04

73 14 0
                                    



ㅤㅤㅤ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa semua ni, Areum? Kenapa kau boleh berubah ke arah jalan ni?" Berkerut-kerut dahi jejaka itu mempersoalkan perubahan daripada bekas teman baiknya itu. Gadis itu ditatapnya dengan pandangan penuh kecewa bercampur kerinduan. "Areum.."

Di saat ini ada sebilah pisau berlumuran darah sedang berada di tangan perempuan yg disebut sebagai Areum itu. Dia membalas pandangan Jungwon dengan sorot mata sayu. "Keadaan yg memaksa. Kau takkan faham apa yg aku lalui" Dia membalas perlahan.

Jungwon mengerutkan dahinya sebaik sahaja mendengar jawapan itu. "Keadaan apa yg memaksa kau sampai ke tahap membunuh macam ni?" Pistol diarahkan pada Areum semula.

"Kenapa? Kalau aku bagitahu semuanya, kau akan lepaskan aku?"

Soalan itu membuatkan Jungwon terkelu. Sudah tentu saja dia perlu memberkas penjenayah! Tidak kisah lah sama ada ia kawan baik ataupun ahli keluarga sendiri.

"Aku tak nak serah diri. Tapi aku berada di jalan mati sekarang dan aku tak tahu nak lari ke mana"

Gadis itu menjedakan kata-katanya sebelum membuka mulut semula. "Tembak lah. Itu je cara untuk kau boleh tangkap aku sebab aku tak akan serah diri dekat kau. Itu pun, kalau kau berani"

Cabaran daripada Areum itu berjaya melemahkan tahap kemampuannya sebagai seorang polis. Menggeletar tangannya memegang pistol. "T-tapi.. bukan kau yg bunuh orang tu, kan? Kau tak buat semua tu, kan?" Masih cuba menafikan kenyataan yg sudah jelas.

Areum berdiam diri sementara mengelap darah halus di pipi akibat tercalar oleh tempias tembakan awal tadi. "I did, obviously" Dia membalas dengan jujur.

"Oh, I think i dropped my ring around the crime scene. Yes, custom ring yg kau hadiahkan aku sebelum kau tinggalkan aku beberapa tahun lalu. Benda tu boleh dijadikan sebagai bukti kukuh. Sebab cap jari mangsa ada dekat situ, masa aku tikam dia, dia sempat tarik tangan aku sampai cincin tu jatuh lepastu darah dia terpercik-"

Muak dengan perilaku Areum yg terus menerus bersantai di hadapannya tanpa rasa bersalah, Jungwon langsung memintas perkataannya. "Kau tak nak serah diri tapi kau bagitahu semua ni dekat aku? Kenapa, Areum? Kau saja je kan!"

Seolah-olah dapat membaca isi hati Jungwon. Areum benar-benar yakin bahawa jejaka itu tidak akan bisa menangkapnya. Sengaja mengaku secara terang-terangan kerana pada akhirnya, dia pasti dibiarkan pergi juga.

"Aku cuma bantu memudahkan kerja kau, Jungwon."
Kata-kata terakhir Areum sebelum jalan melewati tubuh Jungwon begitu saja. Tidak lupa juga untuk menyenggol bahunya. Dan Jungwon pula hanya terpegun di posisi yg sama tanpa melakukan apa-apa. Matanya memerhatikan bayangan teman baiknya itu perlahan-lahan ditelan oleh kegelapan.



Aku biarkan dia pergi.
Aku tak boleh tangkap dia.
Sampai hati kau buat aku macam ni, Areum?


Jungwon menggigit bibir bawah sekaligus menjambak rambut, melepaskan rasa kesal pada diri sendiri. Polis jenis apa biarkan penjenayah bebas macam tu saja? Dia mengepal penumbuk lalu berlari ke tempat kejadian asalnya.

Bukannya membuat laporan tentang Areum. Malahan merahsiakan dan melindunginya. Dia juga turut mengambil cincin yg disebut oleh Areum awal tadi. Mujur tiada sesiapa berjaya menemui cincin itu di bawah kereta.

Matanya meliar sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa sedang memperhatikan tindak tanduknya. Tangannya menyeluk poket seluar. Menyembunyikan cincin tersebut.

"Ugh.."

⚘ ㅤ────────────

(DISCONTINUED) ❝Whisked Away❞ + JungwonWhere stories live. Discover now