ELLARIZ 3

17 2 0
                                    

Bip!
bunyi butang telefon pejabat yang ditekan oleh Tengku Uzair.

"Zayn masuk bilik saya"ujar tengku Uzair kepada Zayn melalui panggilan telefon tersebut.

"Nani..saya minta diri dulu..tuan panggil..nanti saya tengok proposal ini semula"kata Zayn kepada kerani itu dan terus berlalu pergi.

"Baik encik"balas kerani itu.

Tuk! Tuk!
Zayn mengetuk pintu bilik Tengku Uzair sebelum membukanya.

"Masuk"balas Tengku Uzair

"Ya tuan ..ada apa yang saya boleh bantu?"tanya Zayn

"Awak dah berjaya hubungi anak saya?"soal Tengku Uzair tentang anaknya.

"Belum tuan saya dah cuba hubungi dia tapi tidak dijawab"balas Zayn lalu menundukkan kepalanya ke bawah.

"Berapa kali awak cuba call dia ?"
Tegas Tengku Uzair menyoalnya.

"Hampir 50 Kali,tuan"jawab Zayn

"Nampaknya dia masih berdegil jugak!"ujar Tengku Uzair dengan berang.

"Awak kena bawa dia balik walau dengan cara apa sekalipun..kalau dengan cara baik tidak jalan..guna cara lain!"sambung Tengku Uzair.Tegas.

"Baik tuan!"balas Zayn tanpa sebarang helah.Dia hanya mengikut arahan daripada majikannya.

"I know you can bear with it!..tarikh majlis itu tak lama lagi dah..saya nak anak-anak saya ada dalam majlis tu"kata-kata semangat dan sedikit pesanan daripada Tengku Uzair.

Zayn hanya menundukkan kepalanya sahaja.

"Itu sahaja..awak boleh pergi"arah Tengku Uzair.

"Apa yang aku nak buat ni!!..masalah betul lah si TUAM ni"gumam Zayn dengan tidak puas hati.

"Tak pe.. tak pe aku tau nak buat apa...kau tunggu je!"kata-katanya hanya tercetus dalam hatinya sahaja.

London, UK 🏙️

Ting!
bunyi mesej masuk.

TUAM pergi kearah telefonnya yang berada di atas meja kopi yang berhampiran dengannya.

"58 misses called from Zayn"tertera di skrin iPhone 15 nya.

Dia hanya memerhatikan skrin telefonnya itu.Dia sudah agak missed called ini daripada zayn untuk paksanya pulang ke Malaysia.

"Aik dah 8 tahun..baru nak cari aku balik ke.. hahaha "

"Baru nak genap kan jadi 10 tahun"

Tawanya dengan sinis apabila mengingat akan perkara yang ditimpanya 8 tahun yang lepas.

Ting!
Ting!
Ting!

Mesej bertubi-tubi masuk melalui skrin telefonnya.TUAM laju membuka mesej itu yang dari tadi mengganggu pendengarannya.

-ZAYN PENYIBUK-

TUAM!!
Ini arahan daripada Tengku Uzair,
untuk aku bawa kau pulang ke Malaysia secepat yang mungkin!

Aku dah arahkan pilot peribadi kau Encik Kenji Itadori untuk bawa kau pulang ke Malaysia pada hari Isnin bertarikhkan 1/1/2024.

Kau ada baki lagi 1 minggu untuk tamatkant 2023..jadi balik pada tarikh yang di tetapkan ini.

Nak atau tak nak kau kena ikut jugak!

Kalau kau terus berdegil aku sendiri yang angkut kau!

______________________________________

Detail terus Zayn bagi pakej sekali amaran walaupun skema sedikit.

Dringg!!..I am the..!!

Tidak sempat ringtone nya menghabiskan lagu itu, laju TUAM menjawab panggilan tersebut tanpa teragak-agak.Lagu apa agaknya TUAM letak di ringtone telefonnya.Nantikan di bab seterusnya!!

"TUAM"-panggil Zayn dengan nada sederhana.

"Yes brother..masih setia lagi kau eh dengan THE TENGKU'S GROUP"-balas TUAM dengan sinis.

"TUAM.. please..kali ni tolong bagi bapak kau peluang "rayu Zayn

"Peluang?..kau merepek apa ni!!..lepas apa yang dia dah buat selama lapan tahun ni..nak aku bagi peluang apa!!"degus TUAM.

"Peluang untuk bapak kau tebuskan kesalahan dia..kau satu-satunya anak kandung dia"rayu Zayn lagi.

"Ouhh..baru ingat yang dia ada anak.. hahaha, betul-betul hebat drama orang tua tu"sinis TUAM.

"Kau rasa..orang tua tu layak ke dapat peluang aku lagi!"

"Dia ingat ISTERI dia tak?"sambung TUAM dengan menekan perkaatan 'isteri' dalam katanya.

Zayn hanya diam membisu.Mati seribu kata Zayn.Dia faham apa yang terbuku dalam hati TUAM.Kali terakhir TUAM melihat raut wajah ibunya diusia 6 tahun.Akan tetapi Tengku Uzair itu tetap merupakan darah dagingnya.Bapak kandung dia.

"Bisu dah.. nevermind..aku akan ikut kau balik ke Malaysia..tapi dengan satu syarat"kata TUAM seraya mengukirkan senyuman menyeget seperti ada sesuatu yang tersirat.

"Baik..aku akan uruskan selebihnya...terima kasih TUAM"balas Zayn.Asalkan TUAM mahu balik ke Malaysia sudah melegakan hatinya yang kusut itu.

Perbualan mereka tamat selepas TUAM matikan panggilan tersebut.

"Apa yang dia nak buat....syarat apa pula yang kali ni dia nak letak?"gumam Zayn dalam hati.Dia mushkil dengan TUAM macam ada sesuatu yang dirancangnya.

"Ahh malaslah aku nak fikir!..janji dia balik Malaysia"

"I am back Baba"kata TUAM dengan sinisnya.Dia mahu balik ke Malaysia untuk selesaikan masalah yang lama membebani bahunya.Akan Aku tamatkan semua ni!...tunggu Tengku Uzair.Kau bagi makan daging segar pada serigala yang salah!

                          💫💎💫

"Tunggu Ara..aku tahu kau rindukan aku..sabar ya sayang"ujar jejaka itu dengan merenung gambar seorang gadis di dalam beberapa kepingan gambar di atas mejanya seraya bermain jemarinya mengelilingi gelas yang berisi wine itu.

Tuk! Tuk!
Bunyi ketukan pintu dari luar biliknya.

"Masuk!"arah jejaka itu.

"Tuan orang-orang kita cakap..dia dah mati..."kata seorang lagi jejaka yang baru melangkah masuk tadi menghadapnya.

"Good job!..teruskan cari anak dia..cari sampai dapat!!"

"Dia nak main sorok-sorok dengan aku ya!!..kinda interesting!!..ingat senang ke nak lari dari aku..aku takkan lepaskan kau!..bodoh punya perempuan!"bentak jejaka itu dengan meneguk air kencing syaitan tersebut.Payah dia menelannya tapi itu yang membuatkan dia berasa puas.

"Baik tuan..saya akan arahkan mereka untuk cari dia sampai dapat"balas Ender pada majikannya.

TBC💎






Maaf sebab dah lama sangat menghilang atas asbab tertentu.Maaf saya tak post hingga bab 5 seperti yang sudah saya katakan sebelum ini.😔 Saya pun tidak tahu bila masa yang sesuai untuk up bab yang baharu dan saya juga ingin membetulkan balik cerita wymc ini semula.Sorry sangat-sangat 🤍.Saya akan biarkan dulu bab 1-3 ni buat sementara.😓Nanti Saya up bab yang baharu ya!.Tq sebab support Saya seramai 119 orang yang membaca wymc ni!.Saya sangat menghargainya☺️.















You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 3 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Will you be my Cinderella? "Hiatus"Where stories live. Discover now