"Kau memang nak ayah kau MATI..betul tak!..kau sengajakan!!"sambung Pn Ain Mahira lagi dengan menguatkan cengkamkan jemarinya di rambut anaknya itu.

"Tak!!..tak..ibuu"jawab Arabella dengan menahan sakit.Terasa nak tecabut kulit kepalanya itu.

"Ella..tak buat..macam tu!!"sambungnya untuk menjelaskan hal yang sebenar.

"AIN MAHIRAH!!..SUDAH!!"berang Pn Mariam Akifah.

"Jangan tuduh anak kamu macam tu!!..kamu..."kata Pn Mariam Akifah ditepis oleh Pn Ain Mahira.

"Bonda!!..kalau dia ni tak suruh Abbas hantar BINATANG tu!! dekat dia,benda ni takkan jadi..Abbas takkan mati!!tempelak Pn Ain Mahira.Dia tidak boleh menerima pemergian suaminya.

Ini!!..takdir Allah!!..buat macam mana sekalipun tetap nyawa akan ditarik juga!!..kamu kena reda dan terima qada' dan qadar Allah!!"balas pn Mariam Akifah kepada menantunya yang sudah melampaui batas.

Pn Ain Mahira hanya membisu dan pantas masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan sesiapa.

Mengeluh pilu Pn Mariam Akifah  melihat tindakan menantunya itu tadi.

Arabella pantas menyeka air matanya yang masih tidak segan silu membasahi mukanya lalu menuju ke arah nendanya di muka pintu itu yang dari tadi bertikam lidah dengan ibunya.

                           💫💎💫

*Flashback*

"Abang nak hantar jugak ke..hadiah tu hari ini...esok-esok ajelah bagi dekat dia "ujar Pn Ain Mahira kepada suaminya yang sedang memakai kasut di hadapan pintu.

"Tak apalah Mah..abang nak surprise kan dia hari ini..kan hari lahir dia..abang pergi dulu ya..kena cepat ni"balas Encik Abbas seraya menghulurkan tangannya kearah Pn Ain Mahira untuk disalam.

"Hmm yelah.. hati-hati memandu tu bang...kirim salam Mah dekat Ella"ujar Pn Ain Mahira sejurus menyambut huluran tangan suaminya itu.

Pn Ain Mahira hanya melihat kereta suaminya meluncur laju keluar daripada perkarangan rumah itu sehingga kelibat kereta tersebut hilang daripada penglihatannya.Tanpa melengahkan masa dia terus menutup pintu rumahnya dan menyambung kerjanya yang tergendala sekejap tadi.

Encik Abbas Ukail memberhentikan keretanya di seberang jalan tanah
perkuburan di sekitar Kuala Lumpur itu.Kakinya menapak laju melintasi kalan raya itu.

Tiba di tanah perkuburan tersebut Encik Abbas Ukail pantas menuju ke arah kubur yang terletak berhampiran dengan pokok yang besar dan melabuhkan duduknya di samping kubur tersebut.

"Abang dah datang ni.."ujar Encik Abbas Ukail perlahan sambil mengusap batu nisan itu.

Lepas urusannya di tanah perkuburan itu dia terus memulakan pemanduannya semula di atas jalan raya.Pada waktu yang sama telefonnya berbunyi tanda panggilan masuk.

Dringg!!
Bunyi telefon Encik Abbas Ukail berdering.Pantas Encik Abbas menjawab panggilan tersebut.

"Hello, encik burung ni nak I hantar terus ke rumah encik..atau encik sendiri datang mari ambil ini burung?"ujar tokei kedai burung berbangsa cina itu dengan dialek melayunya.

"Eh tak perlu...saya datang ambil sendiri..terima kasih ya"jawab Encik Abbas Ukail dengan nada sopan.Tersenyum segaris terhasil di bibirnya apabila mengingatkan bahawa burung itu adalah hadiah untuk putri kesayangannya.

Selesai dia mengambil burung itu di kedai.Dia meneruskan perjalanan menuju ke kampus anaknya.Jiwa tuanya meronta-ronta tidak sabar ingin berjumpa dengan putrinya dan memberikan hadiah tersebut.Dia juga ingin reaksi anaknya apabila mendapat hadiah ini bersama sepucuk surat yang ditulis khas untuk Arabella.

Pin!! pin!!
Bunyi hon sebuah kereta Hummer asing yang laju mengekori keretanya dari arah belakang.

"Apa hal dengan kereta tu!"ujar Encik Abbas dengan bingung dan cemas.Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang.Dia terus melajukan had kelajuan keretanya ke kawasan jalan yang agak lengang untuk memastikan kereta Hummer tersebut sama ada masih mengekorinya atau tidak.

Tanpa disedari kereta Hummer tersebut masih lagi mengekorinya.Dia dengan ralit melihat cermin pandang belakang untuk melihat keberadaan kereta tersebut.

Tiba-tiba kereta Hummer yang berada di belakangnya tadi sudah melajukan had kelajuan dan melintasi ke hadapan keretanya lalu kereta tersebut brek dengan secara mengejut .Dia tidak sempat untuk memberhentikan keretanya dan mengelak daripada berlanggar dengan belakang kereta itu.

Dushh!!
Bunyi langgaran yang kuat terhasil daripada kedua kereta itu.

Kepala Encik Abbas Ukail terhantuk hebat pada tingkap sisi keretanya lalu kepalanya terhempas ke arah stereng kereta dengan kuat sekali yang menyebabkan kepalanya mengeluarkan cecair merah yang pekat dan mengalir sehingga ke pangkal dagunya.

Encik Abbas mendengar sayup-sayup bunyi derapan kaki melangkah ke arahnya.Dia melihat dengan balam-balam seorang jejaka tinggi lampai yang sedang menghampirinya dan berkata rakannya.

"Está muerto, nuestro trabajo está hecho"

"Ella...Allahuakbar "ujar Encik Abbas dengan hembusan nafas yang terakhir.Dia hanya melihat bayang-bayang pudar anaknya Arabella.

*End flashback*

Agaknya siapakah dalang disebalik kemalangan itu berlaku.Adakah kemalangan ini dirancang atau sebaliknya?

TBC💎










Will you be my Cinderella? "Hiatus"Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon