Halilintar mula tunduk hormat.

"Halilintar Grandville." Taufan yang duduk di atas kerusi berhadapan meja belajar, menatap Halilintar. Mereka berdua berada di kelas yang sama.

"Ah, aku Taufan. Kita jadi rakan semeja, ya? Heheh." Tersengih-sengih Taufan memperkenalkan dirinya seraya menggaru belakang kepala. Tersipu-sipu memandang Halilintar.

Inilah anak tampan yang selalu dibicarakan anak-anak perempuan lainnya, ya? Halilintar tidak berpaling memandang Taufan, malah fokus menyalin nota di hadapan papan tulis. Taufan hanya tertawa canggung, mungkin Halilintar jenis pemalu.

Hari berganti hari, tanpa sedar Halilintar memerhatikan Taufan di dalam kelas. Lelaki itu sering membawa plastik hitam, di dalamnya ada barang-barang yang dicuri untuk kawan-kawan Taufan. Earphone dipasang ke dalam lubang telinga seraya melabuhkan kepala atas meja, baik Halilintar tidur.

Namun, tiba-tiba Halilintar terlepas cakap.

"Kau bodoh, ya?" soal Halilintar yang baru bangun tidur, tersedar bahawa Taufan baru sahaja duduk di sebelahnya.

Taufan tersentak. Tiba-tiba Halilintar berbicara dengannya.

"Lagipun mereka tak pernah beri apa-apa kat kau, kan? Kau tak rasa cuma kau yang ikhlas berkawan dengan mereka?"

Fikiran Halilintar tentang Taufan, bahawa Taufan ialah lelaki bodoh yang terlalu baik dengan kawan-kawannya. Sedangkan bila-bila masa sahaja kawan-kawan dia akan khianat. Kenapa Taufan percaya bahawa mereka tidak akan meninggalkannya suatu hari nanti?

Taufan mengepal tangan membentuk penumbuk. Dia tidak mengerti apa yang cuba dikatakan Halilintar.

"Hahah, kau cakap apa? Aku tak dengar, mungkin aku lupa korek telinga agaknya. Mesti banyak tahi telinga aku," balas Taufan mula mengarut. Jari telunjuk sibuk mencucuk lubang telinga. Dia tidak mahu bergaduh dengan Halilintar disebabkan perkara ini.

Halilintar hanya bereaksi datar. Ah, ternyata budak Taufan ini boleh pura-pura baik dan tersenyum. Kenapa terlalu memaksakan diri sendiri berbuat begitu? Halilintar kembali tidur, malas nak peduli.

Hari itu Halilintar berjalan bersama Gempa. Dia melihatnya, Taufan yang bodoh sedang bersama kawan-kawan.

"Hali? Kau tengah pandang apa?" soal Gempa yang masih kecil, berusia sepuluh tahun. Di tangannya sedang memegang batang aiskrim yang sudah habis dimakan.

Halilintar menggeleng perlahan. Berpaling tidak memandang Taufan, bukan urusannya.

"Tak ada apa-apa." Gempa mengembungkan pipi. Lengan Halilintar dipeluknya erat buat Halilintar tersentak.

"Jangan rahsia dengan aku!" Erk.

Halilintar mengeluh berat. Gempa yang memeluk lengannya ditepis seraya pergelangan tangan abangnya ditarik. Ditarik agar mengikuti setiap langkahnya. Kenapa dia punya abang yang begitu peduli dengannya?

"Ibu dengan ayah pasti cari kita," beritahu Halilintar. Gempa cuba bersabar, mungkin ada sebab Halilintar berahsia dengannya.

Wajah dimaniskan untuk Halilintar.

"Heheh, aku suka Hali pegang tangan aku. Kita dah macam adik dan abang sebenar, kan?"

Halilintar diam seketika. Pipi sedikit merona merah.

"Entah."

Kerana manusia boleh berubah. Begitu juga dengan abangnya, suatu hari nanti Halilintar pasti tidak dapat menarik tangan Gempa seperti ini. Kerana mereka berdua tidak lagi mesra dibandingkan masih kecil.

"Ah!" Terjegil mata kawan-kawannya apabila kaki Taufan tergelincir, lelaki itu terjatuh ke dalam tasik.

Mereka tidak membantu, menunggu Taufan keluar dari tasik namun tidak muncul-muncul. Hati mereka mula berasa cemas, mungkin Taufan tidak pandai berenang.

"Macam mana ni?"

"Ah, peduli apa aku! Ambil barang-barang yang dia curi untuk kita lepas tu blah!"

Kawan-kawannya pergi begitu sahaja meninggalkan Taufan. Ada yang ingin menolong namun dikeraskan sahaja hati, ada yang tidak peduli langsung dan membiarkan.

Tubuhnya jatuh dalam dan dalam lagi, sehingga Taufan tidak merasakan lagi cahaya. Apa hidupnya berakhir begini? Kenapa tiada siapa yang menyelamatkannya? Sedangkan Taufan masih ingin hidup, dia ingin mencuba banyak perkara baru dan menjadi pianist.

Mereka hanya berpaling, tidak berniat menyelamatkannya. Namun lelaki yang menganggapnya bodoh, memilih untuk masuk ke dalam tasik. Menarik tangannya dan memperlihatkan cahaya kepada Taufan.

Dia Halilintar yang menganggapnya bodoh.

"Hah... hah. Kau hidup lagi?" soal Halilintar yang berjaya menyelamatkan Taufan. Dah tahu tidak pandai berenang, menyusahkan orang betul.

CPR dilakukan terhadap Taufan. Tidak lama itu, Taufan terbatuk-batuk sendiri. Dia cuba mencelikkan mata memandang Halilintar yang telah menyelamatkannya. Halilintar menghembus nafas lega.

"Baguslah kau dah sedar. Aku pergi dulu," pamit Halilintar lalu membiarkan sahaja Taufan yang baru sedar. Pasti Gempa sedang mencari keberadaannya.

Taufan cuba bangun apabila Halilintar pergi meninggalkannya begitu sahaja. Dia belum berterima kasih kepada lelaki itu.

"Tu... tunggu! Jangan pergi!" jerit Taufan namun suaranya tidak dipedulikan Halilintar.

Jatuh terduduk Taufan di atas rumput. Dada digenggamnya, tanpa sedar kedua-dua pipi Taufan kemerahan. Penyelamatnya.

Apa dia gila kalau ingin menjadikan Halilintar sebagai kawannya?

Finished on Sunday, 3 March 2024Published on Saturday, 23 March 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Finished on Sunday, 3 March 2024
Published on Saturday, 23 March 2024

1064 words

OAK VALLEY'S SECRET [halilintar]Where stories live. Discover now