05

58 11 0
                                    




flashback chapter,
ㅤ9 years ago
───────────
14 disember 2015

flashback chapter,ㅤ9 years ago───────────14 disember 2015

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada waktu itu, musim panas sudah berganti ke musim sejuk. Kelihatan salji sedang turun berlumba-lumba mendarat ke atas permukaan bumi. Jungwon juga semakin bertambah sibuk disebabkan pembelajaran akhir tahun. Mempersiapkan diri untuk peperiksaan yg bakal menjadi salah satu penentu masa depannya kelak. Itu lah yg difikirkan oleh pemuda itu di saat ini.

Bahkan sanggup berhenti mengunjungi teman baiknya di panti asuhan. Hasilnya, gadis itu berasa benar-benar kesunyian di sana tanpa kehadirannya. Sudah genap 4 bulan mereka tidak bersua muka. Kasihan Areum ternanti-nantikan kemunculannya.

"Kau nak pergi rumah anak-anak yatim lagi ke? Lepas sekolah ni?" Soal salah satu rakan sekelasnya ketika jalan beringingan menuju ke kantin. Nama diberi, Kim Sunoo.

"Siapa nama kawan kau tu.. Areum? Ha ya, Areum lah"

Jungwon menghisap gula-gula lolipop sambil berfikir sama ada ingin melawat Areum hari ini ataupun tidak. Kepala digelengkan setelah pasti. "Tak boleh lagi. Nanti lepas habis exam baru aku jumpa dia. Nak ikut?"

Temannya di samping tadi terus menolak pelawaannya. "Tak apa lah. Lepas exam aku pergi bercuti dengan parents dekat luar negara. Tapi kasihan lah kawan kau tu. Dah empat bulan kau abaikan dia. Dia kan tak ada phone. Mesti dia tunggu kau setiap hari dekat sana. Kau pula tak bagitahu sebab apa."

Sunoo mengeluh sebelum menyambung ayatnya semula. "Apa lah kau ni, Jungwon"

Jungwon mencapai dulang makanan lalu meludahkan lolipop tadi ke dalam tong sampah. Kemudian dia mengambil tempat duduk kosong. "Aku bukan abaikan dia lah. Dia best friend kesayangan aku kot." Dahinya berkerut tak senang.

"Habis tu?"

"Aku cuma nak bagi surprise dekat dia lepas aku lulus exam nanti. Dia tu comel, suka tunjuk reaksi teruja. Kau tak faham. Aku gigih belajar pun sebab nanti nak jadi polis untuk dia" Jungwon berbicara sambil tersengih.

"Kau suka dia ke apa ni?"

"Mesti lah suka. Sebagai kawan je lah. Kau tak sayang kawan ke? Pelik kau ni"

Sunoo menggaru kepala selepas mendengar jawapan itu. Salah dia ke yg syak bukan-bukan sebab lelaki dan perempuan boleh berkawan rapat macam ni sekali?

"Apa-apa je lah, Jungwon"


Di sisi lain, Areum sedang menyandarkan belakangnya pada pintu panti asuhan serta memuncungkan mulut. Membunuh masa lapang dengan menjahit baju tidurnya. Dia juga memerhatikan sekeliling berharap agar Jungwon bakal datang mengunjungi seperti hari sebelumnya.

"Areum! Mama panggil awak sekarang."

Mendengar itu Areum cepat-cepat meninggalkan aktivitinya awal tadi lalu bergegas menemui penjaga mereka di rumah anak yatim itu.

⚘ ───────────

(DISCONTINUED) ❝Whisked Away❞ + JungwonWhere stories live. Discover now