"Assalamualaikum, abang," ucap Inara sejurus menapak ke dalam bilik itu.

Kerusi di sebelah katil Irfan diduduki. Rambut Irfan dielus lembut dan tangan dicapai untuk disalam. Itulah rutin Inara setiap kali melawat Irfan.

Impiannya menginginkan seorang abang yang dianggap mustahil kini nyata. Walaupun abangnya kini tidak mampu melayan kerenah dirinya. Inara tersenyum sendiri memikirkannya.

"Abang. Kalau abang masih Irfan versi roh yang Inara nampak, abang akan layan Inara macam adik ke tak? Inara tertanya-tanyalah. Cepatlah bangun, abang. Tak bosan ke dengar Inara aje yang bebel. Biasanya ni kerja abang bukan Inara," omel Inara sendirian.

Sudah biasa kata-katanya itu dibawa pergi bersama angin setiap kali melawat Irfan. Dia sudah tidak endah dan kurang berasa sedih. Dia yakin yang Irfan sedang mendengar setiap bebelannya. Dia hanya perlu tunggu.

Inara yang rancak meluahkan segala-segalanya kepada Irfan langsung tidak kisah akan keadaan sekeliling. Pintu yang dibuka itu juga dia tidak sedar. Seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu, terbeliak matanya melihat Inara yang mengenggam erat tangan Irfan.

"Hannah! Apa awak buat?" soal Dani yang terkejut melihat Inara memegang Irfan.

"Dani? Apa saya―"

Inara tersedar yang Dani memandang tangannya yang memegang tangan Irfan. Dani masih belum tahu perkara sebenar. Inara tidak menceritakan kerana dia rasa Dani tak perlu tahu.

"Saya explain. Awak tahu Irfan ada adik?" Inara memandang Dani yang sudah berada di sebelah katil Irfan. Bertentangan dengan dirinya.

"Inara? Irfan pernah cakap. Tapi dia kata adik dia dah tak ada," balas Dani.

Mukanya masih berkerut memandang tangan Inara yang langsung tak melepaskan tangan sahabatnya. Geram pun ada. Suka hati pegang anak teruna orang.

"Inara bukan dah tak ada. Dia hilang," balas Inara. Tergelak kecil dia melihat Dani yang berkerut melihat tindakan Inara.

"Macam mana awak tahu? Apa kaitannya pula dengan awak yang pegang tangan Irfan ni? Haram Hannah," balas Dani.

"Sebab saya Inara."

Dani yang mendengar itu membesar matanya. Tidak mempercayai kata-kata Inara.

"Macam mana?" soal Dani masih keliru.

"Saya ringkaskan aje lah. Saya jumpa umi saya kebetulan hari itu. Then kami share cerita. Kuasa Allah pertemukan kami semula. Mungkin berkat doa umi dan abang yang tak putus-putus," jelas Inara.

Dani mendengar tekun. Wajahnya berubah tenang tidak lagi kisah dengan tangan Inara yang masih bermain dengan jari jemari Irfan.

"Jadi awak Inara dan bukan Hannahlah kan sekarang?" soal Dani.

"Boleh aje panggil saya Hannah. Sama aje dua-dua. Saya masih orang yang sama," balas Inara.

Dani pula hanya mengangguk. Inara tiba-tiba bangkit dari duduknya membuatkan Dani menoleh memandangnya. Kening kiri terjongket memandang Inara.

"Awak boraklah dengan abang. Saya keluar kejap nak makan. Nanti kalau awak nak balik, balik aje. Tak perlu tunggu saya."

Inara berpesan. Dia tahu Dani memang tidak akan pergi tanpa izin keluarga Irfan jika ada ahli keluarga Irfan di situ. Inara tidak mahu Dani menunggunya kerana dia rasa dia mungkin akan ambil masa yang lama.


MATA memerhati sekeling kafe sambil menyedut teh ais yang dibelinya tadi. Inara masih menantikan pesanannya. Hampir semua orang di situ diperhatikan.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora