𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 12

34.3K 1.6K 63
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana mengeringkan rambut perangnya dengan tuala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ariana mengeringkan rambut perangnya dengan tuala. Matanya tertumpu pada pantulannya di dalam cermin. Pinggir bibirnya yang masih ada luka itu hanya dilihat.

"Macam mana nak dapatkan dia eh?" Ariana mengaru kening nipisnya. Dia menghela nafas perlahan apabila teringat akan sikap lelaki itu terhadapnya. Terlalu kasar.

Setiap sentuhan lelaki itu akan menyakiti tubuhnya. Ariana meyangkutkan tualanya pada bahagian penyangkut tuala sebelum berjalan mendekati almari kecil yang menempatkan pakaiannya. Matanya memerhati satu per satu baju yang terdapat di situ. Matanya tertumpu pada baju tidur satin bewarna merah hati yang hanya separas peha dan bertali halus. Senyuman manis mekar diwajah wanita itu sebelum dia dengan pantas mengambil pakaian yang agak seksi tersebut.

"Goda dia." Ariana tersenyum sebelum berlalu masuk ke dalam bilik mandi untuk menukar pakaiannya itu. Hanya mengambil masa 10 minit, Ariana kembali keluar dari bilik mandi itu dengan sudah lengkap berpakaian seksi tersebut. Perfume bauan vanila yang berada di atas meja soleknya di ambil sebelum bauan itu di semburkan pada leher mulusnya.

Rambut perang panjangnya disanggul tinggi. Ariana menarik nafas panjang.

"Bissmillah."

××××

Danish menenguk perlahan air kosong berais. Mata tajamnya merenung ke luar balkoni biliknya itu. Rambut perangnya diraup ke belakang. Kini dia hanya memakai seluar tanpa berbaju. Angin malam menampar lembut kulit putihnya.

"Aqila." Mata lelaki itu terpejam rapat sambil menyebut nama kekasih hatinya. Gelas kaca yang mengandungi air kosong berais yang sudah sedikit itu diletakkan di atas meja. Wajah isterinya terlintas di dalam mindanya ketika itu. Disebabkan oleh dendam lamanya, wanita itu terpaksa menerima segalanya.

"Danish." Danish yang sedang mengelamun itu sedikit tersentak apabila tubuhnya dipeluk daripada belakang. Bau vanila memenuhi ruang balkoni yang terbuka itu.

"Kau buat apa ni, Ariana—" Belum sempat lelaki itu hendak menghabiskan ayatnya, Ariana bertindak mengusap lembut perut berotot suaminya. Danish memejamkan matanya apabila telapak tangan mulus isterinya itu mengenai kulit perutnya.

"Lupakan Aqila—" Ariana mengusap lembut abdomen suaminya. Dahinya dilekapkan pada belakang tubuh Danish.

"Kita bina life kita yang baru—" Pipi putih kemerahannya pula dilekapkan pada belakang tubuh suaminya itu. Langsung tiada balasan daripada Danish.

"Kita jaga anak-anak kita—"

"Danish!" Belum sempat Ariana hendak menghabiskan ayatnya, tubuhnya kini sudah terhempas kuat di dinding balkoni bilik Danish. Berkerut dahi wanita itu menahan sakit pada belakang tubuhnya. Kedua belah lengan sasa Danish memagari Ariana. Mata lelaki itu tajam menilik pakaian isterinya.

"Kau nak mati, Ariana?" Danish merenung tajam wajah Ariana. Wanita itu merenung lembut ke dalam anak mata cantik suaminya. Danish mendekatkan wajahnya pada leher jinjang isterinya itu. Matanya dipejamkan rapat seraya menghidu wangian tubuh isterinya itu. Wangi, terlalu wangi.

"Aku takkan benarkan keturunan aku lahir dari rahim perempuan macam kau." Bergetar anak mata Ariana apabila suaminya menuturkan ayat tersebut. Danish tergelak kecil selepas menghabiskan ayat sinisnya itu. Lelaki tersebut kembali menjarakkan wajahnya daripada leher jinjang si isteri sebelum wajah kemerahan wanita itu di tatap tajam. Rahang Ariana dicengkam kasar menyebabkan wanita jelita tersebut mendongak memandangnya.

"Kau tak layak kandungkan keturunan aku." Danish menolak kasar kepala isterinya. Air mata sudah memenuhi pelupuk mata wanita tersebut. Danish merengus kasar sebelum dia hendak melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Semua sebab Aqila kan? Semua sebab perempuan munafik tu kan?! Perempuan tu yang buatkan kau—"

PANG

"Da–Danish, sa–sakit." Ariana mengaduh sakit apabila Danish yang bertindak menamparnya tadi kini mencengkam kuat lehernya. Ariana memegang tangan suaminya, dia tidak mampu untuk bernafas.

"Watch your mouth. Kau punca segalanya. Kalau kau tak buat benda bodoh tu, kau tak akan terseksa macam ni!" Kuat jerkahan Danish di wajah Ariana yang sudah tercungap-cungap tidak cukup nafas. Memerah wajah wanita itu.

"Kau nak aku bunuh kau, Ariana? Buang mayat kau dekat laut huh? Kau nak sangat?" Berombak ganas dada Danish menahan amarah. Ariana merenung wajah suaminya dengan mata yang kuyu dan mulut yang sedikit tergangga. Tangannya yang memegang lengan Danish menjadi lembik. Kaki wanita itu juga turut tidak mampu untuk menampung tubuh kecilnya.

"Sakit? Perempuan macam kau memang layak mati!" Danish melepaskan cengkamannya pada leher Ariana menyebabkan tubuh wanita itu melorot jatuh ke bawah. Berombak ganas dada Ariana mengambil nafas.

"Kau keluar sekarang." Danish masih merenung tajam isterinya itu yang masih tersandar lesu pada dinding. Ariana masih terdiam dan mengambil nafasnya. Danish mengetap kuat giginya.

"Sa–sakit." Ariana menangis sakit apabila Danish bertindak mencekak kuat rambutnya sebelum menarik rambut dan diheret tubuh wanita itu untuk keluar dari biliknya. Ariana memegang lembut tangan lelaki itu. Air mata sudah penuh membasahi wajahnya ketika itu dibiarkan. Bagaikan hendak tercabut kulit kepalanya apabila Danish menarik rambutnya dengan kuat.

"Sakit, Da–Danish." Apabila sampai sahaja di luar bilik, Danish menolak kasar kepala isterinya sehingga wanita itu tersungkur di atas lantai.

"Aku tak bernafsu tengok perempuan macam kau, Ariana. Jijik!"

BAM

Terhinjut bahu Ariana apabila pintu bilik itu dihempas kuat. Badan kecilnya disandarkan pada pintu bilik Danish sebelum dia memejamkan rapat matanya. Esakan kecil terhasil daripada bibir mungilnya. Pipinya sakit. Lehernya pedih. Kepalanya perit. Hatinya rapuh dan hancur.

"Kejam."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now