𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 7

33.6K 1.6K 29
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan mereka ke rumah Danish

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan mereka ke rumah Danish. Sesekali wanita itu mengerling suaminya yang tampak serious merenung jalan di hadapannya.

"Da—Danish." Ariana cuba memanggil nama suaminya namun lelaki itu tetap tidak mengendahkannya. Ariana mengemam bibirnya. Menahan rasa.

"Danish—"

"Diam!"

BAM

Tersentak Ariana apabila Danish bertindak menjerkahnya sambil menghentak stereng kereta. Wajah lelaki itu tampak sangat tegang.

"Diam kalau kau tak nak aku sakitkan kau, Ariana." Danish mengerling sekilas Ariana yang terkaku di sebelahnya. Wanita itu sedang mengemam bibir.

"Ak—aku just panggil—"

"Diam!" Ariana terus membisu apabila Danish menjerkahnya kuat buat kali kedua. Dia melihat rahang lelaki itu mengetat dan muncul urat hijau di sekitar leher suaminya itu.

"Susah sangat untuk kau terima aku dalam hidup kau, Danish?" Ariana memandang sisi wajah Danish. Lelaki itu memejamkan rapat matanya dan memegang kejap stereng keretanya sehingga urat urat hijau timbul pada lengan kekar lelaki itu.

"Aku lebih baik dari Aqila—"

"Bodoh!"

BAM

Danish bertindak menghentikan kereta di bahu jalan sebelum menghentak sterengnya dengan kuat. Danish tergelak sinis menyebabkan Ariana menelan kesat salivanya. Air jernih memenuhi pelupuk mata wanita itu.

"Apa kau cakap? Kau lebih baik dari Aqila?" Danish merenung tajam mata berkaca isterinya. Senyuman sinis menghiasi wajah kacaknya.

"Kau lebih baik dari Aqila? Hey, perempuan! Kau dengar sini baik baik, kau nak bandingkan dengan Tengku Aqila Dayana? Kau tu bawah tapak kaki aku je, Aisya Ariana! Murah!" Bergetar anak mata Ariana mendengar bait kata suaminya terhadapa dirinya. Air matanya laju turun membasahi pipi putih kemerahannya. Lelaki itu baru sahaja menghinanya, suaminya sendiri yang menghinanya.

"Dia lagi murah dari aku! Kalau dia tu mahal sangat, dia takkan curang dengan Dylan dulu!"

PANG

Teresak kasar Ariana apabila pipi kirinya ditampar kuat oleh Danish menyebabkan hujung bibirnya berdarah. Pijar pipinya ketika itu.

"Danish, sakit!" Ariana mendesis sakit apabila Danish bertindak mencengkam kasar rahangnya. Lelaki itu merenung tajam ke dalam anak mata isterinya. Darah yang terhasil daripada bibir wanita itu yang pecah langsung tidak menerbitkan rasa kasihan di dalam dirinya tetapi lelaki itu merasakan puas kerana dapat menyakiti Ariana.

"Dia dengan kau langsung tak sama, Ariana. Dia bidadari dan kau hanya pengemis!" Wajah Ariana ditolak kasar menyebabkan wanita itu berpaling menghadap lain. Ariana memejamkan matanya menahan rasa. Menggeletar tubuh badannya. Sakit dipipi tidak sama dengan sakit hatinya. Hancur. Rapuh.

Benar kata suaminya. Tengku Aqila Dayana bagaikan bidadari buat Danish, namun Aisya Ariana hanya seorang pengemis yang mengemis cinta dari suaminya sendiri.

××××

Ariana hanya memerhati kereta Danish yang bergerak laju masuk ke dalam perkarangan sebuah rumah agam yang tampak agak mewah. Di perkarangan rumah lelaki itu terdapat ramai lelaki berpakaian serba hitam dan bertopi. Kesemuanya bertubuh sasa dan tinggi.

Di perkarangan rumah suaminya itu juga terdapat banyak jenis kereta mewah. Kereta Danish betul-betul di dalam perkarangan rumah lelaki itu. Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu terus keluar dari kereta meninggalkan Ariana yang hanya terkebil-kebil memandangnya.

"Tuan Danish." Seorang lelaki yang tampak sedikit berumur mendekati Danish. Ariana segera keluar dari kereta suaminya. Dia hanya memerhati Danish yang sudah masuk ke dalam rumah bersama lelaki tadi tanpa menunggunya. Ariana terkebil-kebil apabila seorang lelaki serba hitam membuka bonet kereta Danish sebelum mengeluarkan beg pakaian Ariana.

"Puan Ariana, silakan masuk." Ariana masih terkaku melihat lelaki tadi menundukkan sedikit tubuh di hadapannya sebelum berjalan dan meletakkan beg pakaian wanita itu di dalam rumah Danish. Ariana hanya mengikut lelaki tadi masuk ke dalam rumah suaminya.

"Selamat datang Puan Ariana." Seorang wanita yang agak berusia menghampiri Ariana dan menundukkan tubuhnya di hadapan Ariana menyebabkan wanita itu terikut sekali menunduk kepadanya. Wanita tersebut hanya tersenyum manis menyebabkan Ariana tersenyum kekok.

"Raina, ni beg Puan Ariana." Lelaki yang memegang beg pakaian Ariana itu menghulurkan beg tersebut kepada wanita yang bernama Raina itu sebelum terus keluar dari rumah tanpa memandang wajah Ariana. Sempat lelaki itu membongkokkan badannya ke arah isteri majikannya itu. Ariana hanya memandang sahaja lelaki itu keluar dari rumah suaminya.

"Puan Ariana. Mari saya tunjukkan bilik Tuan Danish." Raina menunduk tanpa memandang wajah Ariana. Wanita itu hanya mengangguk sahaja sebelum mengikut Raina naik ke tingkat atas. Rumah Danish sangat cantik, dengan bertemakan warna putih dan emas. Namun yang pelik bagi Ariana, mengapa rumah lelaki itu penuh dengan lelaki berpakaian serba hitam? Lelaki ini seperti abangnya juga? Pengedar utama senjata api? Selama dia mengenali lelaki ini, dia hanya tahu bahawa suaminya ini berkerja di syarikat abang iparnya sahaja.

"Puan, ini bilik Tuan Danish. Saya letak di sini sahaja beg pakaian Puan. Silakan masuk." Ariana sedikit tersentak apabila Raina bersuara. Raina tetap menundukkan wajahnya tanpa memandang Ariana.

"Okey. Terima kasih." Raina terus meninggalkan Ariana selepas mengangguk dan menundukkan sedikit tubuhnya dihadapan wanita cantik itu. Ariana memerhati pintu bilik suaminya sebelum menolak daun pintu tersebut.

"Dia akan buat kau menderita, Ariana."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now