BAB 6

52 8 0
                                    

Ayyaz

MATA aku terasa berat untuk dibuka. Eh, apa aku buat di katil Allanis ni?

Belum sempat buat apa-apa, tiba-tiba,"Woi, bangun!" kepala aku ditolak sedikit. Aku betul-betul baru terjaga. Keningku bertemu. Apa masalah minah ni?

"Kau apa hal?" Aku memandang tajam ke arahnya. Allanis menjelingku.

"Kau buat apa kat sini?" soal Allanis dengan nada tidak suka. Aku mengeluh.

Aku jadi hairan dengan perangai Allanis yang tiba-tiba berubah. Emo.

"Kau tengoklah sendiri dahi kau tu," balas aku malas. Allanis menyentuh dahinya. Cool fever.

"Bila masa aku demam?" bisik Allanis perlahan. Namun aku dapat tangkap apa yang dibisikkan Allanis.

Aku rasa dia lupa ingatan sekejap.

"Meh sini aku tampar biar ingat sikit," balas ku tak puas hati. Aku yang jaga dia, dia boleh lupa pula.

Allanis ketawa. Aku berkerut pandang Allanis.

"Tampar lah. Sini, sini," ujar Allanis dengan menunjukkan pipinya. Gigi aku ketap lalu menjelingnya.

"Aku tampar betul-betul karang cakap aku dayus pula," aku tak mahu kalah. Tolonglah bagi aku menang 'lagi'. Haha. Dalam hati aku ketawa sendiri.

"Tak kisah lah. Yang kau tiba-tiba nak jaga aku ni kenapa? Mama ada," soal Allanis sambil membetulkan kedudukannya supaya lebih selesa.

Aku buntu sekejap. Nak jawab apa ye? Jawab aje lah.

"Aku malas nak pergi sekolah. Jadi aku bagi alasan nak jaga kau," balasku dengan wajah bangga.

"Amboi, aku bagitahu mama kau tipu!" ugut Allanis. Suaranya perlahan sahaja. Tak mampu nak jerit.

"Eh, tak payah lah. Mati aku kalau mama tahu," Macam mana aku tak gelabah? Kalau mama tahu memang dua minggu aku kena buat kerja rumah.

Mama berdisiplin orangnya. Peraturan tetap peraturan. Disiplin kena jaga. Pelajaran nombor satu.

Aku pandang Allanis. Wajah simpati aku hiaskan. Tiba-tiba Allanis ketawa bebas.

"Kenapa kau takut sangat. Bukan mama makan orang pun," ujar Allanis dengan mudah seperti goreng pisang.

"Kalau mama tahu, kau jadi tuan puteri lah di rumah ini dua minggu," sindirku. Aku tarik muka.

"Alo.. kesian dia ye. Yalah, aku tak bagitahu mama. Tapi.." sengaja Allanis menggantungkan ayatnya. Aku pandang dia dengan harapan.

"Tapi apa?"

"Kau kena panggil aku akak," pinta Allanis dengan tersengih. Kedua keningnya terangkat.

"Kenapa pula?" Protesku. Tak nak aku panggil kak.

"Cuba tukar bahasa tu. Panggillah kakak ke, tak pun nama. Ini tak, ber aku-kau. Tak bestlah," ujar Allanis lembut. Pelik aku dengan Allanis ini, sekejap lembut, sekejap ganas.

Wajah aku tayang tak suka. Allanis masih lagi menunggu jawapan ku. Wajahnya bersinar-sinar. Berharap aku menerima deal itu.

"That's not a big deal,"

"I think," sambungku lagi. Allanis bersorak gembira. Amboi, macam tengok bola!

"Tapi aku tak nak panggil akak or nama kau. Geli," tambah ku lagi. Banyak songeh kan aku?

"Habis tu?"

"Aku panggil kau panda," balas ku dengan tersenyum senget. Niat jahat menguasai.

"Kenapa panda?" Allanis menggaru kepala yang tak gatal.

"Adalah. Dah makan tomyam kau tu. Dah sejuk dah. Makan ye, panda," ujar ku lalu ketawa dihujung ayat. Kelakar pula panggil dia panda.

Allanis menarik muka. Bibirnya menjuih tidak minat.

"Suka hati aku lah nak panggil apa. Kau diam-diam sudah. Terima aje," kataku. Allanis tersentak. Mungkin dia mengajukan soalan itu di dalam hati.

"Ikut lah,"

"Sudah. Makan itu," arahku. Dari dia merajuk tadi, dia tak makan apa-apa. Kosong perut nanti.

Allanis hanya diam lalu mengambil mangkuk yang berisi tomyam itu. Dia terus tersenyum setelah menghirup kuah tomyam itu.

"Sedap!" Puji Allanis. Aku tersenyum bangga.

"Tengoklah siapa yang masak," aku angkat kening.

"Are you cooking, baby Yaz?" Soal Allanis tidak percaya.

"Baby what?"

"Suka hati aku lah nak panggil apa. Kau diam-diam sudah. Terima aje," Allanis mengajuk ayatku dengan wajah mengejek. Aku diam. Malas nak berdebat.

"So.. we make up?" Soal Allanis setelah lima minit diam.

"Hm, i don't mind," balas ku tanpa melihat mata Allanis. Rasa janggal.

Aku dengar nafas terkejut Allanis. Cepat-cepat aku bangun lalu keluar dari bilik itu. Dapat aku dengar Allanis menjerit gembira dari luar. Terkoyak bibirku dengan senyuman nipis.

Allanis tersengih-sengih macam kerang busuk dari tadi. Aku dah tutup muka. Aku tahu dia nak menjerit lepas ini.

"Mama! Daddy! Kita orang dah berbaik!" Nyaring suara Allanis didengari mama dan daddy di ruang tamu. Baru petang tadi kebah dah happy go lucky.

Dia berlari ke ruang tamu. Di mana berada nya kami bertiga. Allanis tersenyum lebar. Bersinar-sinar wajahnya.

Aku malu sebenarnya, jadi aku bangun untuk masuk ke bilik. Tapi langkah ku terhenti apabila Allanis memaut lenganku.

"Look, we really make up," Allanis berkata lagi. Mama dan daddy tersenyum memandang kami.

Aku? Macam patung di situ. Hanya membiarkan Allanis melakukan kehendaknya.

Aku pandang Allanis yang rendah sedikit daripada aku. Lesung pipit. Cantik. Kali pertama aku nampak dia senyum sampai nampak lesung pipit yang tidak berapa kelihatan itu.

Jari telunjukku automatik menyentuh pipit Allanis. Tubuh Allanis menegak. Aku terkedip-kedip. Apa aku buat?

Aku rasa semua tengah pandang aku sekarang. Malunya! Rasa telinga dan wajahku mula merona merah.

Cepat-cepat aku alih tangan aku ke sisi. Aku pejam mata. Bibir aku gigit. Ya Allah malunya aku.

Aku melepaskan lengan aku yang Allanis paut tadi kemudian berlari masuk bilik. Kedengaran semua ketawakan aku.

TILL THE ENDWhere stories live. Discover now