4- HILANG

27 1 0
                                    

"ARGHHH!"

"Adik okey tak kenapa menjerit itu?" soal Puan Khadijah. Terkejut dia tiba-tiba sahaja anak terunanya itu menjerit tanpa sebab.

"Ehh tak ada apa ibu. Ternampak Kurro terbang." Kucing hitam gebu seperti karpet berbulu itu yang disalahkan. Andai Kurro boleh berkata mahunya dia kata Aidan kurang satu suis akalnya. Sudahlah manusia itu sering memeluknya dengan erat dan sangat merimaskan. Nasiblah dia tuan Kurro kalau tak Kurro pasti dah lari rumah cari tuan baru.

"Apa sajalah kamu ni. Dah pergi panggil ayah kamu, kita makan sekali."

"Ay ay captain." Tangan kanan dibawa ke dahi tak ubah gaya seorang tentera. Puan Khadijah hanya menggeleng melihat keletah anak bongsunya itu.


"KAMU kenapa Aidan? Dari tadi ayah tengok berkerut dahi aje. Fikir anak bini tak cukup makan kat rumah ke?" soal Encik Muhammad.

"Ayah, biar betul," balas Aidan dengan nada penat mendengar gurauan ayahnya itu.

"Aidan tengah ingat sesuatu dari tadi." Habis berkata tangan kanan menyuapkan nasi bersama ayam masak merah ke dalam mulut.

"Ingat apa?" soal Encik Muhammad.

Aidan mendongak merenung tepat ke dalam mata ayahnya. Biar betullah ayah aku ini.

"Ayah, kalau Aidan ingat Aidan tak berkerut."

"Ya tak ya kan. Apa lah ibu kamu ini Aidan." Lah ibunya pula yang kena.

"Ehh ibu pula." Hairan Puan Khadijah. Secara tiba-tiba dia terpaksa terlibat dalam perbualan bapa-anak mereka.

"Aidan selalu tertanya macam manalah ibu boleh setuju kahwin dengan ayah." Aidan memejam mata senyum sedikit sambil mengeleng.

"Sebab ayah kelakarlah ibu awak kahwin dengan ayah. Tak begitu intan payung saya." Sebelah kening dijongket sedikit sambil mata meredup memandang peneman hidupnya itu.

"Celah mana tah." Serentak puan Khadijah dan Aidan menutur kata. Betullah ke mana tumpahnya kuah kari kalau tidak ke nasi penuh sepinggan.


KAKI terus menuju ke tempat duduknya. Pen dan sehelai kertas dibawa keluar dari dalam beg. Tangan laju menulis apa yang diingati. Sudahlah memori Aidan dan ikan emas tiada tandingannya, kalau tidak ditulis mahunya sebulan lagi baru dia teringat kembali dan kemudian lupa lagi.

"Morning, sunshine." Kata keramat telah meluncur keluar dari mulut Fateen. Laju kepala dipusing memandang ke pintu kelas. Hannah. Tepat pada waktunya. Kelibat Syah tak pula kelihatan. Ish dia ni, orang nak tolong dia, dia pula asyik lesapkan diri.

"Morning, Hannah," ucap Aidan riang.

"Morning. Tulis apa tu?" Mata Hannah tepat memandang kertas yang agak penuh dengan tulisan agak cakar ayam di atas meja Aidan.

"Ada lah, tunggu Syah nanti aku cerita," balas Aidan dengan nada yang membuatkan Hannah mahu tahu dengan lebih cepat.

"Ohh dah ada geng baru, nak berahsia dengan aku lah ni. Tak apa. Faham." Mata melilau mencari Fateen.

"Fateen jom pergi kantin dengan aku. Aidan dah ada kawan baru, mana nak kawan dengan aku dah." Sempat dia menjeling Aidan dengan pandangan maut sebelum bergegas mendapatkan Fateen.

"Eh sekejap. Sejak bila kau orang dua berbaik?" Aneh. Ini sangat diluar normalisasi kehidupan Fateen. Aidan dan Hannah yang bagaikan anjing dan kucing yang tidak comel sudah berbaik. Apa yang bakal menimpanya selepas ini?

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Where stories live. Discover now