Bab 8

163 14 0
                                    

Seminggu telah berlalu. Hubungan mereka dingin seperti kutub ais. Nadra bagaikan mengelak darinya. Walaupun tinggal satu rumah dan bahkan satu bilik, wanita itu pandai mencari cara melarikan diri.

Ada rasa hendak mengunci wanita itu di dalam bilik mereka, duduk dan berbincang lebih dalam. Tetapi, dia tidak mahu memaksa.

"Nadra, can we talk?"

"Nope. Can we eat? Yes" balas wanita itu senada. Mateen lepaskan keluhan berat kemudian melabuhkan punggung di hadapan isterinya.

Nasi lemak sebagai hidangan sarapan. Melihat Nadra yang selera bersarapan dia jadi sayu. Kerana dia teringat, setiap kali Nadra berselera makan tandanya makanan itu sedap. Jika makanan itu sedap, tak sah kalau wanita itu tidak bersorak teruja.
Kali ini, Nadra diam. Mateen rasa dia telah hancurkan seseorang tatkala melihat bibir munggil wanitanya itu menahan senyum yang hampir terlepas.

Why would you have to say such those things, Mateen?

"Saya tak kerja hari ni. Saya dah siapkan bekal awak. Ni, bawa tau" ujar Nadra lantas bangun membasuh pinggannya.

"Okay"

Mereka sama-sama menuju ke pintu utama. Seperti biasa, Nadra akan hantar pemergian Mateen dari muka pintu.

"Saya balik awal hari ni"

"Okay"

Mateen ketap rahang. Ah, sebalnya! Rasa serbasalah mula mencengkam dada. Nadra tak pernah tak teruja bila diberitahu dia balik awal.

"Datanglah office saya kalau bosan. Bawa kereta saya, pilih aje mana-mana nak" salam dihulur dan Nadra sambut seperti biasa.

"Tengoklah" 

Tengok tu! Lagi sekali, Nadra akan teruja bila dia membenarkan wanita itu datang ke pejabatnya atau menggunakan keretanya.

"Okay...bye" Mateen lepaskan tangan isterinya dengan rasa berat yang membelenggu diri.
Rasa nak ambil cuti dan berbincang dengan Nadra seharian di rumah.
















Fokus.

Fokus Mateen.

Fokus.

"I need a coffee" dia bingkas bangun dari duduknya. Pejabat Haelyn di lintasi dengan langkah laju. Hairan wanita itu melihat pembantu peribadinya hari ini.

Pantri pekerja yang terletak dihujung tingkat itu dimasuki. Tiada sesiapa. Sangat bagus untuk mengambil masa bersendirian tanpa diasak dengan soalan oleh sesiapa.

Kopi segera dibancuh. Usai, dia duduk disalah satu kerusi meja pulau. Menyisip kopi panasnya. Sebelah lagi tangan melonggarkan tali leher. Entah kenapa serabut betul harinya. Kerja menimbun, pekerja lain buat kerja tak betul dan paling penting Nadra tak kacau dia hari ni. Itu, paling menyerabutkan.

Selalunya dia serabut jika Nadra menganggu waktu kerjanya dengan menelefon. Tetapi dia sedar, bila Nadra tak telefon dia itu dua kali ganda lagi menyerabutkan. Haih!

"Kenapa ni?" Mateen panggung kepala tatkala satu suara menyapa gegendang telinganya.

Bosnya. Haelyn.

"Eh bos, mana ada apa. Ngantuk, nak kopi" cawan kopi di angkat.

"Don't try to lie to me, Mateen"

"Mana ada"

"Tipu dosa"

"Bos..."

"Mati seksa"

House Of Love ©Where stories live. Discover now