BAB 8

68 6 0
                                    

Ayyaz

AKU terkedu.

Tanganku menggigil hendak mengambil kotak kecil itu. Entah apa di dalamnya.

Seriously Allanis? Panda ni? Orang pertama yang ucap selamat hari lahir pada aku? Sungguh aku tidak sangka.

Allanis mengamati wajahku yang macam budak kecil nak menangis. Terharu sangat. Allanis tersenyum nipis.

"Kenapa akak bagi hadiah? Padahal masa birthday akak haritu, Ayyaz tak bagi apa-apa pun," aku mempersoalkan. Kenapa dia terlalu baik?

Hari lahir Allanis sebulan yang lepas aku tak wish pun. Allanis sendiri yang ingatkan dan paksa aku wish.

"Akak tak kesah pun. Janji Ayyaz jadi adik akak dah cukup. And you must to smile whole day today, okay?" kata Allanis memberi semangat.

Walaupun kecil hadiahnya, ini merupakan hadiah pertamanya untuk ulang tahun yang ke enam belas. Aku terharu kerana Allanis tak pernah putus asa untuk menyenangkan hatiku.

Kalau boleh peluk dah lama aku peluk kau, panda! Tapi tempat tak mengizinkan. Boleh timbul fitnah!

Kepalaku menggeleng tanpa sedar.

Allanis berkerut melihat aku yang tiba-tiba menggeleng. Aku tersedar lalu hanya tersengih. Anak rambut aku garu.

"Boleh ke tunaikan permintaan akak tadi?" Soal Allanis. Aku diam seketika.

"It's easy, panda," balasku santai. Tak nak lah nampak terkejut sangat.

"Ceh! Hadiah itu sampai rumah baru buka tau," pesan Allanis. Aku berkerut.

"Kenapa pula? Tak boleh buka sekarang ke?" Tanya ku pelik. Aku baru nak buka waktu rehat nanti.

"Jangan. Dekat rumah aje," tegas Allanis memberi arahan. Aku malas nak besar-besarkan, jadi aku biarkan aje. Di rumah nanti lah aku buka.

Macam biasa, belajar sangat membosankan. Lagi-lagi belajar sendiri. Tapi mama selalu marah kalau aku tak belajar. Semua perkara yang berkaitan dengan belajar akan ditegaskan oleh mama.

Aku muncung kan bibir. Pen yang berada antara hidung dan mulut aku mainkan. Bosan! Cikgu pun tak masuk kelas sebab mesyuarat. Jadi kelas sangatlah huru-hara.

Aku perasan ada empat mata sedang memandang ku dari tadi. Tiba-tiba mereka berdua datang mendekati aku. Aduh, minah-minah ni!

"Hai, Ayyaz. Saya Laila," Laila memperkenalkan diri. Aku berdecit kecil. Pen tadi aku letak di celah telinga.

"Hm." Malas aku nak melayan. Tolonglah berambus!

"Saya Qayra!" Teruja dia perkenalkan diri. Aku langsung tak pandang dia orang.

"Aku rasa dah dua tahun sama kelas dengan kau orang. Takkanlah classmates pun aku tak kenal. So, tak perlu perkenalkan diri," ujarku mendatar. Sengaja aku pura-pura kemas meja.

"Janganlah garang sangat. Kita orang nak berkenalan aje," kata Laila dengan suara kepitnya. Aku menggulingkan bebola mata ke atas. Menyampah aku.

Aku perasan muka Qayra berubah sedikit kelat. Mesti malu dapat kawan macam Laila. Astaghfirullah! Tak baik, Ayyaz.

Tiba-tiba aku dapat rasakan aura Allanis. Tak tahu macam mana. Aku pandang luar kelas. Dia mungkin nak ke kantin.

"Lanis!" Panggil ku. Aku mendapatkan Allanis. Sesekali aku jeling pada dua ekor ulat tadi. Wajah mereka terkejut. Seakan tidak percaya.

"Eh, ba- Yaz? Kenapa?" Soal Allanis berkerut. Ini kali pertama aku tegur dia di tempat terbuka. Dia nak terpanggil aku baby tadi. Nasib aku ketatkan muka aku.

Aku senyum. Sebelah mata aku kenyitkan. Minta Allanis berlakon. Allanis pandang ke dalam kelas. Bibirnya terangkat sebelah. Dia angguk kecil.

"Baby.. jom rehat," Allanis memanjakan suaranya. Aku rasa nak muntah di situ. Terpaksa aku senyum selebar yang boleh.

Mereka berdua tercegang. Jatuh rahang Laila melihat 'kemesraan' kami berdua.

Lepas sahaja tangga. Kami berhenti. Aku pandang Allanis. Dia pandang aku. Dia cekak pinggang.

"Suka hati kau aje panggil aku Lanis," marah Allanis. Aku kerut. Ingatkan nak marah sebab tadi.

"Tak salah pun. Unik kan? Lain daripada yang lain," balas ku selamba. Aku tak rasa itu boleh jadi isu.

Allanis diam. Wajahnya ceberut habis. Lah, marah ke?

"Aik, marah ke, panda?"

"Aku tak suka orang panggil aku Lanis. Sebab mummy aje yang panggil aku dengan panggilan tu," jelas Allanis. Dia memeluk tubuh.

Terjatuh rahang ku. "Lah, sebab itu aje ke?" aku picit dahi. Menggeleng kepala perlahan.

"Ish, dah panggil aku panda tu panda ajelah!" ujar Allanis geram.

"Yalah, panda. Lepas ini aku tak panggil nama yang kau tak suka," balasku meleret. Malas.

"Siapa dia orang itu? Fans eh?" Tanya Allanis tiba-tiba. Aku angguk. Allanis terangguk-angguk tanda faham.

"Thanks. Jumpa balik nanti. Ayyaz nak lepak kejap," pamit aku. Langkah ku atur ke port biasa aku dengan Akay.

Akay Kaiser. Lelaki kacukan Cina-Itali. Ayahnya cina muslim manakala ibunya pula mualaf. Itu yang kacak lebih. Tapi aku lagi kacak, lagi segak. Eh, ter'riak' pula.

Dia sahabat aku walaupun perangai macam orang gila. Dia yang ada dengan aku sampai sekarang. Sudah lebih empat tahun kita orang berkawan.

"Woi, Sakai!" jerit aku dari jauh. Akay dan 'sakai'. Kena kan?

Lelaki kacukan itu menoleh ke arah ku dengan senyuman paling buruk yang pernah aku nampak.

"Bapak hodoh siak muka kau," ejek ku seraya menolak mukanya. Akay tersengih.

"Macam lah kau handsome sangat!" Sindir Akay meluku kepala aku. Aku apa lagi, aku balas balik.

"Ambil kau!"

Maka berlaku lah pergaduhan mini di situ. Masing-masing tak nak kalah.

Kotak kecil aku keluarkan dari beg. Baru aku nak buka, tiba-tiba ada tangan yang menghalang. Allanis.

"Jangan buka dulu. Di rumah nanti," ujarnya mendatar. Macam marah.

Aku menjelingnya. Tak salah pun kalau aku buka dalam kereta kan? Aku ikutkan saja.

Sampai di rumah aku terkedu melihat sebuah sportbike di parking kereta. Aku hairan. Tak pernah-pernah daddy naik motor. Tapi lawa sportbike tu. Boleh lah aku pinjam nanti.

Selepas mandi, aku duduk di ruang tamu bersama kotak hadiah Allanis. Dia ajak buka sama-sama.

"Okay, dah boleh buka," kata Allanis ceria. Matanya bersinar menunggu reaksi ku.

Aku membuka kotak itu. Membulat mata aku melihat isi di dalamnya. Kunci.

"K..kunci?" Tergagap aku menyoal. Bukan sebarang kunci. Ini kunci superbike!

"Haah. Ayyaz tak suka ke? Tak suka akak ambil balik," Allanis acah-acah hendak mengambil kunci itu. Cepat-cepat aku sorok kunci itu ke belakang.

"Gila ke tak suka? Sumpahlah superbike tu Ayyaz punya?" Tanya ku sekali lagi. Allanis tersenyum sinis. Bukan calang-calang hadiah dia.

"Jom," Allanis bawa aku yang masih terkedu ke luar. Di mana tempatnya sportbike tadi.

Aku masih tidak percaya. Aku bermimpi ke? Ya Allah, Alhamdulillah! Finally, aku dapat motor idaman aku.

Tapi aku masih terkaku di hadapan sportbike itu. Terkedu. Semua jenis 'ter' lah. Aku bagaikan patung, tak bergerak.

"Eh, Ayyaz!" Terjerit Allanis di saat aku jatuh terduduk.

TILL THE ENDWhere stories live. Discover now