Kini dia sudah terapung di atas Aidan dengan gaya sedang berbaring mengiring di atas lantai. Kerutan mukanya kembali menghiasi wajah. Aidan dan Hannah turut sama berkerut.

"Nak cuba tanya Dani? Manalah tahu dia tahu lagi atau dapat cari orang yang tahu." Hannah memberi cadangan spontan.

"Dani lagi. Betullah Irfan, aku rasa Hannah dah mabuk cinta. Ini kali pertama dalam hidup aku dengar Hannah sebut nama lelaki selain aku, abi dia dan Hakeem sebanyak ini." Aidan mengusik lagi. Dialah orang paling gembira melihat Hannah marah dan tak keruan.

"Eh kau ini ada aku jadikan teman katil sebelah Irfan nanti." Hannah mengenggam penumbuknya dan dihalakan pada wajah Aidan.

"Bagus juga! Adalah aku teman. Tak kesunyian aku nanti bertemankan wayar dan monitor tadi." Irfan angguk setuju dengan Hannah. Ketawa mereka masih jelas didengari.


"KAU orang kena balik pukul berapa ini?" soal Dani yang baru sahaja tiba di kafeteria hospital itu.

Gembira bercampur sedih jiwanya dapat melihat Irfan sebentar tadi. Pelbagai perkara diluahkan padanya walaupun dia tahu yang Irfan mungkin tidak mendengar luahannya tadi.

"Before Maghrib paling lewat." Hannah membalas soalan Dani tadi. Aidan mengangguk menandakan jawapannya sama seperti Hannah.

"Makan dululah kalau macam itu. Lama saya buat kau orang tunggu tadi. Saya belanja, boleh?" Dani mengukir senyuman seperti biasa. Dia rasa serba salah membuat Aidan dan Hannah menunggu dirinya yang sakan meluahkan rasa pada Irfan.

"Tak per-"

"Betul ke?! Nak nasi ayam itu. Dari tadi aku perhati pakcik depan ini makan. Menyelerakan betul."

Dani terlepas ketawa halus melihat Aidan yang teruja selepas mendengar perkataan 'belanja'. Rezeki makan percuma mana boleh tolak. Kita mudahkan orang buat pahala dan doakanlah untuk kebaikan dia. Itu prinsip Aidan.

"Tak tahu malu," bisik Hannah tetapi cukup untuk membuat Aidan dan Dani menoleh memandangnya.

"Tak apalah. Betul saya nak belanja. Hannah nak apa?" Dani menyoal lembut. Sekeping not RM 20 dihulurkan pada Aidan untuk dia membeli nasi ayam yang diperhatikan olehnya sejak tadi.

"Baki buatlah beli air. Nak simpan pun boleh. Terpulang." Aidan dengan pantas berdiri dan menyapai duit yang diberikan oleh Dani itu. Nasi ayam aku datang sekarang!

"Awak nak beli apa? Saya ikut awak aje lah," balas Hannah yang masih tak tahu mahu makan apa. Terlampau banyak pilihan juga memeningkannya.

"Nasi kukus ayam berempah tu. Awak okay ke? Tak perlu ikut selera saya. Ikutlah awak punya selera." Dani membalas. Hannah hanya mengangguk mengiyakan persoalan Dani.

Irfan dipandang oleh Hannah memberi isyarat padanya untuk menemani Hannah bersama Dani. Irfan memahami dan menurut. Bukan ada gunanya pun Irfan ikut cuma Hannah lebih selesa begitu.

"Awak pandang siapa?" soal Dani yang melihat Hannah yang memandang sesuatu di tempat mereka tadi.

"Err... T– tak saya tengah fikir sesuatu," balas Hannah sedikit tergagap terkejut dengan persoalan Dani yang tiba-tiba menerpa gegendang telinganya. Dani hanya membalas dengan anggukan kecil.


AIDAN dengan mulut penuhnya tiba-tiba bersuara. Baru sahaja mengeluarkan satu suku kata dapat dirasakan nasi yang di dalam mulutnya pergi ke saluran pernafasan dan bukan ke esofagusnya. Tersedak-sedak dibuatnya.

Dani di sebelah lekas menghulurkan air kepada Aidan dan menepuk-nepuk belakang remaja itu. Diusap perlahan belakang badan Aidan untuk meredakannya.

"Itulah engkau. Nak makan lepastu nak bercakap. Tamak. Entah baca bismillah ke taklah itu." Irfan mengusik apabila melihat Aidan yang tersedak-sedak itu. Nak tersembur Hannah dibuatnya tetapi ditahan.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Where stories live. Discover now