Epilogue

257 16 2
                                    

Satu bulan kemudian.

Mundar-mandir dia sendirian dihadapan pintu tandas. Risau dengan segala kemungkinan yang bakal dihadapinya.

"Nadra, are you okay?" Mateen melaung dari luar. Diamnya si isteri di dalam menaikkan lagi risau yang sudah sedia bertandang di dada.

Akhirnya Mateen putuskan untuk berpeluk tubuh sambil bersandar di almari baju. Matanya tidak lepas memandang pintu tandas.

KLAK!

"Nadra are you okay? I said jangan force yourself kan? How is it?" Bahu wanitanya dipegang lalu tunduk mencari mata bundar isterinya.

Bibir itu tercebir-cebir seperti menahan tangisan. Haih, dia dah pesan dah tadi tak perlu buat kalau akhirnya mengecewakan saja. Tetapi, Nadra tetap dengan kepalanya. Bila dia nak, dia nak.

"Sayang...jangan macam ni. Save your tears" tubuh wanitanya ditarik ke dalam pelukan. Tangan naik mengusap belakang isterinya.

"I'm sorry"Nadra mengogoi lagi dalam tangisannya. Mateen menggeleng kepalanya seraya mengetatkan lagi pelukannya pada tubuh kurus itu.

"No need for sorry. Having kids with you is a total dream but I'm not in rush. There's no need for that. Saya masih belum puas pun untuk habiskan masa dengan awak. Mungkin allah nak kata yang kita belum bersedia. Jadi, jangan sedih ye sayang. The time will come" alat uji kehamilan itu ditarik dari tangan Nadra kemudian diletak tepi.

Pelukan dilonggarkan sedikit lalu dia tunduk mencari anak mata Nadra yang berair.

Ibu jari naik mengusap pipi basah itu. Dia senyum lalu menarik pipi Nadra untuk turut senyum bersamanya. Pinggang ramping itu turut dirangkulnya.

"It's okay sayang, you can breath now. Jom turun. We let this pass by. Saya masak makanan favorite awak"

"Aglio olio?" Nadra melompat teruja.

"Err...no. The other one" alamak jangan kata dia salah tentang makanan kegemaran Nadra.

"Apa? Oh mesti laksamkan!" Leher Mateen pula dipeluknya. Teringinnya makan laksam!

"No. It was pajeri nanas" balas Mateen penuh berhati-hati. Jatuh bahu wanita itu tatkala mendengarnya.

"Saya...i never like pajeri nanas, sayang" Nadra pula membalas. Adalah juga rasa sebersalah.

"Oh, salah eh"

"Salah" cemberut jadinya wajah cantik itu. Ketawa Mateen pecah menyedari silapnya. Tubuh Nadra dipeluk lagi.

"Sorry sayang. Kita makan je la eh?" Mateen masih cuba memujuk. Nak buat macam mana, benda pun dah masak. Penat dia berkarate dekat dapur tadi nak buat suprise kononnya.

"Erm, tengoklah. Kalau tak saya goreng telur. Tak adalah gurau je. Suami saya masak saya makan je" dagu disandarkan pada dada bidang suaminya sambil mata bertembung dengan  anak mata menawan lelaki itu.

"Fried egg for my queen, coming right up" serentak itu, tubuh Nadra dicempung dan dia melangkah keluar dari bilik. Nadra ketawa, geli hati apabila tubuhnya bergegar di dalam cempungan suaminya.


















"Nak tengok movie apa?" Mateen arahkan remote pada tv untuk mencari movie yang menarik untuk mereka. Malam ini mereka pilih untuk tonton movie bersama sebagai aktiviti mengeratkan hubungan.

"Tak nak cerita hantu" ujar Nadra segera. Dia menyelesakan baringnya pada dada Mateen yang turut bersandar pada sofa dengan kaki melunjur ke depan. Selimut dikongsi berdua tidak cukup dengan itu, lengan Mateen yang kosong dipeluknya erat.

House Of Love ©Where stories live. Discover now