Trauma baru

48 4 0
                                    

Tak berkedip walau sesaat pun,Hilman menatap Neya yang menuruni tangga dengan busana bewarna hitam sungguh cantik di pandangan matanya..Dengan makeup yang kelihatan natural lagi memperindahkan wajah Neya..

"Hemm hemmm..Sudah bang..sudah..Tutup mulut tu kang lalat masuk..Hahhahhah"perli Alana yang tak kalah cantik dengan busana bewarna merah..

Ketiga-tiga mereka menaiki kereta yang sama untuk pergi ke majlis makan malam sempena ulang tahun Syarikat Art Life Corporation yang ke dua puluh lima tahun..Sepanjang perjalanan tangan Hilman tak henti-henti mengenggam tangan lembut milik sang isteri..Sesekali Alana yang sibuk bermain dengan telefonnya melihat ke kerusi belakang..

"Hemm begini kali yaa kalau sudah sah..Kerjanya asyik nak bermanja..Cuba kalau dulu..Kaku plus batu..Hahhahhaha"ejek Alana

"Orang single mana tahu perasaan bercinta"balas Hilman langsung membuat Alana diam malas ingin berdebat panjang

******

Semua mata berfokus kepada Neya Adriana yang pertama kali selepas enam bulan menjadi isteri Hilman diperlihatkan di khalayak ramai..

Banyak yang memuji wajah nya yang cantik jelita..Senyum ramah juga diberikan..Ditambah dirinya bergandingan dengan sang suami yang sangat rupawan..Jelas terlihat wajah datar Hilman namun kombinasi dengan wajah ayu Neya membuatkan keduanya sama cantik sama padan..

Neya dan Hilmam beserta Alana duduk di meja VIP khas ahli keluarga sahaja..Mikail dan Nuqman juga terlihat duduk di meja yang sama..

Saat Alana ingin duduk bersebelahan Neya dengan laju Nuqman menarik tangannya untuk duduk di sebelahnya..Nak tak nak Alana terpaksa duduk di kerusi bersebelahan Nuqman dan kerusi yang ada disebelah Neya pula diduduki oleh Hilman..

Sepanjang acara Hilman sering memastikan Neya selesa..Dia tahu ini adalah pengalaman pertama Neya berada di majlis besar seperti ini sebagai seorang yang penting..Biasanya dia akan duduk di meja khas untuk para staff dan di samping Nora..Tapi kini dia pula yang menjadi sorotan utama..

"Tarik nafas sayang..Im here"ucap Hilman menenangkan Neya

Sedang acara berlangsung tiba-tiba semua lampu dimatikan..Di layar utama tiba-tiba muncul gambar-gambar Neya yang sedang tertidur dengan seorang lelaki..Gambar yang sama Reena tunjukkan dekat Hilman beberapa hari lalu..Malu itu yang Neya rasakan..Tubuhnya mengigil malu kerana dia telah mempermalukan suami dan keluarga mertuanya..Wajah nya..Tubuh polosnya terpampang dan diperlihatkan semua..

Tiba-tiba lampu hidup semula dan Reena saat ini sudah mengambil alih kawasan pentas..

"Well well well..Begini lah kelakuan menantu kesayangan Tan Sri Hassan..Hahhahaha..Dalam rumah sendiri pun siap bawa jantan lain..Ni bukti Neya Adriana tak sesuai jadi isteri kepada Hilman Aydan..Uncle autie Reena minta maaf dah kacaukan majlis malam ni tapi Reena tak boleh biarkan betina ni jatuhkan maruah uncle dan autie tau.."ucap Reena dengan bangganya

Semua mata berfokus ke arah Neya..Ada yang memandang dengan penuh keterkejutan..Ada juga yang memandang dengan wajah memperendahkan..

"Ishhhhh ini tak boleh biar ni !!!!"Alana mula emosi..Baru sahaja dia ingin berdiri langsung Nuqman menahannya dengan mengenggam tangan Alana

"Lepas lah !!! Takkan nak tengok dia pijak-pijak maruah Neya macam tu !!" keluh Alana terhadap Nuqman

"Tenang...Hilman bukan bodoh"ucapnya santai sontak membuat Alana menatap sang abang sepupu

Terlihat Hilman santai sahaja..Bahkan wajah datarnya masih setia menemani..

"Ishh abang Hil ni takkan nak diam je kot.."gerutu Alana

Neya  Adriana (S1 COMPLETED✅)Where stories live. Discover now