Lee Dong Wook sedang sibuk memotong sayur di dapur sebelum memasukkan kedalam sup yang sedang menggelegak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lee Dong Wook sedang sibuk memotong sayur di dapur sebelum memasukkan kedalam sup yang sedang menggelegak. Jungkook senyap-senyap mengambil satu bekal dan mengisi makanan sebelum keluar dari bangunan apartment.

"Jungkook,mari makan."

Dia meletakkan sebuah mangkuk diatas meja yang diisi dengan sup ayam dan sayur,dia menoleh ke kiri dan ke kanan kerana sunyi.

"Jungkook? Kamu pergi Mana?"

Sedang berjalan ke ruang tamu,dia perasan pintu rumah terbuka dan terus keluar dengan muka yang cemas,dia berlari ke kereta.

Jungkook berjalan kaki sehingga depan rumah Jihyo dengan bekal diatas tangannya,dia mengetuk pintu pagar banyak Kali sehingga Jihyo membuka pintu dengan serabut.

"Kau buat apa dekat sini? Bukan Aku dah halau kau ke?"

"Eomma, Kook ada bawakkan bekal. Eomma taknak ke? Banyak lauk dalam bekas ni."

Jihyo melihat bekal itu dan terus jeling dengan benci,dia keluar dari rumah itu dan menghadap Jungkook.

"Kau fikir Aku ni miskin sangat ke sampai kau nak bawak bekal bagai? Eh Aku ada duitlah! Aku kerja!"

"Eomma, Kook bawak ni khas untuk eomma. Kenapa eomma buat Kook macam ni?"

"Tak payah berpura-pura menangis lah nak buat muka kesian bagai,Aku tahu kau nak saja nak perangkap Aku supaya masuk balik dalam rumah ni!"

"Bukan macam tu eomma, Kook buat ni sebab Kook sayangkan eomma-"

"BERHAMBUS LAH KAU!"

Jihyo menghempaskan bekas itu sehingga keatas tanah,kuah sup meleleh bersama nasi dan ayam yang sudah kotor kerana menyentuh tanah.
Jungkook mengambil bekas itu sambil air matanya meleleh sehingga ke pipi.

"Kau Tak payah gatal datang sinilah,Aku dah taknak tengok muka kau lagi! AKU HARAMKAN KAU DATANG SINI,KAU FAHAM TAK!"

"Eomma, Kook sayang eomma-"

"AAAAHHH! PERGILAH KAU,JANGAN SENTUH AKU!"

Jihyo mengunci pintu pagar sambil Jungkook merayu kepadanya untuk berbaik semula,dia menutup pintu dengan marah sehinggalah Hoshi perasan yang Jungkook berada diluar. Dia berjalan keluar dan ketawa.

"Kau menangis air mata berdarah sekali pun,eomma kau takkan benarkan kau datang sinilah! Dia dah tak sayangkan kau, berhambus lah!"

"Kau ni memang Suka hancurkan hubungan keluarga aku,kan? Kenapa kau buat macam ni?"

"Sebab Aku nak hapuskan kau,senanglah Aku nak hasut dia supaya Aku dapat semua harta. Sedangkan kau...satu hapak pun Tak dapat!"

Hoshi ketawa sambil peluk tubuh apabila Jungkook memandangnya dengan mata yang merah dan berair,hatinya sakit kerana tindakan Hoshi yang melampau itu.

𝐀𝐞𝐫𝐮𝐦𝐧𝐨𝐮𝐬 Where stories live. Discover now