Bab 12

145 12 0
                                    

"Kita dekat mana ni?" Tangan naik menekup mulut yang menguap besar. Entah berapa lamalah dia tertidur, tahu-tahu sudah sampai di hadapan sebuah hotel resort yang asing.

"Kenapa kita dekat sini sayang?" Nadra menyoal lagi. Dia lihat Mateen keluar dari kereta tanpa menghiraukannya. Kenapa pula laki dia ni? Agak-agaklah kalau ada kerja pun, tengah malam ni.

"Jom. Turun" itu sahaja balasan yang diterima. Makin berkerut dahi Nadra dibuatnya. Mateen ni, pelik-peliklah.

Nadra tidak lagi mempersoal malah dia terus sahaja keluar dari kereta dan mengejar figura suaminya yang membawa kedua bagasi mereka masuk ke lobi hotel. Sejak bila pula mateen bawa bagasi ni?

Hampir lima belas minit juga Nadra menunggu Mateen membuat pendaftaran di kaunter lobi. Walaupun agak keliru, tapi dia boleh rasa Mateen nak ajak dia bercuti! Ah, indahnya rasa dipujuk. Nanti nak merajuk lagi.

"Dah?"

Mateen angguk.

"Hehehe, awak nak pujuk saya eh? Nak bawa saya holiday eh? Gitu eh?" Nadra tersengih-sengih di bahu Mateen sambil merangkul lengan lelaki itu.

"Mana ada. Tak mainlah holiday kat sini-sini je. Kalau saya, saya pergi luar negara. Baru best" balasnya mendatar. Nadra juih bibir. Mateen ini!

"Habistu kenapa kita kat sini?"

Tiada balasan.

"Baby..." Nadra leretkan suaranya. Mateen jeling isterinya tajam. Pelik-peliklah perangai.

"Penat. Penat drive. Dah, tidur je" Mateen tarik tangan isterinya masuk ke dalam bilik mereka. Bahu Nadra ditolak masuk ke bilik air.

"Pergi mandi"

Bam!

Mateen katup pintu bilik air kuat sebelum isterinya sempat 'mengapa-apakan' dia.

Tergeleng-geleng dia mengenangkan karenah Nadra sebentar tadi. Tapi akhirnya, dia tersenyum juga kerana lega isterinya sudah kembali di sisi.


























ANGIN malam menghembus lembut pipi mulus milik Nadra yang bersantai dibalkoni bersama segelas air teh hijau buatan suaminya. Langit malam dengan bintang bergemelapan menyinari detik kembalinya mereka bersama.

Sedang leka menikmati langit tiba-tiba terasa ada tangan yang melilit pinggangnya. Tahulah dia siapa yang berada dibelakangnya. Tatkala dagu lelaki itu berlabuh di bahunya, dia tersenyum. Nyaman berkedudukan begitu.

"Kenapa Mateen?" Soalnya lembut.

"Tak ada apa. Tak sejuk ke dekat luar ni? I can feel that you're shaking" Mateen ketatkan pelukan bagi menghangatkan isterinya. Bibir berlabuh sekejap dipipi Nadra.

"Eh, you kiss me!"

"Mana ada" Mateen kalihkan kepala menghalang Nadra dari melihat wajahnya diserbu darah.

"Malu eh? Tak pe, tak pe. We have the rest of our life for repeating that sort of  thing" usik Nadra lagi. Seronok melihat suaminya yang tersipu malu.

"Thank you"

"Hm?" Nadra menoleh ke sisi untuk melihat wajah suaminya. Wajah tampan untuk jelaa disimbahi cahaya malam. Tak jemu dia memandang.

"Thank you...for coming back. I have thousand reason to go out and search for you but I choose to not. Saya biar awak lama-lama tak ubah macam saya lepaskan awak terus. I thought it was the right things to do but it's not"

Nafas ditarik dalam.

"Saya rasa tak berguna bila sedar saya seolah-olah gantung awak. Suami jenis apa itu?  Kalau betul pun saya rasa kahwin dengan awak hanya untuk mommy, then saya patut buat sungguh-sungguh. Marrying you, serve you and love you. Baru saya boleh ubati rindu saya. Tapi sebab saya tak ikhlaskan hati saya untuk lepaskan dia, saya rasa dibelenggu. I felt miserable. Really"

"Mateen, you've done your best as my-" bicara Nadra terbatas tatkala Mateen segera menyambung.

"Nadra, real eyes..."

"Realize..."

"That I love you"

Nadra terpaku. Luahan itu menusuk jauh ke dalam sudut hatinya. Mateen sorok wajahnya dibahu si isteri yang jelas masih tenggelam mendangar ucapan luhur dari lubuk hatinya.

"Walau saya nampak redha lepaskan awak untuk beri ruang, hari-hari saya jadi sangat malang dan menyedihkan. Tak ada awak, tak ada serinya. Saya sakit, saya lonely, saya bercelaru dan saya rindu. Allah opened up my eyes and soul to show that I am truly hooked to you. I cannot function without you. I need you. Tidur saya tak lena dan asyik mimpikan mommy. I feel like, dia tak gembira dengan apa yang berlaku antara kita. Salah saya Nadra"

Tubuh wanita itu dipusingkan menghadapnya. Bahu Nadra dipegang dan sebelah lagi tangan menyentuh lembut sisi wajah itu.

"I'm sorry. Take your thousand time but just... forgive me for not being a good husband. Will you?" renungan lembut itu berjaya mencairkan hatinya. Tidak, Mateen kembali disisinya sahaja sudah berjaya mencairkan hatinya.

Dia tersentuh mendengar luahan yang dirasakan merdu itu. Tidak menunggu sesaat lagi, leher suaminya itu dirangkul erat. Air mata yang tak dapat dibendung akhirnya jatuh ke bahu tegap itu.

"Mateen, you have done so well. Saya tak pernah tak bahagia dengan awak. I truly felt like a queen. You treat me right. Mommy will be happy about this. Kita doakan dia tenang ye? Thank you for loving me...finally" pelukan dieratkan. Senyuman tidak lekang dibibir.

"Yey, Mateen suka saya!" pelukan digoyangkan ke kiri dan kanan dan Mateen sekadar mengikut rentak Nadra dengan tawa yang kurang kuatnya.

"Ye, saya suka Nadra. I love her so much. I want to hug her forever" Mateen angkat sedikit tubuh Nadra dan dipusing-pusingkan.

Sudah lama dia tidak merasakan bahagia seperti ini sejak ibunya pergi meninggalkan dia dan ayah. Hadirnya wanita ini, hari-harinya terisi. Tidak lagi kosong sekosong hatinya. Dia mampu ketawa, senyum dan tenang menghadapi hidupnya.

Terima kasih yang tidak terhingga pada si ibu yang menemukan dia dengan buah hati pengarang jantungnya yang satu ini.

Nadra Fakhira. My world.




TBC

Ini bukan mateen prince brunei itu ye... Saya mmg random pick nama mateen  ni masa mula mula tulis HOL dulu. 🙃 lupa pula ada prince terkenal nama Mateen. 

House Of Love ©Where stories live. Discover now