Berita buruk berita gembira?

55 4 1
                                    

Setelah kejadian di majlis ulang tahun syarikat Art Life Corporation..Kedua orang tua Hilman memutuskan kerjasama dengan syarikat milik keluarga Reena..Bukan setakat itu ramai pihak pemegang saham menjadi marah ingin Keluarga Reena membayar ganti rugi atas kejatuhan saham yang dialami pihak mereka..Ibu bapa Reena juga marah besar dengan sikap kebodohan yang Reena lakukan hingga mereka nekad ingin menghantar sang anak keluar negara sehingga isu yang memalukan itu mereda..Hanya itu satu-satunya cara bagi membersihkan nama mereka semula..Mereka ingin meminta maaf dengan Tan Sri Hassan dan isterinya serta memohon maaf kepada Hilman dan Neya..

Saat mengetahui rancangan ibu bapanya Reena menjadi semakin marah..Dia merasa kalah dan tidak puas hati..Rancangan yang sepatutnya berjaya malah gagal..Reena tidak peduli akan nama baik keluarganya..Yang terpenting Neya dan Hilman berpisah..Reena ingin lenyapkan Neya buat selamanya

"Aku tak dapat,kau pun takkan dapat !!" batin Reena sambil mencuri dengar perbualan ibubapanya

******

Kini kandungan Lia telah mencecah 7 bulan..Perutnya semakin membesar..Meski hubungan antara dia dan Firman belum membaik namun kini boleh dikatakan Firman sering menemaninya saat dia hendak kemana-mana..Bahkan saat medical check up dan saat mengetahui jantina anak mereka,wajah Firman jelas-jelas bahagia..Meski masih dingin antara satu sama lain tapi Lia kini sudah tidak terlalu suka meroyan..Walaupun masih suka berfikiran negatif tapi setidaknya Lia jarang menengking Firman..

"Ada nak makan apa-apa ke??"tanya Firman

"Aku nak makan steambot"jawab Lia datar

"Tapi tak bagus untuk..."kata-kata Firman dipotong oleh Lia

"Hemm kalau taknak tak payah tanya..!"nada seakan merajuk

"Okey tapi sikit je..Petang ni kita pergi makan steambot.."ucapnya santai

Tanpa sebarang perasaan..Keduanya menjalani kehidupan mereka dengan rasa yang hambar...Jelas tiada cinta..Bahkan di hati Firman saat ini masih ada nama Neya Adriana..Fikirannya juga dipenuhi Neya Adriana..

Petang itu,Lia telah bersiap untuk keluar makan bersama Firman..Dia sungguh teringin ingin memakan steambot..Setelah memastikan penampilannya sudah cukup okey,Lia pun menuruni tangga..

Kosong..Itu yang dia lihat di sekitar ruang tamu milik rumah mertuanya..Tiada satu orang pun yang ada disana..Perlahan Lia menuju ke dapur..Namun langkahnya terhenti saat mendengar namanya disebut di antara perbualan suaminya ,Firman dengan ibu mertuanya...

"Mommy ni bertahan sebab bayi tu je Fir..Kalau ikut hati nak je mommy tendang Lia tu dari sini..Asal lah kamu bodoh sangat sampai harus kahwin dengan dia!!"

"Mom..Please jangan ungkit benda ni lagi..Lia tu kalau terdengar apa mommy cakap ni kecik hati dia tu"

"Biar..Biar dia dengar..Mommy tak kira lepas cucu mommy lahir,mommy nak kamu ceraikan dia..Buang dia dari keluarga kita..Faham Fir..??"

"Yaa mommy Fir faham..Tapi buat masa ni..Tolong layan Lia sebaik mungkin..Dia tu isteri Fir..

Bagai disiat hati Lia mendengar pertuturan sang ibu dan anak itu..Dirinya akan dibuang begitu sahaja?? Takk..Dia takkan biarkan semua tu terjadi..

"Nak buang aku kan?? Nak anak ni je..??Okey..Aku akan pastikan budak ni tak kenal korang pun...!!"batinnya lalu pergi naik kebiliknya semula..Hilang moodnya untuk keluar makan..

"Patut selama ni kau jaga aku..Haahhh kau hanya nak budak ni kan !!" Lia melepas tangisnya di bilik mandi sambil memukul-mukul perutnya

"Aku benci kau..!!! Aku benci bapa kau !!! Sebab kau hidup aku merana !!!!" ucapnya penuh histeria dan masih tetap memukul-mukul perutnya

******
Dengan penuh hati-hati Hilman membawa Neya ke hospital..Tubuh Neya yang sangat lemah selama beberapa hari membuatkan Hilman sangat risau..Meski kejadian malam ulang tahun syarikat telah berlalu selama sebulan namun kesannya masih jelas dirasai oleh Neya dan Hilman..

Perlahan Neya diperiksa oleh doktor..Kemudian doktor tersebut keluar untuk mengambil hasil pemeriksaan.Saat sedang menunggu hasil pemeriksaan,sebuah panggilan penting harus Hilman jawab..

"Takpe abang pergi jawab je panggilan tu..Mana tahu syarikat ada masalah.."jawab Neya saat Hilman memandangnya

"Okey sayang tunggu sini kejap tau.."

Neya yang sendirian di dalam bilik rawatan hanya memainkan telefon bimbitnya melihat video video lawak yang sedang lalu fyp akaun tiktoknya..Doktor yang memeriksa Neya pula masih belum kunjung tiba..Kesendirian Neya hanya ditemani dengan telefon bimbitnya..

Tiba-tiba tanpa Neya sedar seseorang membekap mulut dan hidungnya dari belakang..Neya cuba bergelut namun dirinya kalah akan ubat tidur yang diletakkan di saputangan tersebut..Neya kehilangan kesadaran dan telefonnya terjatuh ke atas lantai..

*******

"Isteri saya mana??"tanya Hilman saat masuk ke bilik rawatan namun hanya ada doktor sahaja

"Ehh Tak tahu saya masuk sini dah memang kosong..Saya ingat tuan dan puan balik begitu sahaja.."

"Saya tadi jawab panggilan telefon..Isteri saya tunggu disini..Ni telefon dia"Lalu Hilman mengambil telefon bimbit isterinya yang ada di lantai..

"Tunggu..Sini ada CCTV tak?"tanya Hilman dengan nada risau..Hatinya mulai berdebar..Bermacam fikiran negatif mulai muncul di benak fikirannya

"Ada..Sini saya tunjukkan"

Kemudian Hilman dan doktor tersebut menujuk ke bilik pengawasan yangbada di hospital tersebut..Bilik khas yang dipenuhi dengan pelbagai rakaman dari CCTV yang ada di hospital tersebut..Mereka melihat satu persatu hingga akhirnya Hilman melihat Neya yang dibawa menggunakan kerusi roda dan dirinya dalam keadaan tidak sedarkan diri..Ada dua lelaki bertubuh gagah yang membawa Neya saat itu..Melihat apa yang jadi membuatkan Hilman geram dan menggepalkan tangannya menahan emosi..

Hilman kemudian menelefon Mikail dan menyuruh Mikail menyiasat mengenai siapa dalang di sebalik penculikan isterinya..Seandainya kawasan parking msih memiliki CCTV pasti Hilman sudah dapat melihat jenis kereta dan nombor flat kereta yang para penculik itu gunakan..Namun CCTV dikawasan tersebut telah rosak dan hal ini membuatkan Hilman mengamuk besar...Akibat kecuaian pihak lain isterinya semakin berada di dalam bahaya..

"Ma-maafkan kami tuan..Maafkan kecuaian kami.."ucap pemilik hospital yang turut dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut..

Hilman hanya diam tak berkata manakala Tan Sri Hassan yang baru tiba tadi terus menerus memarahi pihak hospital..Kecuaian mereka sangat besar..Dalam Hilman berdiam diri dia tiba-tiba teringat akan hasil keputusan pemeriksaan isterinya..

"Isteri saya sakit apa??"tanyanya menatap tajm sang doktor

"Ti-tiada...Puan Neya sihat-sihat sahaja..Semua yang dia alami adalah petanda a-awal usia kandungannya..Tapi kandungannya baik-baik saja"ucap doktor tersebut berjaya menarik perhatian Hilman dan Tan Sri Hassan..

"Menantu saya mengandung???"tanya Tan Sri Hassan

"Ya-ya eya  Tan Sri"ucap nya sedikit takut

"Kalau menantu dan cucu aku kenapa-napa aku akan saman hospital ni !!!" ancam Tan Sri Hassan

Hilman pula yang mendengar tidak tahu ingin bereaksi seperti apa..Dia ingin melompat kegirangan tapi dia sangat sedih dan marah sebab isterinya diculik..Satu sahaja di fikirannya, dia akan cari orang yang bermain api dengan dia sampai ke lubang cacing...

"Sayang abang janji abang akan selamatkan sayang dan anak kita !!" batin Hilman

Neya  Adriana (S1 COMPLETED✅)Место, где живут истории. Откройте их для себя