10

63 6 3
                                    

Malia

"Buat apa kita datang sini weh ?" soal Aralyn.

"Entahlah, adik aku suruh datang tengok dia practice basketball" jawab Malia.

Aralyn dan Malia rancak bersembang sambil menuju ke tempat duduk di tepi gelanggang bola keranjang di hujung. Tetapi tidak semena-mena bola yang padu terkena kepala Malia.

Kepala terasa berpinar bagaikan mahu pengsan. Malia terduduk di lantai sambil memegang kepalanya yang berdenyut.

"Malia.." Aralyn panik sekejap sebelum membawa Malia ke tepi dan menggosok-gosok lembut kepala Malia.

Mereka yang bermain tadi berhenti dan ramai-ramai menuju ke arah Malia. Remaja yang terbaling bola ke arah Malia tadi segera berlari ke arahnya.

"Weh.. kak kau okay tak ? Aku minta maaf sangat-sangat" ucapnya risau.

"Haizat mana ?" soal Aralyn.

"Dia pergi toilet.. uhh- macam mana ni.. kak aku minta maaf" katanya lagi.

Malia tidak membalas dan kemudian dia duduk tegak walaupun kepalanya berpinar. Haizat yang baru balik dari tandas pelik melihat ramai yang berkumpul di hadapan kakaknya.

"Ni apahal ? Bila korang sampai ?" soal Haizat.

"Kitaorang baru je sampai. Ni kepala kakak kau kena bola" jelas Aralyn.

"Lah.. ingat seriuslah sangat halah" Haizat ketawa kecil sebelum menggosok kepala kakaknya.

"Diamlah kau.. aku okay. Kau pergilah sambung main" balas Malia.

"Haih.. kau kalau tak okay balik je lah" saran Haizat kemudian mengalih pandangannya pada rakannya.

"Kau ni pun satu, Iffat.. main elok-eloklah, tengok dah kena kepala kakak aku" katanya sambil menepuk belakang kepala rakannya.

Mereka menyambung latihan bola keranjang seperti biasa. Malia pula menuam kepalanya dengan botol air sejuk tanpa menunjukkan sebarang riak wajah.

"Mal, kau ni robot ke ? Tak ada reaksi betul muka kau ni. Time orang buat lawak kau tak gelak, birthday kau pun kau tak senyum.. ni kepala sakit kena bola padu pun kau tak ada reaksi. Kau ni apa sebenarnya ?" soal Aralyn pelik.

"Aku malaslah nak gerakkan urat muka aku ni" jawab Malia tanpa memandang wajah rakannya.

Aralyn menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sekarang dia pula malas hendak berbual dengan Malia. Kalau boleh mahu dihempuk kepala Malia lebih padu daripada bola tadi.

Malia tiba-tiba bangun dan meletakkan botol air sejuk di tempat duduk sebelah. Kepalanya masih berpinar tetapi digagahkan juga bangun.

"Kau nak pergi mana ?" soal Aralyn.

"Tandas" jawabnya sepatah.

"Nak aku teman ke ?" soalnya lagi.

"Tak payah"

Perlahan dia berjalan ke tandas. Masuk sahaja terus dia menyapu muka dengan air. Malia melepaskan keluhan halus. Hampir saja dia kehilangan cool tadi.

Bebal. Sakit betul kepala aku.

Keluhnya dalam hati. Selesai sahaja urusannya dalam tandas, Malia memperbetul sedikit rambutnya

"Umm.. sebenarnya.. saya s- suka a- awak.."

Zaman sekarang pun ada lagi ke orang confess kat crush macam tu ?

Malia yang masih lagi di dalam tandas terdengar perbualan tersebut tetapi malas hendak menyibuk. Kemudian dia keluar dari tandas ingin menuju ke gelanggang bola keranjang.

"Aku suka orang lain" jawab lelaki itu.

"Si- siapa ?" soal gadis itu dengan suara bergetar seolah-olah mahu menangis.

"Aralyn Nazmeen"

Derap langkah Malia terhenti. Dia cepat-cepat meninjau milik siapakah suara tadi. Malang sekali dia hanya sempat melihat perempuan itu. Lelaki itu pula sudah berpaling ke berjalan menuju ke gelanggang bola keranjang belakang.

'11'

;

Latihan bola keranjang berakhir semua pemain bersurai. Iffat menepuk bahu Haizat sambil berjalan seiringan dengannya.

"Jat.. siapa nama kakak kau tu ?" soal Iffat.

"Malia" sepatah Haizat membalas.

"Weh kau nak topup free tak ?"

Haizat memandang Iffat dengan riak wajah pelik. Mamat kedekut tiba-tiba nak belanja topup. Haizat dah dapat mengagak mesti ada sesuatu.

"Kau nak apa ni ? Kalau nak nombor dia, aku tak boleh bagi. Itu kau kena minta sendiri"

"Alaaa... Jat tolonglah aku" rengek Iffat sambil menggoncang lengan Haizat.

"Halamak semaklah pula kau ni.. dah la aku nak balik ni" Haizat menepis tangan Iffat. Geli pula melihat Iffat acah manja. Rasa nak lempang.

Keesokan harinya Iffat dan Haizat datang ke koperasi sekolah. Iffat tersenyum-senyum seperti kerang busuk. Haizat menepuk belakang Iffat tetapi dia masih tidak mampu untuk menahan rama-rama yang bersarang di dalam perutnya.

"Cantiknya dia.." bisik Iffat kepada Haizat sambil memilih aiskrim.

"Dia boleh dengar kau, bodoh" balas Haizat.

"Macam mana aku nak mengorat kakak kau ni ?" bisiknya lagi.

Haizat hanya ketawa. Kemudian dia membayar aiskrimnya.

"Jat, semalam siapa yang guna court belakang eh ?" soal Malia sambil mengira baki duit Haizat.

"Hmm.. form 5 tak silap. Diorang pun practice juga semalam" jawab Haizat.

Iffat masih tercegat di belakang Haizat sambil memandang Malia yang sedang menjaga kaunter koperasi sambil bersembang dengan adiknya. Malia kemudian menoleh ke arah Iffat.

"Kau nak bayar ke tak ?" soal Malia.

"Oh- sorry.." Iffat meletakkan aiskrimnya di atas kaunter lalu membayar aiskrimnya.

Wajah Malia kekal dingin tanpa sebarang reaksi. Langsung tidak membalas senyuman manis Iffat. Haizat menarik rakannya keluar daripada koperasi.

"Dah dah lah tu usya kakak aku.. dia takkan balas senyum kau pun" Haizat membuka plastik aiskrimnya.

"Aku rasa aku dah jatuh cinta la.." aiskrim yang dipegang itu semakin cair dan mengalir di tangannya tetapi Iffat langsung tidak perasan.

Haizat menyua aiskrim yang kian cair itu ke mulut Iffat sebelum ia mengalir terkena lengan baju.

"Kau tak payahlah berangan nak dia tu. Mamat-mamat yang confess dekat dia semua dia reject. Kalau setakat kau ni yang baling bola kena kepala dia aku jamin kau kena reject mentah-mentah" Haizat terus menikmati aiskrimnya.

"Jat.. cinta aku ni tulus suci. Aku tak pernah suka orang dulu. Orang yang suka aku adalah" ayat poyo Iffat membuatkan Haizat kembang tekak.

"Kau pun reject orang.. pergilah couple dengan fans kau yang bertenggek tepi court tu"

"Fans aku ke fans kau ? Dahlah.. sekarang ni aku nak kakak kau je" kata Iffat penuh yakin.

"Bro.. dah takde harapan dah. Dia tu dingin, beku, salju~" balas Haizat sambil menghembus nafasnya kepada Iffat.

Iffat menolak ke tepi kepala Haizat ketika Haizat menghembus nafasnya ke muka Iffat. Busuk katanya.

"Ah, aku tak kira aku nak juga. Mampus la apa nak jadi. Kalau kena reject pun nanti aku masuk je minang terus" Iffat menjulang aiskrim cairnya tinggi-tinggi.

"Ikut kaulah.."






Aralyn's Normal LifeМесто, где живут истории. Откройте их для себя