Jihyo berada di kawasan yang sunyi seperti kembali ke tempat dimana dia dan Hoshi membakar rumah buruk itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jihyo berada di kawasan yang sunyi seperti kembali ke tempat dimana dia dan Hoshi membakar rumah buruk itu. Dia terkejut apabila melihat Jeon Won-Woo berdiri betul-betul di depan nya.

"Won-Woo? Bukan awak dah-"

"Memang saya dah mati. Tapi,hati saya tak pernah berhenti menyayangi dia atau menyimpan rasa yang tak bersyukur tu walau sedikit pun!"

"Won-Woo,saya buat semua ni demi kebaikan kita berdua-"

"Manusia kufur macam awak ni lah punca rosaknya cara pemikiran awak! Awak fikir awak tu siapa ubah ciptaan Tuhan?! Walaupun dia seorang perempuan tulen,saya tetap sayangkan dia tanpa mengira jantina dia! Awak sanggup dengar hasutan Hoshi daripada awak dengar isi hati Jungkook! Ibu jenis apa awak ni?! Hati saya ni tak pernah mati dari menyayangi dia!"

Jihyo terbangun dari tidur nya setelah bermimpi tentang mendiang suami nya. Dia melihat Hoshi yang tidur nyenyak di sebelah dan mula teringat kembali kejadian Jungkook dalam rumah buruk yang terbakar itu. Dia hanya melihat Jungkook terperangkap di dalam sana sambil melindungi anaknya dari terkena api kebakaran.

"Dah la,mimpi je kot. Kau tak payah la nak ingat balik apa yang kau buat tu,nanti makin stress!"

Jihyo menghembuskan nafas dan kembali tidur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lee Dong Wook berdiri di depan "kubur" Jungkook. Dia hanya tenung namanya diatas batu yang menulis segala maklumat tentang Jungkook dengan cukup lama.

"Ahjussi harap sangat yang kamu dan Haeun tenang di syurga. Kamu berdua dah menghadapi macam-macam cabaran semasa kamu berdua hidup. Ahjussi takkan hilangkan rasa sayang ni."

Mata Lee Dong Wook bergerak dan memandang "kubur" kecil disebelah. Dia mengeluh sambil meletakkan satu bunga diantara kubur kecil dan besar sebelum dia berlalu pergi.

"Ahjussi nak pergi mana?"

Yeonjun dan Sunoo tersenyum setelah mereka menunggu lama sambil menyandar ke pintu kereta.

"Ahjussi nak pergi minum kejap,dahaga pulak."

"Jom ahjussi."

Sunoo membuka pintu untuknya sebelum Yeonjun menghidupkan enjin kereta. Sedang Yeonjun memandu, Sunoo melihat luar tingkap. Suasana diluar tenang tak seperti suasana semalam hujan lebat tanpa henti. Di sebuah kawasan kejiranan, Sunoo perasan sesuatu di satu rumah sewa yang terbiar dan kosong. Seperti ada bentuk badan dan kepala seseorang sedang berdiri depan tingkap dan kemudiannya hilang.

"Kau nampak tak apa yang aku nampak?"

"Nampak apa, Sunoo? Aku tengah memandu ni,Mana boleh tengok benda lain."

"Ye jugak eh. Aku perasan ada bayang bentuk orang dekat depan tingkap rumah tu."

"Rumah Mana?"

"Alah,rumah sewa yang terbiar kosong tu. Rumah yang kau selalu cakap orang selalu sewa then lari keluar tak sampai sebulan sebab mahal."

"Hantu kot...takkan la tiba-tiba ada orang."

Sedang mereka bersembang, Lee Dong Wook hanya memandang mereka sambil mengeluh kerana baginya mereka hanya bersembang perkara yang karut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Ni ke tempatnya? Asal macam...seram je?"

Seorang penghantar makanan matikan enjin motor sebelum dia membawa keluar sekotak makanan dan air yang dibungkus. Dia melihat keliling dan berasa sejuk seperti bulu roma berdiri. Dia hanya meletakkan makanan dan air itu di depan Pagar rumah sewa itu dan berlalu pergi bersama motornya.

Sedangkan di tingkap itu seperti ada seseorang yang sedang memerhatikan dia menunggang motor dengan lajunya sehingga jauh dari rumah sewa itu.

To be continued
Vote and comment
Share my story too to your friends

𝐀𝐞𝐫𝐮𝐦𝐧𝐨𝐮𝐬 Where stories live. Discover now