02

113 15 7
                                    



ㅤflashback chapter,
10 years ago
────────────
19 Julai 2014

ㅤㅤㅤflashback chapter, 10 years ago────────────19 Julai 2014

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Senyuman tak pernah lekang dari bibir sewaktu mengikuti kehendak Areum. Setibanya di sana, mata mereka langsung dijamu oleh pemandangan taman indah yg terdapat di belakang panti asuhan tersebut. "Jum!" Lantas dua sahabat itu menghampiri pokok besar yg berada di tengah-tengah padang. Bersandar sambil mengambil angin.

"Wah.. Sukanya macam ni, kan?"

Jungwon menganggukkan kepala setuju. Sibuk menyeluk beg sekolah, mencari buku latihannya. Dia mencuit bahu Areum dengan teruja. "Tengok ni. Hari ni aku dapat full mark tau! Kau bangga tak dapat kawan bijak macam aku?"

Areum menepukkan tangannya kagum. "Wah! Mesti lah aku bangga ada kawan macam kau. Kau seorang je yg aku ada tau" Senyuman manis dihadiahkan kepada teman baiknya.

"Mesti lah! Aku nak jadi polis nanti"

"Wah polis?! Hebatnya Jungwon! Nanti mesti segak pakai seragam polis kan? Mesti masa tu kau kuat gila. Fuh, lepastu banyak perempuan sukakan kau. Kejap, aku nak bayangkan dulu. Nanti mesti kau nampak kacak sangat"

Terlalu banyak pujian diterima. Perlahan-lahan pipi Jungwon membahang dan mulai memerah sewaktu menatap wajah cantik Areum yg sedang berbicara. Tanpa berfikir panjang dia terus mengecup pipi mulus itu. Alamak, tak apa ke cium pipi kawan sendiri?

"U-um.." Malu sendiri pula. Pantas dia menarik muka menjauh tatkala tersedar akan perbuatan sendiri. "M-maaf!"

Areum mengedipkan matanya, tercengang seketika. Gadis itu menundukkan kepala tersipu malu. Lama dia berfikir sebelum mencapai pipi Jungwon lalu memberikan ciuman ringkas sebagai balasan.

"Hm?!" Refleks Jungwon menekup mulut, menahan diri daripada menjerit. Perlahan-lahan aegyosal miliknya kelihatan, nampaknya dia sedang tersenyum disebalik telapak tangannya. "T-terima kasih. Aku suka"

Areum menggaru kepala yg tidak gatal melainkan berasa segan. Tiba-tiba dia menukar topik perbualan. Jari ditundingkan ke atas langit cerah. Menunjuk sebuah layang-layang di udara. "Tengok tu! Nampak tak?"

Teman baik lelakinya itu hanya mendongakkan kepala tanpa memberikan respon. Mungkin masih bingung memikirkan ciuman manis awal tadi.

Areum bersuara semula. "Aku teringin nak makan pizza lah. Selama ni penjaga rumah anak yatim ni tak terima bantuan. Makanan tak sihat macam tu, ditolak. Sedihnya" Keluhan berat dilepaskan.

"Oh kau tak pernah makan pizza? Nak aku belikan?"

Areum mengangkat muka, jelas terpampang reaksi teruja. Bersinar-sinar matanya. "Serius? Ah! Tapi aku nak makan pizza tu guna duit kau. Aku nak merasa juga hasil titik peluh kau waktu dah berjaya jadi polis nanti"

"Okey. Kau pegang janji aku, ya?"

"Okey, Jungwon. Aku tunggu"

Mereka tersenyum sesama sendiri. Sempat Jungwon memincit hidung si gadis kecil itu. Bergurau manja. Membuatkan Areum mencubit bahunya sebagai respon. Hal kecil sudah cukup membahagiakan dua remaja itu.

Siapa sangka mereka bakal berpisah buat beberapa tahun lamanya sebelum Jungwon kembali sebagai seorang polis ternama. Dan masa tu juga lah, Hwang Areum menjadi seorang penjenayah yg dikehendaki oleh pihak polis.

⚘ ㅤ────────────

(DISCONTINUED) ❝Whisked Away❞ + JungwonWhere stories live. Discover now