipintas begitu saja.

"Boleh tak kalau kau kembali ke arah yg lebih baik, Areum?"

"Tak-"

"Aku dah jadi polis sebab kau. Tapi kenapa kau bagi kejutan macam ni dekat aku?" Laju dia meluahkan perasaan. Tanpa sedar air mata sudah mengalir. Terlalu banyak memendam. Pada akhirnya segalanya meletus.

"Kau mengecewakan aku, Areum. Aku rindukan kau. Kau tak tahu betapa gigihnya aku cuba jadi anggota polis yg berjaya. Aku nak banggakan kau. Tapi apa yg kau balas dekat aku? Kau jadi penjenayah!"

Bercucuran air matanya jatuh di hadapan Areum. Wajahnya disembam pada telapak tangan seraya melepaskan tangisannya. "S-sanggup kau.. guna cincin pemberian aku sewaktu membunuh.." Tersedu-sedu dia bersuara. Tidak peduli jikalau dia terlihat begitu lemah sebagai seorang polis yg gagah.

Areum menghembus nafas ringan menyaksikan teman baiknya menangis tak ubah seperti anak kecil. Barangkali Jungwon masih belum melupakan detik-detik ketika mereka berdua bersahabat begitu dekat sewaktu remaja dahulu. "Manja betul. Macam tak percaya pula kau ni dah 27 tahun"

"Areum.. kau ni kan!" Jungwon merengek geram membuatkan Areum ketawa besar sehingga luka tikaman di perut terasa sakit. "Aduh, perut aku"

"Tu lah kau. Jahat"

Areum menggelengkan kepalanya. Meremehkan emosi Jungwon sekarang. Mujur tangisan jejaka itu berakhir dengan senyuman. Kelakar pula nampak Areum kesakitan. "Areum, kau tak tahu ke yg selama ni aku lindungi kau? Aku tak kan tangkap kau, aku janji"

"Kenapa?"

"Aku sayang kau. Persahabatan kita. Aku rindukan kau. Aku tak nak kehilangan kau, Areum"

Areum mengulum bibir menahan tawa selepas mendengar kata-kata jiwang daripada Jungwon tadi.

"Jungwon. Kau tahu kan berita pasal rumah anak yatim tu?"

Keliru di saat Areum tiba-tiba menukar topik perbualan namun Jungwon tetap memberikan respon. Kepala dianggukkan. "Berita tu viral dua tahun lalu, kan? Kebakaran dan ramai yg terkorban"

"Kejadian tu bukan sekadar kemalangan yg remeh tapi.. kejadian tu dirancang dengan kemas, bertujuan untuk membunuh dan menghancurkan tempat tu."

Sekelip mata saja riak wajah gadis itu berubah. Kosong dan suram.
"Tapi sedikitpun polis tak pernah berusaha untuk membuat tindakan. Kau rasa adil ke? Rasanya kau pun baru tahu pasal ni, kan? Pihak atasan makan rasuah untuk tutup kes ni."























"Jadi sebagai balasannya, aku bunuh perempuan tu sendiri."

⚘ ───────────

(DISCONTINUED) ❝Whisked Away❞ + JungwonTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang