𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 40

41.9K 1.7K 32
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Danish memandu keretanya masuk ke tempat perhentian RNR

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Danish memandu keretanya masuk ke tempat perhentian RNR. Kereta mewahnya laju sahaja meluru masuk dan berhenti di tempat letak kereta. Lelaki itu meraup rambut perangnya ke belakang sebelum berpaling melihat isterinya. Ariana masih lena dan berdengkur halus. Penat sangat tu. Danish mengeliat kecil menyebabkan tulang-temulangnya berbunyi.

"Aisya." Lembut sahaja lelaki itu memanggil isterinya, namun wanita tersebut masih tidak mempunyai tanda-tanda hendak bangun dan terganggu dengan seruan si suami. Danish keluar dari perut keretanya sebelum berjalan ke sebelah pintu tempat isterinya. Danish memandang sekeliling sebelum membuka pintu kereta belah isterinya. Tidak mahu tubuh Ariana itu dilihat oleh orang lain.

"Aisya." Bahu Ariana digerakkan sedikit menyebabkan wanita itu sedikit terganggu. Danish tersengih memandang isterinya yang mengerutkan dahi, mungkin tidak puas hati apabila tidurnya dikacau olehnya. Danish membongkokkan sedikit tubuhnya sebelum pipi Ariana ditepuk perlahan.

"Bangun." Ariana mencelikkan kelopak matanya dengan perlahan. Perkara pertama yang menghiasi sistem penglihatan adalah wajah kacak suaminya yang berkacukan barat.

"Bangun. Kau tak nak makan ke? Aku lapar ni." Danish melihat wajah isterinya yang tampak masih blur itu. Iris hazel Ariana direnung penuh minat. Cantik!

"Tapi aku tak lapar." Ariana berkata perlahan bersama suaranya yang sedikit serak. Matanya dipejamkan kembali sebelum dicelik semula. Menghilangkan kabur. Danish mendengus kasar sebelum menarik kain yang menutupi tubuh isterinya itu. Lengan Ariana ditarik lembut, menyuruh wanita tersebut bangun. Seat ditinggikan kembali. Ariana hanya menurut.

"Tak payah nak mengada. Kau kena makan, kang sakit ke apa, menyusahkan aku juga. Jom." Danish menarik lembut isterinya supaya keluar dari perut kereta mewahnya. Pintu kereta kembali ditutup. Danish memalingkan tubuhnya memandang Ariana yang masih tampak tidak bermaya. Mungkin masih mengantuk. Lelaki itu mengusap lembut wajah isterinya sebelum mengemaskan rambut Ariana yang sedikit berserabut. Rambut depan isterinya diselitkan di belakang telinga.

Ariana mendongak memandang suaminya. Wanita itu sedikit terpana dengan tindakan Danish. Sentuhan suaminya sangat lembut. Tidak menyakitinya langsung.

"Jom." Danish mengenggam tangan kecil isterinya sebelum berjalan masuk ke tempat untuk makan. Ariana hanya memandang tangannya yang hilang disebalik tangan besar dan kasar suaminya. Senyuman nipis terukir pada wajah jelita wanita itu. Danish duduk di tempat paling hujung kerana ditempat lain sudah penuh. Ariana hanya duduk di kerusi sambil memandang Danish.

"Kau nak makan apa?" Danish memandang wajah Ariana yang hanya merenungnya. Ariana mengalihkan pandangannya melihat menu makanan yang tertulis di papan di hadapan tempat untuk membeli makanan, namun wanita tersebut hanya mencebik.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now