UWMA: 9

10 0 0
                                    

Hai, new chapter is done!

Enjoy your reading! 🤍

| 070424 |

LAJU jari-jariku bergerak menulis di atas buku tulis subjek Bahasa Melayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



LAJU jari-jariku bergerak menulis di atas buku tulis subjek Bahasa Melayu. Kepala digerakkan ke kiri dan kanan berulang kali bagi mengurangkan rasa lenguh di leher. Penatnya!

Air liur ditelan seketika sebelum dahi berkerut menahan sakit. Tekak tiba-tiba terasa pedih pula. Pen yang berada di tangan diletakkan di tengah bahagian buku sebelum menutupnya. Kemudian, aku mencapai dompet yang berada di dalam beg.

Nak beli air dekat mesin gedegang!

Lantas aku melangkah keluar dari kawasan Foyer C itu dan menuju ke kantin. Sepanjang perjalanan, senyap sahaja kawasan sekolah termasuklah kawasan kelas sesi petang. Khusyuk betul masing-masing belajar.

Usai sahaja sampai, aku terus berjalan ke mesin. Kepala didongak ke atas untuk melihat makanan dan minuman yang terdapat di situ. Termenung sekejap aku dibuatnya. Susah ini nak buat pilihan.

"Tu, yang berdiri depan mesin tu. Dialah."

"Ouhlah, dia ke?"

Perbuatan aku terhenti seraya menyedari sekumpulan budak perempuan saling bisik antara satu sama lain sambil mata mengerling ke arahku. Air liur ditelan kelat. Kenapa pula ini? Aku ada buat salah ke?

Aku tarik nafas dalam-dalam lalu hembuskannya. Telefon dikeluarkan dari kocek seluar dan lantas membuka aplikasi gallery. Jari laju menggesek mencari satu gambar ini. Jumpa sahaja gambar itu, senyuman terus terukir di bibir.

Jadual kelas Mikael.

Membulat mata aku apabila telefon yang berada di tangan sekelip mata hilang diambil seseorang dari arah belakang. Lantas aku pusingkan badan 180 darjah. Terus mengeras badanku apabila susuk tubuh seseorang kini betul-betul berada di depan aku.

"Mikael," sebutku perlahan. Dia pantas menundukkan kepalanya memandang aku yang tinggi bawah paras bahunya. Dengan senyuman lebar di bibir, Mikael membuka mulut.

"Tak takut kena rampas ke?" soalnya dengan kening yang sudah terangkat sebelah. Aku hanya mendiamkan diri. Bukan kerana takut dengan kata-katanya, tetapi berdebar dengan jarak kami berdua sekarang. Mikael betul-betul berdiri di depanku.

"Aa... kau kan ada," balasku sambil menayangkan wajah selamba. Dia menggulingkan kedua belah mata ke atas sebelum mengundurkan beberapa langkah ke belakang. Aku pantas menghela nafas lega.

"Cepat belanja aku air." Selamba sahaja Mikael mengarahkan aku. Jelingan tajam diberikan kepadanya namun aku tetap mengikut arahan Mikael.

Until We Meet Again [OG ]Where stories live. Discover now