Bab 12

80 5 0
                                    

"Itu dia pengantin baru dah turun!" Jerit Leulla yang sedang mengangkat mangkuk yang berisi mee goreng

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Itu dia pengantin baru dah turun!" Jerit Leulla yang sedang mengangkat mangkuk yang berisi mee goreng.

Luna mencubit perlahan lengan adik iparnya itu. Satu jari diletakkan pada bibir bersama dengan riak wajah bengis.

Leulla hanya tersengih bersahaja sebelum menempatkan mangkuk ke atas meja makan.

"Mummy, Luna minta maaf bangun lambat." Pinta Luna sambil mendapatkan tangan milik ibu mertuanya.

Bukan dia sengaja mahu bangun lambat, tetapi dia diserang sakit perut yang amat sebaik sahaja Luth mengejutkannya selepas subuh.

"Tak apa, Luna. Mummy faham." Balas Puan Hajah Lily penuh kelembutan. Wajah anak sulungnya dikerling sekilas.

"Luth nak kopi?" Soal mummy selepas dia merenjiskan tangan di dalam sinki.

"Eh tak apa mummy, Luna buatkan. Mummy nak juga?" Sangkal Luna. Soalan Luna itu dibalas dengan gelengan kepala.

"Mummy tak nak tapi Luna buat 2 cawan untuk daddy." Puan Hajah Lily menarik kerusi di sebelah Leulla. Luth juga turut mengambil tempat.

"Daddy mana?" Soalnya.

"Daddy jawab call dari kawan lama dia. Katanya kejap lagi dia turun."

Luna mengambil dua cawan dari dalam laci di mana ibu mertuanya menempatkan segala jenis cawan.

Uncang kopi juga diambil berserta dengan gula. Selesai membancuh kopi, Luna menempatkan di meja makan.

Sebaik sahaja cawan kopi diletakkan pada meja makan bahagian bapa mertuanya, Tuan Haji Layth sudah tiba untuk bersarapan.

"Morning, daddy!" Sapa Leulla riang. Luna bantu mencedokkan mee goreng ke dalam pinggan untuk mereka semua.

"Good morning, butterfly." Balas Tuan Haji Layth bersama senyuman manis yang terlakar pada wajahnya.

Dia mengambil tempat di bahagian kepala meja makan sebelum dia melabuhkan satu ciuman pada pipi isterinya.

Perilaku itu jelas meraih perhatian semua yang berada di situ.

"Hari-hari romantik." Komen Leulla, bibirnya dimuncungkan. Tahu la kita single, janganlah begini.

"Kenapa? Kamu jealous?" Sinis Tuan Haji Layth bertanya. Saja ingin menyakat si anak dara.

"Ish! Janganlah begini." Omel Leulla, geram.

"Mana ada kami begini, kami begitu."

"Daddy!"

Pecah gelak ketawa mereka yang berada di situ.

"Kesian dia ya, single. Duduk diam-diam." Sambung Luth lagi. Ingin mencurahkan minyak di atas api.

"Ah! Semua itu dusta. Abang tahu apa? Adik tunggu Jeonghan datang rumah kita la minta restu mummy dan daddy." Balas Leulla pada alongnya.

"Weh haritu kata suka Mingyu, ini Jeonghan pula." Sampuk Luna. Cawan yang berisi air teh panas itu dia menyisip perlahan.

 I Want YouWhere stories live. Discover now