Kisah Tujuh Tahun Lalu !

75 4 5
                                    

"Neya..Mak nak minta kamu cari Lia..Tolong nak cari adik kamu..Dia sorang-sorang dekat luar tu..Apa yang jadi dengan rumah ni mak takkan marah dia..Tolong Neya cari Lia"suara memohon Puan Aida masih jelas di benak fikiran Neya

Dia yang baru pulang kerja langsung dijumpai ibunya bukan untuk bertanya sama ada dia penat bekerja seharian atau tak melainkan untuk menyuruhnya mencari adiknya Lia Farhana..

Bukan Neya tidak mahu melakukannya tapi hatinya masih terguris akibat perbuatan sang adik..Kenapa adiknya sanggup menggadai rumah satu-satunya yang mereka miliki..Kenapa adiknya membuat keputusan sepihak dan tidak berbincang terlebih dahulu..Neya penat selalu menjadi sang penyelesai masalah..Sebaik apapun dia di rumah..Sebagus mana pun diri nya ibunya tetap selalu mengutamakan sang kakak serta adiknya..

Masih dia ingat akan kejadian tujuh tahun lalu..Dimana hari dia hampir kehilangan mahkotanya akibat perbuatan terkutuk sang kekasih..Bagai ditolong hari itu dia berjaya melarikan diri..Itu pun setelah dia melakukan segala perkara untuk melawan kekasihnya Firman..

Awal bermula semuanya saat Neya leka dan lalai..Dia yang begitu mempercayai kekasihnya hanya mengikuti kemana pun dirinya dibawa saat itu..Sehingga kenderaan yang Firman pandu diberhentikan di sebuah kawasan terpencil..Tiada perumahan dan hanya kawasan yang dikelilingi hutan..Jelas setiap perkara yang berlaku hari itu masih membekas di ingatan Neya..Firman yang dia kenali bukan lah Firman Uqasya yang dia cintai..Bukan sosok lelaki yang akan melindunginya lagi..Firman memaksa dirinya melakukan sesuatu yang tak sepatutnya dan saat dia menolak tanpa segan silu Firman menampar wajahnya..

"Bie..!! lepas bie !! Sakit !! Kenapa bie berubah ni!! Tolong jangan buat hal ni bie !!! " isak Neya namun Firman mengendahkannya

"Jangan harap !! Lelaki lelaki lain kau suka sangat layan kan !! Aku ni boyfriend kau patut aku rasa kau dulu !!!" sedikit meninggikna suaranya terhadap Neya

Wajah yang selama ini terlihat baik berubah menjadi menakutkan..Firman merentap baju Neya hingga baju nya sedikit terkoyak di kawasan leher belah kiri..Dengan penuh nafsu Firman menjilat bahkan mencium setiap lekuk leher Neya..

Jijik..Itu yang Neya rasakan saat itu..Bahkan jari jemari Firman tidak tinggal diam..Setiap inci tubuh Neya dia sentuh dan raba sesuka hati..Dengan kekuatan yang ada Neya menendang organ terpenting Firman..

"Arghhhh !!!!"

"Sakit sialann !!!!!"

Teriak Firman sambil memegang alat sulitnya yang kesakitan..Melihat peluang melepaskan diri ada,Neya dengan laju menolak tubuh Firman lalu dia membuka pintu kereta dan berlari sekuat hatinya..Mujur saja kawasan jalan besar sangat dekat dan kebetulan ada sebuah kereta polis peronda sedang melalui jalan tersebut..

Melihat peluang itu, Neya berusaha menahan kereta polis tersebut dan dia pun berjaya diselamatkan..Manakala Firman dibawa ke balai polis berdekatan..Sebuah trauma tercipta akibat perbuatan terkutuk yang cuba Firman lakukan..

Hasil siasatan barulah Neya mengetahui bahawa Firman melakukan itu semua setelah mendengar berita palsu mengenai Neya yang sering melayani lelaki-lelaki lain hingga ke atas katil..Dan yang lebih mengejutkan cerita buruk mengenainya telah tersebar kemana-mana..Namun itu belum seberapa,hal yang lebih teruk ternyata yang menyebarkan fitnah tersebut adalah adik kandungnya sendiri Lia Farhana atas alasan cemburu kerana Lia menyimpan perasaan terhadap Firman selama ini..Tujuan utama Lia adalah membuat sang kakak ditinggal pergi oleh kekasih hati namun siapa sangka,Firman malah melakukan perkara paling bodoh dan merugikan hidupnya..

Apabila mengingat kejadian tujuh tahun lalu hati Neya selalu terasa sakit..Jantungnya bagai disiat-siat..Dirinya merasa teramat bodoh..Dia dimanfaatkan bahkan nama baiknya rosak akibat perbuatan sang adik yang mana dia tidak boleh melakukan apa-apa..

Meski selepas kejadian hubungan mereka jadi renggang namun seperti biasa Neya selalu dituntut untuk mengalah..Saat sang adik menangis meminta ampun di hadapan sang ibu,bukan hukuman melainkan hanya kemaafan yang adiknya terima..Paling tidak masuk akal adalah tidak sedikit pun sang adik meminta maaf kepada Neya atas apa yang telah dia lakukan..

Sungguh tidak adil bukan..Namun bukan sebuah kehidupan kalau semuanya berasa adil..Neya hanya cuma melanjutkan hidupnya..Ingin berdendam tapi dia juga telah merasa penat..Tersangat penat hingga dia akhirnya mendiamkan diri atas perkara yang berlaku tujuh tahun yang lalu..

Belum lagi Neya yang sedia ada memiliki trauma atas perlakuan sang ayah yang mengabaikan dan membuang dirinya sejak kecil..Hidup Neya sangat tidak mudah..Terlalu tidak mudah..Sekelilingnya dipenuhi orang-orang yang toksik..Andai saja ada yang mampu mendengar bunyi kekacauan di kepalanya mesti orang itu tidak akan mampu menjelaskan seberapa kacaunya hidup seorang Neya Adriana..

Neya  Adriana (S1 COMPLETED✅)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang