HAMPIR sejam perjalan akhirnya mereka tiba di pekarangan hospital. Dani terus memandu ke tempat letak kenderaan dan memarkir kereta. Setelah enjin dimatikan masing-masing keluar dari perut kereta.

Azan yang berkumandang di masjid berdekatan didengari oleh mereka.

"Kita solat dulu lah sebelum ziarah Irfan. Boleh?" Dani menyoal mereka yang lain. Semua angguk tanda setuju dan masing-masing terus menuju ke surau berhampiran bilik Irfan.

"Kau dengan kakak kau tak boleh solat ke?" soal Hannah apabila Farhani dan Fateen tidak membuka kasut untuk masuk ke dalam surau.

Mereka menggeleng.

Aidan dan Dani pula sudah ke surau lelaki yang terletak bersebelahan dengan surau wanita.


SELESAI membaca doa terasa bahu ditepuk perlahan. Wanita itu tersenyum mesra melihat Hannah. Hannah membalas senyuman wanita yang kira-kira seusia uminya.

"Kenapa ya puan?" soal Hannah masih tersenyum mesra. Wanita itu wajahnya seperti inginkan sesuatu daripada Hannah.

"Makcik nak borak dengan kamu sekejap boleh?" Hannah mengangguk.

"Saya Whatsapp kawan saya kejap ya." Wanita itu menepuk lembut pehanya.

"Eh kalau kamu busy tak apa. Makcik tak paksa," ucap wanita itu. Lembut sahaja tuturnya.

"Tak busy pun. Setakat nak sembang boleh sangat. Saya memang suka berborak." Hannah masih tersenyum. Tangan mencapai telefon di dalam beg dan terus menghantar pesanan ringkas kepada Fateen untuk mereka pergi melawat Irfan tanpanya.

Selesai menghantar pesanan ringkas Hannah melipat sejadah yang digunakan dan menanggalkan telekung yang dipakai.

Wanita itu merenung lama wajah Hannah entah kenapa. Tapi Hannah tidak merasa janggal malah dibiarkan sahaja wanita itu merenungnya. Hannah biarkannya kerana fikirkan mungkin wanita itu teringatkan keluarganya.

Selesai memasukkan telekung ke dalam begnya tangan Hannah dicapai dan diusap lembut wanita itu. Hannah sedikit terkejut tetapi wajahnya masih dikawal takut wanita itu terasa hati.

"Cantik awak ini." Tangannya masih mengusap lembut tangan Hannah.

"Haza min fadli rabbi. Terima kasih," ucap Hannah. Mukanya membahang malu dipuji. Bibirnya pula masih mengukir senyum indah.

"Rantai yang awak pakai cantik. Sama macam anak perempuan makcik punya." Topik ditukar wanita itu. Kata-katanya menyebabkan Hannah membelek rantai yang tergantung kemas di lehernya. Rantai yang diberikan oleh Puan Syazwin sejak dia kecil.

"Umi saya yang beri. Saya pakai saja," balas Hannah mesra.

"Mana anak makcik yang sama rantai macam saya?" soal Hannah memanjangkan perbualan.

Wanita itu tersenyum sebelum menjawab perlahan.

"Dah tiada. Sebenarnya, makcik pun tak tahu dia masih hidup atau tidak. Hari-hari makcik doa Allah lindungi dia."

Hannah berkerut sedikit kerana tidak memahami konteks yang disampaikan. Tangannya tidak lagi diusap tapi digenggam erat seakan tidak akan dilepaskan.

"Maksud makcik?"

"Dia hilang. Tapi makcik dah reda dengan ketentuan Allah. Ini ujian untuk makcik. Makcik tegur awak sebab teringat dekat dia. Muka awak dengan anak makcik ada iras. Tanda lahir dekat  tangan ini pun lebih kurang," balas wanita itu. Suaranya sedikit rendah menahan sebak barangkali. Ibu mana yang tidak sedih anak yang dikandungkan sembilan bulan tidak lagi berada di hadapannya malah tidak diketahui khabar beritanya.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Where stories live. Discover now