Penyesalan

79 4 0
                                    

Sebulan telah berlalu dan Neya sangat menikmati fasa-fasa alam perkahwinannya dengan Hilman..Ketakutan akan alam perkahwinan perlahan mulai menghilang..Hilman memperlihatkan sebuah hubungan yang mana kedua mereka saling memberi dan menerima..Hilman mengajar Neya bahawa perkahwinan bukan hanya berkaitan kekerasan atau kepuasan sebelah pihak..Hilman dengan sabar membuat Neya perlahan mengenali keindahan sebuah perkahwinan yang dijalani dua insan yang saling berusaha memperindahkan hubungan mereka..Saling bertolak ansur dan menghormati privasi masing-masing merupakan kunci utama rumah tangga mereka..Meski Hilman bekerja dan Neya kini hanya menjadi suri rumah namun setiap masa Hilman akan buatkan kehadirannya dirasai sang isteri..Hilman berusaha keras memastikan dia mampu membahagi masa antara kerja dan kehidupan peribadinya..

Hilman juga sering membuatkan Neya terlibat secara langsung saat dirinya sedang fokus dengan lukisannya..Setiap keputusan juga sering dibincangkan berdua..Bahkan Hilman sering mendengarkan pendapat Neya dalam semua hal..

Berbeza dengan Lia..Hidup Lia dan Firman dipenuhi pelbagai jenis pertengkaran..Bahkan Firman sering bermain dengan wanita lain..Sakit hati namun rungutan Lia sering diabaikan dan nama Hilman juga ibarat tidak bermakna saat Lia menyebutnya ini kerana Hilman sendiri mengabaikannya..Lia memanfaatkam hubungan abang dan adik ipar namun ekspetasi nya melesit jauh..Hilman bahkan menghiraukan dirinya..Lucu bukan..Entah dimana letak perasaan Lia setelah apa yang dia lakukan terhadap Neya,dia masih berfikir bahawa dia layak untuk meminta perlindungan dari sang abang ipar..Sungguh tiada malu..Peragai Lia yang malas dan sering bertingkah seakan pemilik rumah juga tidak disukai oleh Dato Fauzi dan isterinya..Hanya kerana dia hamil waris keturunan mereka maka pasangan suami isteri itu terpaksa bertahan dengan sikap yang Lia tunjukkan..

"Sudah puas?? Kali ni betina mana lagi kau pakai??" sindir Lia

"Betina yang level dia lebih tinggi berbanding kau"balas Firman tak kalah dengan Lia

"Sialan !! Kau nak sama kan aku dengan pelacur?? Hahhh jawab Fir !!!"Lia mulai emosi

"Kau terasa?"Firman bertanya balik kearah Lia sambil tersenyum smirk

"Kau ingat kau dah jadi isteri aku taraf kau akan naik??Kalau bukan sebab pil peransang yang kau letak malam tu,benda tu takkan jadi lah !! Dan tu..Benda tu takkan wujud !!"tengking Firman sambil menunjuk kearah perut Lia

"Bagi aku kau tu hanya seorang pelacur lah Lia Farhana !!!" kini Firman menekankan  ayatnya

Plakkk !!!

Sebuah tamparan Lia berikan..Dia kini benci Firman..Sangat benci..Perasaan suka yang dulu dia miliki buat Firman hilang saat dirinya ditolak mentah oleh Firman..Yang tinggal kini hanya lah dendam..

Ingin sahaja Firman naik tangan kearah Lia namun seketika dia mengingat bahawa wanita itu sedang mengandung..Dengan perasaan penuh kesal Firman pun meninggalkan Lia sendirian di dalam bilik..Firman menggapai kunci keretanya lalu seperti biasa dia menuju ke klub tempat yang akhir-akhir ini menjadi tempat kegemarannya untuk menghilangkan rasa sesak yang ada di hatinya..Hidupnya hancur kerana dirinya sendiri..Dia kehilangan Neya Adriana kerana dirinya yang tak dapat mengawal emosi..Hubungan cinta yang mereka lakui masa di zaman sekolah lenyap begitu sahaja kerana tindakan bodohnya sendiri..Cemburu buta..Sungguh sakit yang sangat bahaya..Kerana cemburu buta dirinya dibutakan nafsu dan nekad ingin memiliki Neya seutuhnya meski dengan cara paling rendah sekalipun..Namun siapa sangka tindakannya membuat dia kehilangan Neya dan dirinya juga dipenjara beberapa bulan..Meski daddy nya dapat menjamin dia keluar namun kehidupannya selepas itu berubah total...Neya yang sering manja dengannya menghilang begitu sahaja..Menjaga jarak bahkan dia selama tujuh tahun terus-terusan mencari Neya hingga dia menemukan Neya Adriana sekali lagi di Milan saat dirinya menghadiri sebuah perjumpaan penting dengan klien untuk syarikat daddy nya..

Hancur hatinya melihat Neya berjalan berpegangan tangan dengan lelaki lain..Sepatutnya dia yang bersama Neya bukan lelaki itu..Sepatutnya dia yang menjadi kekasih Neya bukan lelaki itu..Saat dia ingin mengejar Neya dan lelaki itu,mereka hilang..Jejak mereka tidak dapat dikenal pasti..

Perasaan sesak dan bersalah muncul secara bersamaan dan saat Firman kembali ke Malaysia dia cuba menghubungi orang-orang yang boleh membuatkan dia mendapatkan Neya semula..Dia menginginkan Neya..Malang tak berbau dia bertemu Lia..Lia yang dia fikir sangat baik kerana sejak dulu Lia sentiasa berperwatakan manis di depannya..Dia cuba meminta bantuan Lia..Segala hal mengenai Neya dia cuba dapatkan melalui Lia hingga malam paling sial itu terjadi..Dimana Lia menemani dirinya di klub dan kemudian Lia mencampurkan ubat peransang di minuman Firman..Firman yang sedang berada di kemuncak perasaan gelora yang hatus dilepaskan tanpa basa basi menunaikan hasratnya terhadap Lia malam itu..Sambil membayangkan Neya dia hanyut..Hanyut dengan segala aksi panas tang mereka lakukan..

"Arghhhh siallll kenapa aku buat benda tu !!!!" sesal Firman sambil menghentakkan gelas yang ada ditangannya

Setelah kejadian itu,Firman mengabaikan Lia dan kemudian dia mengetahui mengenai Fuad yang bekerja di syarikat Daddy nya adalah ayah kandung Neya..Seakan mendapat jalan penyelesaian baru,dia berusaha menggunakan Fuad untuk berkahwin dengan Neya dan seperti yang telah diketahui rancangan bodohnya juga gagal..Kini tiada perkataan lain selain hancur yang Firman rasakan..Salahkan dirinya yang terlalu mencintai..Dia hanya inginkan Neya..Dia ingin memilikinya sebagai isteri dan melestarikan impian yang dirinya dan Neya pernah ucapkan..Hatinya hancur remuk mengingati semua kenangan yang pernah mereka jalani bersama..Andai waktu boleh diputar dia takkan melakukan hal yang menyakiti Neya lagi..Kini semuanya terlah terlambat..Hidupnya terperangkap dengan seorang Lia Farhana..Cintanya bahkan tidak dipercayai lagi..

Malam itu,lagi dan lagi Firman menangis di klub yang sedang sesak dengan pelbagai jenis manusia..Kekesalan dan segala emosi bersatu..Namun tanpa dia sedar ada mata yang memandangnya..Mata yang selama ini memerhati gerak gerinya..Siapa lagi kalau bukan anak buah Mikail..Atas permintaan Hilman,Mikail menghantar anak buahnya untuk memerhati Firman dan juga Lia setiap masa..Kerana hal ini jugalah hubungan mereka diketahui oleh Hilman..Salah jika mereka ingin masuk campur dalam urusan Hilman apatah lagi menyakiti wanita yang Hilman cintai..Mereka kini berhadapan bukan dengan Hilman seorang tapi juga Mikail..Mikail tidak main-main saat mengatakan kepada Hilman bahawa dia akan melenyapkan Firman dengan Lia..Namun Hilman tidak ingin berbuat lebih..Tunggu saja saat mereka melebihi batas..Mungkin apa yang Mikail ingin lakukan dapat persetujuan dari Hilman..Kini mereka hanya mengambil langkah berjaga-jaga untuk segala kemungkinan yang bakal berlaku di masa hadapan

Neya  Adriana (S1 COMPLETED✅)Where stories live. Discover now