9

81 10 2
                                    


"Hai guys! Welcome to theater club!" ucap seorang gadis cantik.

"So aku yang tulis skrip korang dan plot teater ni dibantu oleh Cik Myra kita!" ujar gadis itu lagi.

"Thea, apahal bukan kau je yang berlakon ? Kitaorang ni bukan pandai pun bab-bab ni" sahut seorang pelajar.

Althea melepaskan keluhan berat.

"Sebab kelas aku dah buat. So anyway mana male lead dengan female lead ?" soal Althea.

Rizq yang sedang duduk sambil menyilang kakinya mengangkat tangan.

"Aku" jawab Rizq.

"Kau budak baru eh ? Cool. Nama aku Althea, but you can call me Thea" Althea mengangkat tangannya untuk berjabat tetapi tidak disambut oleh Rizq.

'Huh.. how rude'

"Rizq" jawab Rizq sambil memandang Althea.

Althea menjeling Rizq. Kerek betul macamlah handsome sangat (memang ye pun). Kemudian matanya melilau mencari pelakon heroin.

"Female lead mana ?"

Aralyn menelan liurnya. Perlahan-lahan mengangkat tangannya.

"A- aku" perlahan dia bersuara.

Althea mendekati Aralyn.

"Seriously ? Dora.. kau ke yang nak jadi female lead ni ?" soal Althea terkejut.

"Bukan weh.. aku tidur time tu. Sumpah tak tahu apa-apa"

Tiba-tiba Rizq berdiri di sebelah Aralyn. Dia memandang Althea dengan muka tanpa perasaan.

"Mana skrip kitaorang ? Practice start hari ni ke ?" soal Rizq.

"Yep! Sekejap, aku bagi skrip" Althea dan Myra mengedarkan skrip kepada semua orang.

Myra menyelak senarai nama dan meninjau-ninjau di dalam khalayak ramai.

"Siapa yang jadi pokok ajaib ?" soal Myra.

"Aku! Aku!" jawab Marissa.

"Pfft- what ? Kau jadi pokok ?" Faris yang duduk di sebelah Marissa cuba menahan ketawa.

"Comel apa pokok.. biarla!" Marissa menjeling Faris.

"Mende pokok ajaib.. goofy gila. Muka cantik jadi pokok" Faris ketawa.

"Ish.. kau ni kan!" Marissa memukul bahu Faris.

Faris pula membuat muka mengejek Marissa. Althea memandang mereka kemudian menoleh ke sisi. Myra yang perasan dengan riak wajah Althea yang tiba-tiba berubah itu menepuk-nepuk lembut bahu Althea seperti memujuk.

Semua orang telah mendapat skrip masing-masing. Kemudian Althea menjelaskan tentang plot teater yang bakal mereka lakonkan.

🔖

Aralyn

Aralyn merenung skripnya sambil menunggu bas. Apalah pelik betul watak yang dibawanya. Tapi baguslah sekurang-kurangnya tak perlu banyak menghafal skrip. Hanya banyak menggunakan pergerakan sahaja.

Dia terkejut tiba-tiba ada sesuatu yang sejuk di mukanya. Rizq rupa-rupanya. Dia meletakkan air tin sejuk di pipi Aralyn.

"Ish kau nak apa ?" soal Aralyn jengkel.

"Nah.. aku terbeli dua tadi" jawab Rizq.

Aralyn mengambil air tin itu dari tangan Rizq. Kemudian dia mengangkat keningnya.

Air kundur.

'Mana mamat ni tau aku suka air ni ?'

"Apahal ?" soal Rizq sambil minum air kotak matcha.

"Pahal kau beli air ni ?" Aralyn menyoal kembali sambil membuka air tin dan minum.

"Kau tak suka ? Bukan kau selalu beli kat koperasi ke ?"

'Kata terbeli dua' Aralyn menjeling Rizq.

"Yela.. memang pun. Aku suka je. Tak yang kau tiba-tiba nak belikan aku air kenapa ? Tibe je baik. Kau nak apa ni ?"

"Aku terbeli dua la" jawab Rizq bersahaja.

"Takde maknanya terbeli dua. Kalau ye pun mestilah perisa sama. Ni tak.. kau minum matcha yang ni kundur" Aralyn memandang tepat ke mata Rizq.

"Mimin, kau minum je boleh tak ? Jangan banyak songeh. Macam orang tua. Dahla ketot" kemudian dia mengusap kepala Aralyn sampai serabai rambutnya.

"Hey, ketot ketot jangan main eh!" Aralyn mahu memukul lengan Rizq tetapi meletakkan tangannya di kepala Aralyn menyebabkan dia tidak dapat memukul Rizq.

"Eee.. tepilah tangan ni !"

"Untuk ?" soal Rizq sambil ketawa kecil.

Bas sampai. Rizq mengusap kepala Aralyn dan menolaknya lembut ke pintu bas.

"Naik la, budak. Kau nak kena tinggal ke ?"

Aralyn hanya menarik muka kemudian menjeling tajam Rizq. Dia duduk di kerusi single dan Rizq duduk di belakangnya.

Sampai sahaja ke destinasi, Aralyn bangun untuk menekan loceng tetapi loceng sudah ditekan.

Deja vu.

Dia menoleh ke belakang. Rizq ke yang tekan ? Bas pun berhenti. Aralyn bangun tetapi yang peliknya Rizq bangun sekali.

Aralyn mula pelik.

Dia kemudian berjalan ke rumah tetapi Rizq masih lagi di belakang seolah-olah mengikutinya. Jantungnya mula laju. Entah mengapa panik. Kemudian dia berhenti di hadapan Rizq yang sedang berjalan sambil melihat telefon pintarnya.

"Hey.. tak payahlah teman aku balik" ujar Aralyn sambil bercekak pinggang.

Rizq mengangkat keningnya.

"Mana ada aku nak teman kau balik" balas Rizq.

"Dahtu kau ikut aku kenapa ? Kau suka aku eh ? Nak stalk aku tinggal kat mana ? Eww.. FYI aku tak suka kau so jangan berharap" kemudian gadis itu menjelingnya.

Rizq memecahkan tawanya.

"Miss girl jangan nak perasan eh ? Kau tengok, tu rumah kau yang tu pulak rumah aku. Nampak ?"

Rizq menunjal kepala Aralyn dan memegang bahunya. Dia memalingkan gadis itu ke arah rumah mereka yang bertentangan.

Aralyn terlopong.

"Kau anak Makcik Milah ?" soal Aralyn terkejut juga inginkan kepastian.

"Ye"

Sekali lagi Aralyn terlopong.

'Tak mungkin...'



Aralyn's Normal Lifeजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें