Puan Syazwin memeluk tubuh Hannah. Pelik dengan Hannah yang tiba-tiba saja menangis selepas menunjukkan penemuan baharu itu.

"Hannah kenapa nangis ni, sayang?" soal Puan Syazwin. Tangan mengusap lembut belakang tubuh Hannah. Hannah masih teresak-esak. Terlalu terkejut dengan apa yang baru dia saksikan.

Hakeem dan Tuan Fazlee yang tiba di depan pintu bilik itu juga terkejut. Hannah masih teresak.

"Kakak kenapa?" Hakeem mengambil tangan Hannah dan diusap perlahan. Hannah memang mudah menangis, itu satu keluarga sudah tahu. Tapi setiap kali Hannah menangis Hakeem turut sedih sekali.

"Hannah anak abi, kenapa ni?" Giliran Tuan Fazlee pula menyoal. Namun masih tiada balasan daripada Hannah. Hanya tangisan sahaja balasannya.

Pelukan dilerai. Air mata dikesat dengan belakang tangan. Wajah ahli keluarga yang bukan darah dagingnya ditatap satu persatu.

"Hannah bukan Hannah. Hannah sebenarnya Inara."


KINI mereka sekeluarga di dalam bilik tidur Puan Syazwin dan Tuan Fazlee. Lebih spesifik duduk di atas katil. Masing-masing mendengar penjelasan Hannah. Fokus.

"Jadi secara teorinya, akak already met her biological mother. Hakeem anak angkat juga ke?" soal Hakeem.

"Hakeem. Orang tengah serius kamu main-main pula. Kamu memang anak kandung umi dan abi. Lepas umi dan abi ambil keputusan untuk jaga Hannah, Allah bagi pinjam kamu pula," jelas Tuan Fazlee sambil memukul lembut lengan anak lelakinya itu.

"Kenapa Hakeem tak pernah tahu?" soal Hakeem lagi.

"Sebab umi tak mahu anak-anak umi fikir umi dan abi akan berat sebelah. Umi dan abi sayang Hannah dan Hakeem sama banyak tak ada kurang atau lebih. Tak kira lah anak kandung atau bukan, dua-dua anak umi," jelas Puan Syazwin menggenggam tangan Hakeem dan Hannah.

"Hannah ada cara kita boleh contact ibu kandung Hannah?" soal Tuan Fazlee. Ibu kandung Hannah patut tahu tentang berita mengembirakan ini.

"Tahu. Nanti Hannah mesej senior Hannah yang ada contact ibu kandung Hannah," jawab Hannah.

"Akak, maksudnya lepas ni kau..."

Hakeem tidak menghabiskan kata-katanya. Sepanjang hidupnya ditemani seorang gadis tua setahun daripadanya. Kini gadis itu akan pergi jauh darinya.

"We still can meet somewhere. Umi, abi and you, Hakeem. You guys are still my family that I'm grateful for. Hannah bersyukur sangat umi, abi dan Hakeem sudi jaga Hannah. Terima kasih beri kebahagiaan dalam hidup Hannah.Terima kasih sebab layan Hannah macam anak dan kakak sendiri. Terima kasih sebab sentiasa ada untuk Hannah. Thank you for everything."

Tubuh ahli keluarganya itu dipeluk erat. Berat hati Hannah untuk berpisah dengan mereka. Tetapi insan yang mengandungkannya sembilan bulan sedang menantikan kehadirannya. Menantikan Inara pulang ke pangkuannya.


PUAN Syazwin menatap wajah yang terbaring di katil itu. Memang mirip Hannah disebelahnya. Wajah wanita yang merupakan ibu kepada jejaka itu juga ada iras Hannah. Masing-masing saling tidak tumpah.

Dato' Luthfi, Tuan Fazlee dan Hakeem tidak berada di dalam bilik itu. Mahu memberi ruang untuk ibu-ibu dan anak itu berbincang.

"Jadi Puanlah orangnya." Puan Syazwin mula berbicara.

"Tak perlulah guna puan. Panggil aje Feeya." Puan Syazwin mengangguk.

"Saya Syazwin. Feeyalah ibu kepada bayi yang ditinggalkan di tepi Surau An-Nur itu?" soal Puan Syazwin berhati-hati.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz