"Kalau ada apa-apa, bagitahu cikgu okey? Cikgu kat seat depan sekali," kata Cikgu Syamimi lembut sebelum kembali semula ke tempat duduknya.

Aniq mengeluh. Dia tak nak rasa sedih masa trip ni. Dia tak nak fikir langsung pasal dirinya.

Penyakitnya.

Dia merupakan penghidap leukemia. Sejak dia berumur 10 tahun lagi, maksudnya dah 2 tahun juga dia berperang melawan kanser tersebut.

Dan kansernya bertambah teruk baru-baru ini. Dia tahu yang dia tak boleh putus berharap, untuk ibu, ayah dan abangnya.

Ah, rindunya abang Zaif. Ibu cakap, abang ikut sekali sebab sekolah asrama abangnya cuti. Bolehlah dia jumpa abangnya nanti masa jalan-jalan di Mersing. Nanti dia nak kenalkan abang Zaif kepada rakan-rakannya.

Keluhan dilepaskan lagi. Apa akan jadi agaknya bila dia dah tak ada nanti? Abang Zaif nak berkawan dengan siapa nanti? Amzar dengan Afiq akan ada kawan baru ke?

"-niq!"

Kalau aku pergi nanti, apa yang akan berubah? Ke semuanya masih sama?

"Aniq Hanafi!"

Aniq tersentak. Dia terus menoleh ke arah Amzar yang memandangnya risau.

"Ha, kenapa?" Tanya Aniq. Amzar menggeleng.

"Takde apa. Kau okey tak ni? Berangan ke apa?" Tanya Amzar. Aniq menghela nafas. Dia paling tak suka orang tanya dia okey ke tak. Macam semua orang memang nak dia sakit. Dia tak suka orang risaukan dia, macam memang nak dia pergi cepat-cepat.

"Aku nak tertidur la tadi," balas Aniq. Amzar mencebik.

"Tidur apanya. Terbukak je mata kau tu. Ha, tidur la. Dah nak pukul 11 malam ni. Cikgu kata kalau dah sampai hotel nanti cikgu kejut," kata Amzar. Aniq mengangguk. Dia menyandarkan kepalanya ke tingkap bas. Baru rasa mengantuk. Kawan-kawannya yang lain dah tidur rasanya. Senyap dah bas ni.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, matanya menangkap sebuah kereta di laluan jalan belok kanan dari jalan yang dilalui oleh bas yang dinaikinya.

Kereta tu..nampak macam baru kena langgar. Bahagian belakang dan tepi kereta remuk teruk. Bahagian hadapan kereta berasap dan cebisan kaca tingkap yang pecah berserakan di atas jalan raya.

Aniq segera bangun dan meluru ke arah Cikgu Syamimi yang masih lagi belum tidur.

"Cikgu!"

Cikgu Syamimi pantas menoleh. Dia memandang Aniq atas bawah, ingin melihat sama ada sesuatu telah berlaku kepadanya.

"Kenapa? Awak rasa tak sihat ke?"

"Saya..saya nampak ada kereta kena langgar. Kat sana."

.

"Ibu, boleh ke kalau Aniq nak lawat orang yang accident tu?" tanya Aniq kepada Puan Linda semasa rombongan mereka berhenti sebentar di masjid untuk solat Subuh. Aniq duduk bersama-sama ibunya di pondok di luar masjid untuk dia mengambil ubatnya. Abangnya, Aniq Huzaifah kelihatan sedang menyiapkan kerja sekolahnnya yang bertimbun. Wajah abangnya yang berkerut membuatkan Aniq Hanafi tersenyum. Nampak macam stres je. Maklumlah, tahun hadapan abangnya akan menduduki peperiksaan SPM. Mesti tengah kerja keras tu.

In The DreamsWhere stories live. Discover now