Kekacauan Neya !

61 5 1
                                    

"Bro..Ni semua data tu" -Mikail Idham

"Asal dua sampul..Ni satu ni apa??" -Hilman Aydan

"Kau buka dan baca lah sendiri..Cepat cepat..Aku tak sabar nak dengar kau say thanks ni"tersenyum kambing

Mendengar ucapan sahabatnya Hilman pun lebih mengutamakan sampul kedua yang Mikail beri kepadanya..

Satu persatu butir maklumat dia baca dengan tekun..Tangannya sempat mengenggam erat kertas laporan polis dan keterangan sang tertuduh serta mangsa..Gambar luka di tubuh sang mangsa dia lihat dengan penuh emosi..Entah bagaimana sahabatnya Mikail boleh mendapatkan maklumat tersebut tapi yang pasti kini dia tahu apa yang telah terjadi kepada Neya tujuh tahun lalu..

"Pantas saja dia menangis saat itu..Jantan ni keterlaluan..!!"gumam Hilman dengan emosi tertahan

"So bro,how is it?? Do you like it??"tanya Mikail santai

"Hemm thanks bro..Tapi macam mana kau dapat semua ni??"tanya Hilman penuh tanda tanya

"Heii kau lupa aku siapa??Kau lupa asal usul aku?? Info sekecil apapun family aku dengan mudah nak dapat lah..Hahahhahha"ucapnya dengan membangga diri

Mikail idham walaupun dia seorang yang terlihat selalu santai dan seakan hanya tahu kuat bergurau namun dia bukanlah lelaki biasa..

Asal usul dari sebuah keluarga yang amat berkuasa di dunia gelap menjadikan dia ditakuti ramai orang..Bahkan pihak polis juga segan untuk mengacau urusan Mikail dan keluarganya..

Ditambah tiada seorang penjenayah pun yang berani cari pasal dengan dirinya kecuali penjenayah-penjenayah kecil yang tidak sedar diri dan tidak mengenali siapa sebenarnya diri Mikail Idham..

Dengan wajah yang terbilang tampan serta sikap soft boynya tidak memperlihatkan betapa kejamnya seorang Mikail jika melibatkan dunia gelap..

Hanya Hilman Aydan sahabat nya yang mengetahui semua hal mengenai Mikail namun hal itu tidak membuatkan Hilman kaku..Dan hanya dengan Hilman,Mikail merasa dia seakan manusia biasa..

"So bro kau nak buat apa??Nak aku ajar budak hingusan tu atau macam mana??"Tanya Mikail seakan hal yang dibicarakan adalah hal remeh

"Aku yang akan ajar dia cukup-cukup..Ternyata dia adalah anak Dato Fauzi..Aku akan pastikan bisnes keluarga dia dengan syarikat ni putus..Dia nak main-main dengan aku kan..Okey tak pe..Aku nak tengok sejauh mana dia boleh bertahan"ucap Hilman sambil fokus menatap gambar Neya yang diambil oleh pihak polis tujuh tahun lalu..Keadaan bibir yang pecah dan baju kawasan leher yang terkoyak serta beberapa kesan love bite membuatkan Hilman sangat marah..Hatinya seakan membuak-buak ingin menghajar Firman saat itu juga..Namun dia berusaha menahannya dan merancang strategi lain yang lagi menarik iaitu memusnahkan Firman Uqasya sampai dia tidak mampu untuk bangun lagi..

*******

BRAKKKK

Neya yang tidak menumpukan perhatian saat menyeberang jalan tiba-tiba dikejutkan dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat..Sebuah motosikal Harley Davidson hampir saja melanggar Neya..Untung saja sang penunggang sempat mengelak dan menekan brek..

Namun akibat rasa terkejut lutut neya merasa lemah dan spontan dia terduduk di atas jalan raya yang saat itu tak seberapa sibuk mungkin disebabkan waktu masih pagi..

Sang penunggang kemudian turun dari motornya dan berjalan menuju ke arah Neya..Dia melepaskan helmetnya dan menampilkan wajah hensemnya..Seorang lelaki sekitar 20an dengan wajah serius dan sedikit risau mulai mendekati Neya dan melihat-lihat jika Neya mengalami luka akibat dirinya..

"Kamu tak apa-apa cik??"tanyanya penuh nada risau

"Ahh ma-maaf..saya tak apa-apa..Ma-maaf"ucap Neya masih dalam keadaan terkejut

"Kamu pasti??Kita pergi hospital check diri kamu.."tawarnya sambil memegang lengan Neya

Spontan Neya menjerit

"Jangannn !!!! Lepasss kan aku !!"

Suara jerit Neya yang saat itu sedang kacau berjaya mengejutkan lagi lelaki tersebut.

"Okey okey..Maaf saya tak sepatutnya sentuh Cik.."lelaki tersebut melepaskan tangannya

"Cik saya betul-betul minta maaf..Tapi kita perlu check keadaan cik.."tawarnya sekali lagi

"Neya yang merasa sangat takut langsung mengeleng-geleng kepalanya..Entah bagaimana traumanya muncul kembali..Ketakutan dan ketidakpercayaan terhadap semua orang tercetus lagi..Dia merasa semua yang ada didekatnya berniat ingin menghancurkan dirinya lagi..

"Neya !!"suara hilman jelas terdengar namun Neya tetap dengan keadaan dirinya yang meronta minta dilepaskan sedangkan saat itu dia langsung tidak disentuh oleh sesiapa pun..

"Apa-apaan ini?? Apa kamu cuba lakukan kepada dia ??!tanya Hilman dengan nada tinggi kearah lelaki tersebut

Lelaki tersebut kemudian menjelaskan semua perkara sedetails yang mungkin..Dia berharap agar dirinya dipercayai..Dia juga merasa pelik akan kelakuan gadis yang baru dia temui itu..Sangat pelik namun dia berusaha menjelaskan bahawa dia bukan lelaki bajingan yang akan sesuka hati menyakiti wanita manapun..Untung saja semua penjelasannya diterima oleh Hilman..

"Maaf..Maafkan dia..Sekarang saya yang akan urus dia"ucap Hilman datar lalu mendekati Neya namun tetap saja Neya juga menolak Hilman sama yang seperti lelaki tadi itu rasa..

Namun bukan Hilman namanya kalau apa yang dia nak dia tak dapat..Dengan sigap Hilman langsung memeluk Neya dan menenangkan dia dengan mengusap-usap tubuh belakang Neya

"Semua dah selamat..Kamu selamat..Jangan risau aku ada..Polis sudah tangkap dia..Kamu betul-betul selamat..."Ucap Hilman menenangkan Neya

Ucapan itu berulang kali Hilman ucapkan hingga akhirnya Neya berhenti meracau dan kemudian tidak sedarkan diri..

Dengan sigap Hilman mengangkat tubuh Neya ala bride style..Kemudian dia membawa Neya masuk ke dalam keretanya dan menyuruh Pak Yaakob untuk memandu kereta meninggalkan kawasan tersebut..

Lelaki yang menunggang motosikal tadi hanya menghantar pemergian mereka dengan ekor matanya..

Dalam diam dia tertanya-tanya ada apa dengan gadis yang baru sahaja dia temui itu..Dia juga turut mendoakan gadis itu sihat-sihat sahaja kemudian dia juga meninggalkan kawasan tersebut..

Neya  Adriana (S1 COMPLETED✅)Where stories live. Discover now