BAB 12

34 1 0
                                    

Aku masih sibuk menyibukan diri dengan aktiviti sendiri. Takde maknanya aku nak galau. Im already old if dia nak steady relationship he should be steady.

Kitaorang dah tak bertegur for 2 minggu. Baru declare dah macam ni. Macam cinta monyet budak-budak sekolah rendah.

Entah-entah si Ayaz tu tak serius pun. Aku je jadi bebal kat sini.

Ni takde angin takde ribut tiba-tiba mood swing dia ingat dia perempuan boleh jadi perempuan sewel tiba-tiba.

Tapi ahemm kitanya perempuan ada peyed tak macam lelaki yang selalu sihat alhamdulilah.

Bag yang penuh dengan beberapa kertas serta berisi laptop aku galas dan maju ke arah cermin melihat pantulan diri. Sama ada pakainnya sesuai atau tidak.

Hari ini aku ada mesyuarat dengan persatuan misi kemanusian. Aku paling suka gila join misi keamanan sebab selain dapat ke negara nergara bergolak aku dapat belajar betapa pentingnya untuk sentiasa bersyukur.

Pengalaman aku sendiri ke negara bergolak seperti Iran buatkan aku insaf. Kata kuncinya ialah kita perlu sentiasa bersyukur.

Walaupun aku sendiri tiada orang tua tetap untuk cuba bersyukur. Apa yang membuat aku cuba untuk berubah ke arah lebih baik adalah aku sendiri pernah mengalami saat-saat nyawa di hujung tanduk.

Bayangkan peluru berpandu yang ditargetkan ke bangunan hamper mengenai tempat aku bertugas.

Tapi ada satu peluru yang menghancurkan peuru berpandu tu dan itu adalah pengalaman gila yang pernah aku lalui.

Enjin kereta aku panaskan dan meletak barang dan bag di seat sebelah. Sementara itu aku masuk ke dalam rumah membuat sarapan iaitu roti dengan jam.

Ala kadar je, Nampak kaya hakikat nya aku ni financial unstable lah katakan. Roti yang disapukan jam tadi aku masukkan ke dalam plastic dan bergegas mengisi botol air.

Botol air ? Jangan pelik sebab aku sejenis yang selalu nak stay hydrate. Perangai yang selalu bawa air terbawa sehingga kini.

Setelah mengisi air aku bergerak ke luar rumah dan mengunci pintu. Aku masuk ke dalam perut kereta. Sebelum itu, kenalah pakai stoking takut terlupa nanti.

Ada memory lost short term ni.

Kasut tumit tinggi ku berwarna hitam yang berada di kerusi penumpang belakang aku ambil dan pindahkan ke kerusi penumpang hadapan. Persediaan nanti apabila kereta sampai.

Aku memandu keluar dari rumah dan bergerak ke university.

.

.

Selesai sahaja mesyuarat misi kemanusian aku bergerak keluar. Pergerakan ku menjadi perlahan disebabkan skirt baju kurung yang membuat langkah ku lambat.

Punat lift aku tekan dan sementara menunggu lift buka aku mengambil telefon bimbit yang berada di poket bajuku.

Aplikasi whatsaap aku buka dan menghantar pesanan ke Aini.

'Nak jumpa kat café ?'

'Nope aku tak free, busy'. Balas Aini ringkas. Aku hanya menghantar sticker untuk mereply.

Bag sandang ku aku betulkan sedikit. Pintu lift terbuka dan aku melangkah masuk. Belum sempat pintu lift tertutup ada satu tangan menghadang dari lift terbuka rapat.

Cepat-cepat aku menekan butang menahan pintu dari tertutup. Siapa menyangka orang yang menahan pintu lift tu sudah semestinya tak lain dan tak buka Kekasih hati yang bagai hilang ditelan bumi.

Dia juga turut memandangku. Aku pula lebih memilih untuk berdiam diri. Time-time macam ni lah aku baru rasa lift ni gerak lambat biasannya laju je. Nak cakapkan bangunan fakuliti tinggi tak juga.

His Anjell LifeWhere stories live. Discover now