1

117 23 3
                                    

Aralyn

"Dora... " dia sudah kenal bunyi-bunyi suara acah manja rakan sekelasnya.

"Nah, ambil ni.. pergi main jauh-jauh" tangannya menyeluk laci mejanya dan meletakkan buku latihan matematik tambahan di atas meja.

"Lifesaver do kau.. thank you ! Sayang kau !" ucap rakannya.

"Gelilah"

Memang begitu rutin harian mereka. Aralyn langsung tidak kisah. Terkadang dia rasa suka dan berpuas hati. Terasa dihargai. Lagi-lagi apabila jawapan yang dibuatnya betul.

Dibuatnya itu menjadi semangat belajar. Masanya banyak dihabiskan untuk belajar. Dalam ketengannya, dia menyimpan satu rahsia.

She crave praises.

Mencuba terlalu keras untuk membanggakan bapanya yang langsung tidak pernah mengucapkan perkataan bangga kepadanya. Dia mengorbankan sepenuh tenaga untuk belajar dan mencapai keinginannya.

🎀

Aralyn terjaga dari tidur. Dia baru tersedar dia terlelap. Kelasnya agak riuh membuatkan dia membuka matanya. Wajah cantiknya bergaris menandakan dia baru bangun tidur.

"Weh, lama ke aku tidur tadi ?" soal Aralyn sambil menoleh ke arah rakannya, Malia. Cermin matanya belum dipakai membuatkan penglihatannya kabur.

"Boleh la.. cikgu tak cakap apa pun. Lagi satu, lepas ni Cikgu Mira tak masuk kelas and tadikan ada- " belum sempat Malia menghabiskan ayatnya Aralyn menoleh ke posisi tadi.

"Aku nak sambung tidur. Nanti dah balik kejut" dia sambung tidur. Hanyut dibuai mimpi.

"Ikut kaulah, Dora" rakannya menggeleng kepala sebelum sambung menyalin nota.

;

"Dora, bangun.. kelas dah habis" Malia mengemas barangnya kemudian bangun meninggalkan kelas.

Terpisat-pisat Aralyn bangun. Dia termenung seketika cuba memproses otaknya sebelum mengemas barangnya dan meninggalkan kelas.

Akibat dirinya yang mamai, dia terlanggar seseorang. Sakit di dahinya membuatkan dia tersedar sepenuhnya.

"Sorry.. " tubuh lelaki itu terlalu tinggi. Malas rasanya hendak mendongak memandang wajah lelaki tersebut. Dia terus balik ke rumah berjalan kaki.

Aralyn duduk di perhentian bas. Dia bersandar kelesuan di kerusi bus stop. Menjeling sedikit ke jadual bas yang terpampang. Bas akan sampai pukul 5.30 pm. Sekarang baru pukul 5 pm.

Imej katil menari-nari dalam benaknya. Sedar tidak sedar, dia terlelap. Menghiraukan orang sebelah yang baru duduk.

Masa berlalu dan bahunya terasa di tepuk. Aralyn tersedar. Terpisat-pisat dia bangun. Rupa-rupanya dia tersandar di bahu orang itu.

"Bangun.. bas dah sampai" peliknya orang itu membiarkan dia bersandar dibahunya.

"Uhh.. thanks"

Aralyn masuk ke dalam bas kemudian duduk di kerusi single sebelah tingkap. Kebetulan hujan, Aralyn mengeluh kerana lupa untuk membawa payung. Nampaknya terpaksalah dia meredah hujan.

Aralyn sudah siap meletakkan kaca matanya ke dalam beg. Sampai sahaja di selekoh Jalan 13 , belum sempat dia menekan loceng, orang lain sudah menekannya.

'tak pernah pula ada orang balik sekali dengan aku time macam ni. Hmm.. baru pindah kot'

Begnya disandang ke depan bagi mengelakkan buku di dalam begnya basah. Dipeluknya beg sambil berlari anak. Sudahlah matanya kabur.

Tiba-tiba tangannya ditarik. Tersentak jantung Aralyn. Dirinya yang tadi lencun, kini terlindung daripada hujan. Malang sekali dia tidak mampu untuk melihat wajah orang yang menariknya itu.

Yang ditahunya orang yang menariknya ini, lelaki. Dia cuba mengecilkan mata dan mendongak untuk melihat dengan jelas tetapi tak mampu. Dia tahu lelaki itu sedang merenungnya.

"Terima kasih.. "

Aralyn mencapai kaca matanya dan cepat-cepat dia memakainya. Malang sekali muka lelaki itu sudah terlindung dengan payung biru tetapi yang paling mengejutkan sekali lelaki itu berjalan masuk ke rumah hadapan.

Atau lebih tepat lagi, mereka berjiran.

Aralyn's Normal LifeWhere stories live. Discover now