BAB 9

53 6 1
                                    

Ayyaz

AKU jatuh terduduk. Terharu sangat sampai menitik air mata jantanku.

"Huwaa.. terima kasih, akak. Ayyaz appreciate sangat. Ini bukan biasa-biasa. Ini extraordinary!" Luah ku. Ya Allah, aku bersyukur sangat dapat kakak macam Allanis.

"Sama-sama. Untuk Ayyaz semua boleh," ujar Allanis sambil tersenyum manis. Aku tersenyum lalu bangun dengan bantuan Allanis.

"Tapi mana akak dapat duit?" Soal ku. Hairan juga. Mahal superbike ni.

"Adalah," Allanis ketawa kekok seperti sorokkan sesuatu.

Allanis

"ADALAH," Aku ketawa kekok. Guna duit aku lah beli motor tu. Habis ribuan kau tahu!

Ayyaz tersenyum gembira sampai ke telinga. Gembira sungguh. Aku hanya tersenyum melihat kegembiraan Ayyaz.

Dah lama aku tahu yang dia nakkan superbike itu. Jadi aku simpan duit untuk belikan. Boleh saja minta daddy belikan tapi aku sengaja nak bagi dari duit aku sendiri. Walaupun duit tu sebenarnya daddy yang bagi.

Faham tak?

Asalkan Ayyaz bahagia. Hah, sudah! Menangis pula budaknya.

"Eh, kenapa menangis, baby Yaz?" Aku mendekatinya yang terduduk tadi. Ayyaz menyedut air yang keluar dari hidungnya.

"Kenapa akak buat semua ni? Macam mana Ayyaz nak balas?" Rungut Ayyaz sambil mengelap air matanya. Tak macho lah lelaki menangis!

"Ala.. biarlah. Untuk Ayyaz semua boleh. Kita sentiasa ada untuk each other, right? Kita kan adik beradik. A-aku sayang kau," suaraku perlahan dihujung ayat. Malu untuk mengucapkan itu. Haish!

Sudahnya aku meninggalkan Ayyaz yang terpinga-pinga di situ. Lambat betul lah budak ni!

After this, just author pov..

ALLANIS duduk di bangku yang tersedia di susur gajah sambil membaca buku matematik. Kau orang bayanglah macam mana nak baca buku matematik.

Buku ditutup. Dia bangun untuk beredar, memandangkan waktu rehat sudah hampir tamat.

Tuk.

Bukunya terjatuh. Allanis mengeluh malas. Terasa malas nak ambil. Tapi tak kan nak suruh ambilkan pula.

Bukunya diambil oleh seseorang sebelum dia sempat tunduk pun. Lelaki itu membersihkan habuk yang lekat pada buku itu. Dia menghulurkan buku itu kepada Allanis.

Allanis pandang gerangan yang menolongnya itu. Lelaki. Allanis mengeluh seketika sebelum membuang pandangan ke tempat lain. Buku bertukar tangan.

Baru Allanis ingin beredar, lelaki itu bersuara.

"Don't you think you must say thank you?" Ujar lelaki itu dengan nada yang masih sopan. Allanis mengeluh sebelum menoleh semula.

"Thanks. Enough?" Balas Allanis malas. Dia pandang wajah lelaki itu tajam. Sesuatu lah lelaki ini.

Lelaki itu tersenyum sinis. Matanya tidak lepas memandang Allanis dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

"What else you want? Wanna fight? Come," cabar Allanis sambil menyentengkan baju sekolahnya hingga separuh, tak sampai siku. Tudungnya dilipat macam rempit.

"Woah. Chill. I just want.." kata-kata lelaki itu terhenti namun langkahnya pula berjalan. Mendekati Allanis.

Allanis tidak bergerak. Hanya berkerut melihat lelaki itu. Dia memeluk tubuh.

"What?"

Lelaki itu kini benar-benar di hadapan Allanis. Dia tersenyum manis memandang Allanis, memandangkan Allanis tidaklah terlalu pendek.

"I just want you. Can I?" Kata lelaki itu dengan masih tersenyum manis. Allanis hanya menayangkan muka bekunya.

"Get lost. You will never get me," balas Allanis sinis. Bibirnya ternaik sebelah.
Lelaki itu ketawa kecil.

"Just kid-" belum sempat apa-apa, Allanis sudah gerak dahulu meninggalkan lelaki itu.

"I'm just kidding. Can we be a friend?" Ujar lelaki itu dengan sedikit tinggi nada suaranya.

Allanis dengar tapi dia hanya buat-buat tidak dengar. Terus berjalan masuk ke kelas.

Cikgu Maria meminta tolong Allanis untuk menghantarkan kunci bilik stor kepada ketua Exco Kokurikulum, Syed Hakim.

Knock! Knock!

Pintu kelas tingkatan lima itu diketuk oleh Allanis. Setelah dapat kebenaran, Allanis masuk dengan sopan dan lemah lembut walaupun wajahnya tidak tersenyum.

"Saya nak jumpa Syed Hakim, boleh?" Ujar Allanis pada guru yang sedang mengajar.

"Syed Hakim. Ni ada orang nak jumpa. Siapa ni? Makwe ke?" Sempat guru itu menyakat.

Syed tersenyum sinis lalu bangun dari tempatnya. Allanis terus keluar selepas mengucapkan terima kasih kepada guru itu walaupun dia tidak suka gurauan itu.

Sebaik sahaja Syed keluar, riak wajah Allanis berubah. Tidak percaya dia akan jumpa lagi dengan gerangan ini.

"Oh, Allanis. Hai," sapa Syed dengan mesra. Allanis saya tersenyum kelat.

"Nah. Cikgu Maria suruh bagi dekat kau," Allanis terus terang tujuan dia datang. Tidak menyambut sapaan Syed tadi.

"Okay. Thank you," ucap Syed dengan perkataan 'thank you' itu ditekan sedikit. Dia tahu Syed menyindirnya.

Allanis menjelingnya. Dia buat keputusan untuk beredar.

"So, how about my proposal?" Soal Syed sebelum Allanis sempat beredar. Allanis mengeluh.

"What if I don't want?" Balas Allanis dengan soalan. Syed tersenyum.

"I will screw you up in every single day," balas lelaki itu dengan tersenyum manis seperti apa yang dikatakan itu baik.

Allanis menjengil matanya, menyampah.

"Fine. We be," jawab Allanis kasar lalu beredar. Lagipun dia tingkatan empat dan lelaki itu tingkatan lima. Dia orang tak boleh jumpa selalu pun. Dalam diam Allanis tersenyum sinis.

Tidak lupa juga di pihak sana. Senyuman manisnya tetap manis. Dalam manis juga ada makna. Senyuman manis yang boleh buat orang jatuh hati dan juga boleh buat orang menderita.

Manis itu membunuh, bukan?

TILL THE ENDDonde viven las historias. Descúbrelo ahora