"Apa-apa pun jemput duduk dulu, ada banyak hal yang kita berdua boleh bualkan." Hayes menelan liur, mengikuti sahaja langkah atuk jerung yang membawanya ke sofa.

Anak-anak jerung kelihatan senang bermain dengan kejar-mengejar. Ternyata di dalam pokok yang luarnya mengerikan, di dalam ini malah luas seperti istana. Mereka kelihatan harmoni layaknya keluarga.

"Ini tehnya." Salah satu ibu jerung mula menghidangkan teh.

"Te... terima kasih," ucap Hayes tersekat-sekat. Teh yang di dalamnya ada ikan-ikan kecil itu ditatap aneh.

Hayes cuba memandang atuk jerung yang santai meminum teh. Ini pertama kali Hayes melihat jerung minum teh menggunakan cawan.

"Apa maksud atuk yang saya orang istimewa? Katanya tak semua boleh masuk sini, kan?" soal Hayes sudah tidak tahan menunggu.

Atuk jerung hanya tertawa kecil.

"Kau pasti dari masa depan, kan? Dulu ada orang seperti kau, tapi dia gagal mengubah masa depan sedangkan aku dah memperlihatkan apa yang akan berlaku untuk membantunya," jelas atuk jerung. Hayes hanya tekun mendengar.

"Kami terkurung di sini kerana ulah syaitan. Kami para jerung boleh meramal masa depan, jadi kami sering diburu kerana kekuatan ni. Dan syaitan mengurung kami agar kami tak dapat menghalang kehendaknya. Jadi anak muda, kau ialah orang istimewa. Aku harap kau dapat keluarkan kami dari sini," pinta atuk jerung. Dia dan para jerung sudah terkurung dalam pokok ini selama 500 tahun.

Syaitan? Hayes agak kaget mendengarnya. Ternyata ada syaitan di dunia ini. Dia tidak tahu nak percaya ke tidak kata-kata atuk jerung ini, tetapi mereka pasti sudah terkurung lama di dalam pokok mengerikan ini.

"Apa sebab syaitan buat macam ni?" soal Hayes ingin tahu. Ini pasti ada hubungannya dengan kematian Halilintar.

"Syaitan memburu otak manusia." Tergamam Hayes mendengarnya. Otak manusia? Kenapa terlalu obses dengan benda seperti itu?

"Anak muda, aku harap kau boleh kalahkan syaitan. Dengan itu kau boleh kembali ke dunia asal kau. Semua ni berlaku kerana syaitan, pembunuhan di sekolah ni kerana dia," terang atuk jerung itu dengan serius buat Hayes terdiam seketika.

Tiba-tiba atuk jerung mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Benda yang berkilau dikeluarkan atuk jerung itu menyilaukan mata Hayes. Ternyata cincin kosong. Hayes terkebil-kebil, apa atuk jerung sedang melamarnya?

Biar kebenaran!

"Atuk, saya suka manusia," jelas Hayes berasa bersalah.

"Kau fikir apa? Cincin ni aku bagi sebab dia boleh bantu kau." Terangkat kening Hayes mendengarnya.

Bantu? Bantu apa? Hayes perlahan-lahan menerima cincin tersebut, diamatinya lama. Cincin tersebut dipakaikan pada jari hantunya, ini seperti cincin biasa yang dapat dimiliki kebanyakan orang.

"Cincin ni boleh tunjukkan masa depan yang akan berlaku. Peluang kau tengok masa depan hanya tiga kali, jadi gunakan bila kau memerlukannya. Hanya ni yang aku boleh bantu kau, selebihnya usaha kau sendiri."

Masa depan. Cincin ini boleh memberinya bukti kenapa Halilintar boleh terbunuh? Bukankah ini malah hebat? Dia tidak perlu bersusah payah mencari punca kematian Halilintar.

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now