Bab 4

145 15 0
                                    

Pagi-pagi lagi telinga sudah disapa dengan gelak tawa wanita di luar bilik. Mateen yang masih yang nyenyak dalam tidurnya dibiarkan tidak dikejut. Penat membawa kereta masih belum hilang dan dia faham lelaki itu.

"Ye ke opah?"

"Iye, gelabah kami satu keluarga. Hampir nak balik rumah. Tiba-tiba eh, dah sembuh" gadis manis yang duduk bersimpuh di sebelah ketawa.

Dari bentuk tubuh belakang, terasa seperti kenal sahaja. Tetapi tidak dapat dicam kerana sisi wajah gadis itu terlalu disinari cahaya matahari.

"Opah"

"Nadra, kamu ke tu?"

"Haah, opah buat apa ni?" Nadra menyusun langkah menghampiri wanita separuh abad itu kemudian melabuhkan duduk di sisi. Di hadapan mereka, terbuka sebuah album yang memaparkan gambar Mateen waktu kecil. Saat ini, Nadra masih belum mendongak untuk melihat wajah gadis dihadapannya. Dia lebih tertarik dengan album gambar Mateen.

"Natrah datang sarapan opah pagi tadi, lepas itu dia minta nak tengok album ni. Opah pun tunjuk ajelah" opah membalas selamba. Tidak dia sedikit sebanyak menaikkan api-api cemburu dalam hati cucu menantunya. 

Kenapa tunjuk dekat perempuan itu, patutnya tunjuk pada dia dulu. Cemburunya ada perempuan lain sudah mengambil tahu hal zaman kanak-kanak suaminya.

"Mateen mana? Siapa ni opah?"

"Ini isteri Mateen" 

"Mateen dah kahwin?!" gadis itu menjerit kuat. Terkejut bukan kepalang. Terus jatuh bahunya dan riak sedih terbias pada wajah. Nadra sekadar memandang tanpa rasa. Ada bau-bau yang gadis ini suka akan suaminya. Kecewa betul memeknya tu. 

"Mateen tak ada cerita pada kamu ke?" 

"Abang mana nak cerita apa-apa dengan Nat dah. Balik kampung pun tak pernah berkesempatan nak jumpa. Ni balik, dah kahwin pula" opah ketawa melihat riak sedih cucunya. Manakala Nadra mengetap bibir. Amboi, dia sendiri pun tak panggil Mateen abang. Mencanak-canak naik cemburunya. 

"Nat tu yang datang rumah opah tak kena masa. Bila abang ada, tak ada pula Nat datang" suara garau Mateen atmosfera di antara mereka bertiga. Mateen berjalan menghampiri mereka dengan tangan yang masih ligat mengeringkan rambut menggunakan tuala pendek.

"Abang!" Natrah kembali ceria melihat sepupu kesayangannya. 

Nadra mencebik kemudian mengajuk Natrah dalam diam. Opah perasan perubahan emosi Nadra melihat kedua cucunya. Tahulah dia gadis itu  cemburu. Tangan menarik Nadra melihat album seraya mengalihkan fokus gadis itu dari drama akasia beramah mesra Mateen dan Natrah.

"Saya cemburu"

"Opah tahu. Sabar sikit ye"

Nadra diam tidak membalas. Dia cuba menenangkan dirinya sendiri. Mereka cuma sepupu, biasalah rapat macam tu. Pandangan difokuskan pada gambar-gambar Mateen sewaktu kecil. Lama sehingga tidak sedar si suami sudah pun  mengambil tempat disebelahnya.

"Ini, tengok gambar kita berdua abang. Comelkan! Nat ingat lagi masa ni kita selalu kena ship couple paling sepadan dekat sekolah. Duh" Natrah teruja melihat gambar dia dan Mateen sewaktu disekolan menengah. Tak sangka opah masih simpan gambar ini.

"Hahaha. Abang ingat. Geng motor yang tak suka abang tu kejar Nat sebab ingat Nat girlfriend abang" Mateen terikut-ikut keterujaan sepupunya mengimbau kenangan lama. Tidak perasan wajah isterinya sudah masam mencuka.

"Kenapa geng motor tu nak kejar Natrah kalau dia tak suka kau pun" opah menyelit.

"Sebab, kelemahan setiap orang kan orang tersayang. Macam tulah kut diorang cuba nak guna Natrah untuk tengok orang jatuh"

House Of Love ©Where stories live. Discover now