DANISH UQAEL II

10.1K 586 5
                                    

Danish memandang wajah lesu Datin Diana, ibu kandungnya yang sedang menatap televisyen di ruang bilik hospital peribadi itu. Mata Datin Diana sembab dan kemerahan, menatap kosong kaca yang memaparkan buletin utama tersebut. Kini mereka berada di hospital kerana Danish mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Hal terakhir yang dia ingat hanyalah wajah kosong tidak berperasaan abangnya, Dylan Mikael.

"Ahli perniagaan, Dato Darren Michael bersama isterinya telah ditemui mati di kediamannya di Taman Duta, Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada sekitar pukul 6 petang. Suspek iaitu anak lelaki sulungnya sendiri yang berumur 15 tahun, telah menikam dan mengelar wajah pasangan suami isteri itu dipercayai mengalami masalah mental."

Datin Diana memejamkan rapat kelopak matanya tatkala mendengar berita itu, air jernih mengalir membasahi pipi mulusnya. Tidak mampu diterima akal akan apa yang terjadi pada Bekas suami dan anak sulungnya.

"Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Dato Mohd Shuhaily, berkata siasatan awal setakat ini mendapati suspek berkemungkinan mempunyai masalah mental sehingga sanggup bertindak sedemikian namun siasatan lanjut masih dijalankan." Nafas dihela lemah, Datin Diana mengusap pipinya yang basah dengan air mata sebelum dia berpaling memandang anak lelakinya yang sedang merenung ke arahnya.

"Abang Dy tak salah." Danish menggelengkan kepala dengan perlahan, tangannya naik menunjuk ke arah televisyen namun matanya masih setia memandang wajah Datin Diana.

"Papa yang selalu pukul kami. Abang Dy cuma balas balik. Abang Dy selamatkan Qael!" Bergetar anak mata Datin Diana membalas tatapan mata anak keduanya itu, wajah Danish tidak beriak dan mata remaja lelaki tersebut kosong tidak memancarkan sebarang perasaan.

"Abang Dy tak boleh kena hukum. Papa memang patut mati." Danish menggelengkan kepala buat beberapa kali sebelum menghamburkan tawa namun matanya mengalirkan air jernih. Redup tatapan matanya membalas tatapan mata Datin Diana.

"Uqael."

"Diorang memang patut mati. Abang Dy dah bunuh diorang semua, mama. Abang Dy tak buat salah." Datin Diana menarik tubuh kurus Danish sebelum dipeluk erat. Remaja lelaki itu meronta tidak mahu dipeluk namun tetap Datin Diana mendakap kemas tubuh kecil anaknya.

"Danish Uqael, jangan macam ni sayang. Abang Dy dah tinggalkan mama, takkan Uqael nak tinggalkan mama juga?" Danish yang tadinya meronta kini sudah terkaku di dalam dakapan Datin Diana. Hanya tangisan kecil sahaja yang kedengaran.

"Abang Dy tak salah, mama." Ayat itu berulang kali disebut oleh Danish, mata menatap tajam merenung kaca televisyen.

"The man who seeks revenge digs two graves." – Ken Kesey

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now