BAB 10

62 7 0
                                    

ALLANIS menggigit roti Gardenia yang berperisa coklat itu. Matanya masih berfokus pada buku Sains itu. Kali ini Sains bukan Matematik dah. Mampus kau nak fahamkan Matematik tu.

Tiba-tiba seseorang duduk bertentangan dengannya dengan tangan kosong. Tanpa buku.

Ternaik kening Allanis dengan kehadiran si dia. Tidak sempat hendak berbudi bahasa, Allanis sudah menjeling tidak suka.

"Hai, Allanis. Busy ke?" Sapa Syed ramah. Allanis berdecit kecil supaya Syed tahu yang dia tidak selesa. Namun Syed hanya hiraukan.

"Aku ada beli air untuk kau," Syed menghulurkan sebotol air 100 plus yang masih sejuk. Bukanlah dengan tangan kosong dia datang.

"Aku tak minta pun," ujar Allanis kasar. Dia menolak botol air itu perlahan.

"Biarlah. Aku nak bagi buah hati aku," balas Syed selamba. Bibirnya tersenyum lebar.

Allanis terdiam. Apa benda mamat ni mengarut ni?

"Apa kau mengarut ni. Dahlah, jangan kacau aku. Kau pergi lah study. Nak SPM dah kan," halau Allanis tanpa memandang Syed. Namun seperti mencurah air ke daun keladi. Syed langsung tidak bergerak.

"Kalau aku tak nak?"

"Suka hati kau lah. Yang penting jangan kacau aku," Allanis sudah pasrah dengan kedegilan Syed. Macam budak-budak, padahal dah nak habis sekolah dah.

"Okay. Aku teman kau tau. Aku tengok muka kau aje, aku dah happy," ujar Syed sambil menongkat dagu. Allanis hanya diam. Makin lama, makin mengarut.

Allanis sedikit sebanyak sedikit tersentuh dengan kata-kata itu. Namun cepat-cepat dia kembali fokus.

Setelah lima minit, Allanis mula rasa tidak selesa dengan kehadiran Syed yang merenungnya dari tadi. Tak bosan ke?

"Aku-" tak jadi Allanis hendak menghalau Syed apabila Syed sudah tertidur dengan wajahnya menghadap Allanis. Dia mengeluh kecil.

Allanis fikir Syed masih terjaga rupanya dia sudah terlena dibuai mimpi. Allanis menggeleng perlahan.

"Kau ni handsome tau. Tapi kenapalah suka aku. Aku ni apa aje," bebel Allanis sambil memandang wajah Syed yang sedang tertidur itu.

"Sebab kau lain daripada yang lain," ujar Syed secara tiba-tiba. Allanis terkelu. Hampir saja dia tergigit lidahnya sendiri.

Wajah Allanis mula merona merah akibat malu. Syed hanya beriak biasa sambil tersenyum.

"Kau-"

"Aku dengar. Terima kasih sebab puji aku handsome," potong Syed dengan sengihan mengejek.

Allanis mengetap rahangnya. Geram dengan perangai Syed yang tak semengah itu.

"Dahlah aku nak naik kelas," baru sahaja Allanis hendak beredar, tangannya ditarik sehingga dia terduduk semula.

"Eh, kau kenapa?! Suka hati aje tarik tangan aku," marah Allanis walaupun berlapik.

"Sorry but listen to me first," pinta Syed lembut. Allanis merengus kecil sebelum memandang Syed semula.

"Hm. Apa dia?" Soal Allanis malas.

"Aku suka kau. Aku nak kau jadi girlfriend aku," terang Syed. Memang terus straight to the point. Dahi Allanis berlapis-lapis jadinya.

"What?! Kau ni desperate sangat nak girlfriend ke macam mana? Baru seminggu kenal dah nak jadi partner." Balas Allanis dengan mencekak pinggang, sedikit berbau sindiran.

"Tak, aku memang betul-betul suka kau. Dari sebelum kita kenal lagi. Bila dah kenal lagi bertambah suka aku dekat kau," luah Syed sambil merenung mata Allanis untuk membuktikan yang dia betul-betul suka Allanis.

Allanis menelan air liurnya. Syed baik orangnya cuma agak annoying. Dia ada rupa. Nampak effort dia seminggu ini untuk rapat dengan Allanis. Dia perasan yang Syed macam suka dia tapi dia endahkan sahaja.

"Tapi aku anggap kau macam kawan aje," balas Allanis perlahan. Dia tak pernah reject orang sebab tak ada sesiapa yang berani nak confess.

"It's okay. Take your time. Aku bagi kau masa. Tapi aku betul-betul suka kau. Aku... Aku sayang kau, Allanis," ujar Syed dengan tersenyum nipis.

Allanis terkedu. Pipinya sudah merona merah. Dia pandang mata Syed untuk mencari ketidakjujuran itu. Tapi tiada. Nampak seperti Syed memang jujur dengan perasaannya.

"Erm.. aku naik kelas dulu lah," pamit Allanis hendak lari dari situ.

"Wait! Air ni. Ambil lah. Aku beli untuk kau," kata Syed dengan menghulurkan botol air 100 plus itu.

"Thanks," ucap Allanis tanpa memandang Syed. Malu. Lalu Allanis terus beredar meninggalkan Syed sendirian.

Allanis duduk di dalam kelas sementara menunggu Ayyaz habis kelas. Ayyaz ambil kelas private. Jadi, Allanis tunggu Ayyaz habis baru pulang bersama.

Sedang Allanis melukis di dalam buku sketchnya, seseorang masuk ke dalam kelasnya. Hairannya masih awal untuk Ayyaz habis kelas. Allanis menoleh.

Membulat matanya melihat sosok yang baru masuk itu. Terus wajahnya bertukar warna.

"K.. kau buat apa kat sini?" Soal Allanis dengan sedikit gagap.

Syed tersenyum nipis. Dia tarik kerusi lalu duduk di sebelah Allanis.

"Saja nak teman buah hati," jawab Syed selamba. Senyuman tidak lekang di bibirnya.

Allanis sedikit menunduk lalu terus menumpukan pada bukunya. Semakin lama lukisan semakin tidak menjadi kerana Syed di sebelahnya.

Masakan tidak, Syed duduk sambil menongkat kepala memandang Allanis. Tersenyum-senyum Syed.

"Kau pergi lah balik. Dah lambat dah ni kan," kata Allanis dengan niat menghalau.

"It's okay. Aku naik motor. So, lambat pun tak apa," balas Syed sambil tersengih.

Allanis meletakkan pensil ke atas meja. Matanya dipejam. Sekarang ini dia malu sebab itu dia tak nak Syed di situ.

"Kau tak selesa ke?" Terkeluar soalan itu dari mulut Syed.

Allanis tersentak. Tiba-tiba takut Syed terasa dengan tingkahnya. Tapi memang dia agak tidak selesa kerana Syed baru lepas confess rehat tadi.

Allanis mengangguk kecil. Perlahan-lahan dia pandang Syed. Wajah Syed berubah kecewa. Dia terasa. Allanis sedikit cuak.

"Aku... Aku perlukan masa," ujar Allanis perlahan. Syed mengangguk kecil. Dia hanya tersenyum nipis.

"Sorry lah aku buat kau tak selesa. Lepas ini aku tak kacau kau dah. But anything, kau boleh cari aku dekat pondok yang kau selalu lepak tu. Cari lah aku bila perlu. Aku gerak dulu lah. Bye, honey," kata Syed lalu beredar setelah melambai kecil pada Allanis.

Wajah Allanis merona merah apabila Syed memanggilnya 'honey'. Sempat dia membalas lambaian Syed itu.

"Arrrgh!" Allanis menjerit kecil sambil menampar kecil mukanya. Jantungnya berdegup laju setiap kali Syed mengeluarkan kata-kata manis dan apabila mereka bertembung walaupun bukan bertembung mata.

Allanis menyembamkan wajahnya pada meja. Di dalam fikirannya sibuk memikirkan tentang Syed.

"How about my proposal?"

"Fine. We be,"

"Aku suka kau,"

"Aku nak kau jadi girlfriend aku,"

"Aku.. aku sayang kau,"

"Bye, honey,"

"...buah hati aku,"

"Kau tak selesa ke?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TILL THE ENDWhere stories live. Discover now