BAB 1

197 21 3
                                    

Allanis

AKU termenung panjang. Air mataku mengalir tanpa sedar. Mataku sudah terasa pedih akibat menangis sepanjang hari.

Foto arwah mummy, Awatif, yang terpapar di skrin telefon itu direnung lama sambil menggamit saat manis kami bersama. Air mata aku kesat dengan lengan baju.

Tiba-tiba tangan kasar menyentuh bahuku. Aku hanya memandang si pelaku dengan pandangan kosong. Wajahku sudah comot dengan air mata. Sejak bila orang masuk pun aku tak perasan.

Tangan itu menggosok bahu ku perlahan sebelum memberi pelukan. Dapat dirasakan pelukan itu ingin menenangkan ku. Ubun kepalaku dicium lembut.

"Kenapa mummy pergi, daddy? Kenapa mummy tinggalkan Allanis?" Aku mengongoi di dalam pelukan daddy.

Daddy, Zayyan, menahan air matanya daripada jatuh. Dia tidak berkata apa-apa selain cuba menenangkan anak perempuannya ini.

"Allanis nak mummy, daddy..." Aku terus menerus merengek seperti bayi kecil.

Hampir setiap hari aku meracau begini apabila terjaga dari tidur. Daddy memandang aku dengan sayu.

Setelah beberapa minit, aku senyap. Penat beremosi. Daddy mengusap rambutku kemudian membaringkan aku ke atas katil.

"Sleep well, sweetie," ucap daddy sebelum melangkah keluar dari bilik anaknya.

Zayyan

BAJU yang basah kerana air mata Allanis tadi aku tanggalkan. Lalu badan aku hempas ke atas katil.

Sudah tentu aku juga sedih atas pemergian arwah isteriku, Awatif. Namun aku tidak mahu menunjukkan yang aku lemah di hadapan Allanis.

Tak disedari air mata jantanku. mengalir. Aku hanya membiarkan air mata mengalir tanpa bunyi.

"Semoga awak tenang di sana, sweetheart.." aku berbisik sendiri. Tak lama selepas itu, aku terlelap.

~Ring!Ring!~

Deringan itu menandakan panggilan masuk ke telefon pintarku. Aku meraba-raba atas rak kecil yang terdapat di sebelah katil.

Punat hijau aku tekan lalu telefon dilekapkan ke telingaku dengan mata yang masih terpejam.

"Erm..hello. Siapa ni?" ujarku dengan suaranya yang serak basah kerana baru bangun tidur.

"Abang baru bangun?" tanya seseorang yang bersuara wanita. Aku mengerut dahi.

"Siapa ni?"

"Amboi, hilang ingatan ke apa? Sampai hati abang tak ingat saya," kata wanita itu dengan nada merajuk.

Aku terus bangun dari baring. Mataku meluas apabila baru teringat sesuatu.

"Aduh, sayang! Abang minta maaf. Abang terlupa tadi. Abang minta maaf sangat," gelabah aku jadinya. Hampir pucat wajahku.

Isteriku itu tergelak kecil di dalam talian."Tak apa lah, abang. Saya faham. Awak itu dah tua," sakatnya diikuti dengan tawa kecil.

"Amboi, suka hati aje cakap orang tua! Tunggu lah nanti saya balik," aku memberi amaran.

"Wuuu.. takutnya saya," Amanda meneruskan menyakat. Aku hanya menggeleng kepala melayan kerenah isteri yang seorang ini.

"Sayang.."

"Ya kenapa, bang?"

"Awak bersedia untuk berjumpa Allanis?" soalku. Amanda sepertinya tergamam.

"Saya dah bersedia. Tapi Allanis nak ke terima saya?" Balas Amanda. Aku berfikir sejenak.

Sudah seminggu Allanis terperap di dalam bilik. Aku juga menjadi risau akan mental anakku itu.

"That's okay. Nanti saya pujuk dia esok. Awak datang lah.." ujarku dengan fifty-fifty confident.

"Baiklah. Nanti esok saya datang. Saya bawa Ayyaz sekali," balas Amanda lembut.

Setelah mengucapkan selamat tinggal, aku menamatkan panggilan. Rambut aku kuak ke belakang. Aku ambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air.

Allanis

DADDY mengetuk pintu bilikku. Kemudian dia masuk dengan senyuman dibibir.

Aku hanya membalas dengan senyuman kecil. Tak mampu nak tersenyum sebesar daddy. Rambut ku yang sedikit serabai, aku betulkan.

"How are you today, sweetie?" tanya daddy lembut lalu melabuhkan punggung di birai katil.

"Good.." jawabku ringkas. Walaupun itu bukan jawapan sebenar, namun itu saja yang aku mampu balas.

Daddy tersenyum lagi. Nipis.

"So, today. Daddy ada perkara nak bagitahu Allanis. Tapi Allanis jangan marah, tau.." ujar daddy agak serius.

Aku hanya mengangguk tanda setuju.

"Actually I has another wife-" kata-kata daddy terhenti apabila anak mata kami bertemu.

"H...how dare you? Mummy baru aje pergi, daddy..." Aku benar-benar tergamam. Suaraku bergetar. Air mata mengalir perlahan.

Daddy segera mendapatkanku. Aku hanya kaku. Takkan daddy curang?

"It's not what you-" Daddy cuba menerangkan namun aku potong.

"Jadi apa? Arwah mummy tahu ke tentang perkara ini?" soalku dengan wajah dan nada kecewa.

Daddy mengusap lenganku. Tapi aku tepis perlahan. Kedengaran daddy mengeluh di situ.

"Okay, daddy minta maaf. Perkara ini arwah mummy tahu. Tapi kitorang sorokkan daripada pengetahuan Allanis. I'm sorry," terang daddy dengan bersungguh-sungguh.

What? Arwah mummy tahu? Tapi..

Aku mengeluh berat sambil memejam mata.

Kalau mummy boleh terima, Allanis pun ikut terima.

~Ding dong~

Bunyi loceng rumah membuatkan kami berdua berpaling. Kemudian daddy memandang aku semula.

"Dia orang dah sampai. Get ready, okay?" Daddy merenung aku lama. Sepertinya menunggu green flag dari ku. Aku akhirnya mengangguk setuju dengan senyuman terpaksa.

TILL THE ENDWhere stories live. Discover now