Datin Amanda Wong yang telah mendapat teka hal yang bermain di dalam fikiran gadis muda itu terus menghamburkan tawa kecil. Patutlah, buah hati ada kena mengena dengan syarikat tersebut.

Kelopak mata dipejamkan rapat, nafas dihembus perlahan bersama dada yang beralun tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelopak mata dipejamkan rapat, nafas dihembus perlahan bersama dada yang beralun tenang. Bunyi pintu diketuk dari luar sebanyak tiga kali menyebabkan dia mencelikkan kelopak mata.

"Come in." Perlahan namun kedengaran sangat tegas suaranya memberi arahan. Apabila pintu terbuka dan terpampang wajah seseorang, terus dia kembali memejamkan rapat kelopak matanya.

"Kau tak cakap pun yang kau nak datang ke sini, Ray." Suara tawa halus lelaki yang digelar Ray itu menyebabkan dia kembali mencelikkan kelopak mata. Kelihatan sahabat baiknya itu sudah duduk di hadapannya bersama wajah tenang.

"Aku datang untuk bersua muka dengan sahabat baik aku, itu pun perlukan keizinan kau ke Danish?" Soalan tersebut menyebabkan Danish hanya memberikan renungan kosong pada wajah sahabatnya. Tubuh masih bersandar pada kerusi namun matanya kini setia menatap wajah lelaki di hadapannya itu, Rayden Kim.

"Kau selalunya akan datang bila kau tak puas hati dengan sesuatu." Danish hanya melihat Rayden yang kini menghamburkan tawa, kedengaran sangat galak dan sinis sebelum lelaki itu menyengetkan kepala ke kiri. Tiada lagi gelak mahupun senyuman pada wajah Rayden.

"I only have one rule, tell me before I found out." Rayden merenung tajam wajah sahabatnya itu, matanya kosong. Danish membalas tatapan mata Rayden sebelum mengukirkan senyum sinis.

"Kau dah jumpa, buat apa lagi tanya aku?" Danish meraupkan rambutnya ke belakang, kening kanan dijungkitkan buat beberapa kali sengaja mahu menguji kesabaran Rayden.

Rayden hanya diam namun matanya tajam merenung Danish yang langsung tidak gentar akan dirinya. Nafas dihela perlahan sebelum dia kembali bersandar, kaki disilangkan. Tangan pula bersilang memeluk tubuh.

"Ingat Danish, aku ada share juga dalam company ni." Bebola mata Danish bergerak memandang wajah tampan sahabatnya, riak wajah kosong sahaja tidak memaparkan sebarang riak.

"Dylan dah tahu semua ni?" Rayden menjungkitkan kening saat menyoal Danish. Senyum sinis terukir apabila sahabatnya itu melarikan anak mata daripada terus bertatapan.

"Kau memang cari masalah ni, Danish. Silap haribulan bergaduh teruk dengan Dylan nanti." Danish diam sahaja namun dia faham akan apa yang mahu disampaikan oleh Rayden. Pen yang terletak di atas meja dipusingkan dengan kadar perlahan sambil otaknya ligat memikirkan sesuatu.

Rayden mengeluarkan telefon miliknya sebelum dia meletakkan gajet itu di atas meja, video dimain menyebabkan ruang bilik itu dipenuhi dengan suara seorang lelaki.

"Menurut laporan yang disediakan oleh Jabatan Audit Negara, syarikat DaEL telah mendatangani kontrak dengan KDN pada 1 Januari 2011 bagi melupuskan pelbagai jenis senjata lama atau lusuh serta aksesori milik Polis Diraja Malaysia." Rayden memandang wajah Danish yang hanya memaparkan riak kosong itu.

"Dengan mengambil kira nilai aksesori yang telah dibekalkan berjumlah 1.13 juta, obligasi kontrak yang belum dilaksana dianggarkan berjumlah 5.23 juta. Semakan audit selanjutnya mendapati tindakan susualan diambil terhadap syarikat bagi memastikan syarikat ini memenuhi obligasi kontrak." Video tersebut dihentikan oleh Rayden.

Danish membalas tatapan mata sahabatnya itu sebelum dia tergelak halus. Rayden hanya menggelengkan kepala melihat telatah sahabatnya yang ini.

"Kau boleh gelak, Danish? Ini dah menjejaskan nama baik syarikat. Kau buat perangai macam ni, tak takut kena hentam dengan Dylan nanti?" Danish menggelengkan kepala sebelum dia menegakkan tubuh. Rayden hanya memerhati tanpa memutuskan tatapan mereka.

"Perkara simple, aku boleh handle." Rayden menyeringai sebelum mengangguk kepala. Danish pula hanya membisu.

"Ya, kau boleh handle lepas nama baik syarikat dah tercemar macam ni." Rayden tersengih sinis tatkala melihat renungan tajam Danish. Walaupun sahabatnya itu hanya diam namun Rayden pasti yang Danish sekarang sedang tergugat dengan kenyataannya.

"Aku buat bersebab." Danish melarikan mata daripada terus menatap mata sahabat baiknya itu. Rayden diam seketika namun bebola matanya bergerak liar merenung wajah Danish.

"Apa pun sebab, aku tak rasa kau perlu khianat orang lain dan syarikat sendiri dengan cara macam ni, Danish." Rayden menggelengkan kepala buat beberapa kali sebelum nafas dihembus perlahan manakala Danish hanya diam tidak memberi sebarang kata.

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now