Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Selepas habis waktu sekolah

Lee Dong Wook membawa Jungkook keluar dari Pagar sekolah,ramai pelajar yang melihat dia dengan ketawa kemudian mereka berlalu pergi. Jungkook berasa malu kerana dijadikan sebagai mangsa buli.

"Jungkook,kenapa monyok je muka ni?"

"Kook taknak pergi sekolah dah lepas ni."

Ayat yang keluar dari mulut kanak-kanak kecil itu membuatkan Lee Dong Wook terkejut dan dia melutut untuk bercakap dengannya.

"Kenapa? Apa yang jadi? Cuba bagitau ahjussi apa yang jadi."

"Dorang tarik seluar dalam kook bila kook lepas siap kencing,lepastu dorang pukul kepala kook! Sakit Tau."

Sekali Lagi dia terkejut namun geram turut terasa,dia berdiri dan membawa Jungkook Masuk balik ke dalam bangunan sekolah.

"Ahjussi,kita nak pergi Mana ni?"

"Report dekat principal,Tak boleh jadi ni Makin melampau nampak gaya nya."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jihyo bergegas Masuk ke dalam bilik principal dan melihat Jungkook yang duduk diatas sofa sedangkan Lee Dong Wook memberitahu segala nya kepada principal itu.

"Tapi, ni dah melampau! Minggu lepas,banyak kesan cubitan dekat kulit dia sekarang ni dorang main tarik seluar dalam dia lah ketuk kepala dia la!"

"Encik Lee,perkara ni biasa saja untuk kanak-kanak seumur mereka. Main-main je."

"Main-main?! Serious la puan kata ni cuma main-main?! BAIK TAK PAYAH JADI PRINCIPAL JELAH!"

Sedang Jihyo melihat Lee Dong Wook memarahi pengetua itu,dia dilanggar oleh Seorang perempuan yang baru tiba. Dia melihat Jihyo atas bawah.

"Perempuan low class."

Terus dia mengikuti suami nya ke dalam apabila Jihyo terasa dengan kata-kata itu ibarat hati nya ditikam.

"Sudah-sudah la menuduh anak saya membuli budak Jungkook tu."

"Eh betina,apa yang sudah? Benda ni serious,awak Tak patut manjakan sangat budak tu. Segala kesalahan yang dia buat awak backup sedangkan benda tu terang lagi bersuluh tak betul."

"Macam ni lah encik Lee,apa kata awak pindahkan je Jungkook ke sekolah rendah yang lain? Kami tak menerima aduan macam ni,baru kena cubit sikit terus mengadu."

𝐀𝐞𝐫𝐮𝐦𝐧𝐨𝐮𝐬 Where stories live. Discover now